REVIEW PENGALAMAN DAN HASIL PERAHAN DENGAN BREASTPUMP BARU

Bismillah…

OK. Kali ni saya dengan semangat yang begitu membara ingin berkongsi pula tentang review daripada pengalaman menggunakan breast pump yang baru. :)

Macam yang saya bagitau dalam entri sebelum ini, saya sangat terkesan dengan “kesan” daripada penggunaan breast pump Spectra M1 yang dibeli pada minggu lalu. Boleh selami perasaan saya dan Kenapa saya perlukan pam yang baru ini setelah lebih 2 tahun “selesa” dengan jenama Medela.

Antara sebab-sebab yang buat saya tiba-tiba rasa menyesal dan nak jual balik pam ini ialah kerana :

  1. Suction rhythm yang sangat kuat
  2. Kesukaran mengendalikan double pam yang harus dipegang sendiri dengan kedua-belah tangan
  3. 2 phase expression mode yang harus ditukar secara manual

dan yang paling utama sekali ialah hasil perahan yang drop secara mendadak!

Ya, selama ni secara puratanya saya berjaya menghasilan 10 oz untuk setiap kali sesi memerah (5 oz setiap payudara), tiba-tiba di hari pertama pam baru digunakan saya hanya mampu mengeluarkan 3.5 oz dan 1.5 oz susu sahaja. Memang sedih!

20150316_165255 20150317_112224

Perasaannya waktu ini bukan sedih, tapi sangat-sangat sedih. Saya mahu menyusukan adik Ain Sufi sekurang-kurangnya sehingga dia berusia 2 tahun.

tapi, bersabarlah. nanti dulu! jangan terpengaruh dengan begitu cepat sekali. tak mungkin saya akan mengalah dengan begitu mudah begini.

Stok mesti buat hari-hari!

Sebelum saya berfikir dan berkira-kira untuk stop guna pam baru yang saya beli dengan harga RM499 ni, saya mula membuat beberapa percubaan. Ini tak lain dan tak bukan untuk membolehkan diri ini menyesuaikan diri dengan pam spectra baru yang rata-ratanya mendapat pujian daripada kebanyakan daripada ibu-ibu yang dah guna.

Saya adjust balik volume, level 4 untuk massage mode dan level 2 untuk expression mode.

And yes, it suites me! Sedap-sedap jek.  Dah tak sakit macam mula-mula dulu dah. :)

Saya terus mengepam dengan kekerapan 2 kali sehari sambil melaraskan volume mengikut keselesaan.

Lepas saya bertenang, pada petang hari pertama pun, hasil perahan juga sudah mula meningkat walaupun pada sebelah paginya saya agak stress bila tengok botol tak penuh macam selalu.

20150316_125147 20150316_125118

Nampak sangat emosi yang menguasai diriku di situ. Sakit sikit pun takleh tahan. buweekkk!!! manja sangat dengan medela kunun!

Hari kedua, hasil perahan semakin stabil dan saya juga semakin selesa mengendalikan pam baru yang memang comel ini. (tengok, bila dah start suka, terus puji cakap comel) 😛

20150318_094317

Semakin hari, hasil perahan semakin memberansangkan sehingga saya dapat mengatasi rekod hasil perahan terdahulu. Siap pecah rekod tuuu!!!

20150319_101002 20150319_101008

Kalau dulu-dulu, setiap kali perahan saya akan dapat up to 5 oz (ngam-ngam je dengan kapasiti storage bottle, tapi sekarang saya secara tak sedar dah capai 6 oz.

Bermakna, untuk sepasang breast dengan dua kali perahan masa kat ofis, i manage to get 12 oz x 2 session. yippeyyy!!!

heepppiii nyaaaa!!!

Mungkin bagi orang lain, taklah banyak mana, tapi bagi saya ia sangat menggembirakan setelah saya hampir kecewa dengan pembelian pam spectra baru ini.

Kecekapan semasa mengepam pun semakin bertambah. Boleh je dah nak ketuk-ketuk keyboard sambil pam sebab once corong dah “melekat”, dia tak mudah nak jatuh dah. :)

Practices make perfect!

Sekarang ni, saya rasa misi awal saya untuk mendapatkan pam baru yang boleh menjimatkan masa mengepam di ofis memang sudah tercapai!

Masa saya jimat, hasil perahan juga tidak mengecewakan!

Apa pula nasib Medela Swing saya tu?

Oh nooo.. tak mungkin saya jual si bulat comel kaler kuning yang dah banyak sangat berjasa tu. Spectra M1 ni saya tinggalkan dekat workstation di ofis, Medela Swing pulak saya simpan di rumah untuk kegunaan sekali-sekala atau untuk menggalas tugas power pumping nanti. :)

Misi seterusnya ialah mendapatkan breastpump accesories yang dapat membantu dan lebih memudahkan rutin mengepam saya ketika di pejabat.

freemie-cups

freemie-cups

Memang dah survey dan dah tau harga. Saya akan dapatkan cup kembar ini sebelum GST apply!

Nantikan perkongsian review penggunaan Spectra M1 dan Freemie Cups di entry akan datang. Daaaa… :)

6,048 total views, 6 views today

One Thought on “REVIEW PENGALAMAN DAN HASIL PERAHAN DENGAN BREASTPUMP BARU

  1. Pingback: MISI MENCARI AKSESORI PENYUSUAN DAN KRITERIA BREASTPUMP PILIHAN » Nasuha Vita Life

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation