RESEPI SUP LOBAK PUTIH, MILKBOOSTER KEGEMARAN SAYA

Lobak putih ni adalah salah satu daripada sayuran yang memang akan jadi pilihan setiap kali berpantang. Eh, nanti dulu. Kali ni bukan saya ye, tapi adik ipar. Jalan-jalan dalam kedai runcit Acheh ni, mataku terhenti pada si lobak dan lantas ingatanku pergi pada isteri adik no.4 yang tengah berpantang kat umah mama.

Terus belikan 3 bijik. Tamak pun ye jugak. Tapi disebalik itu, cuba selami tengok, mithali tak ai?! :)

lobak putih milkbooster yang mempunyai pelbagai khasiat perubatan

 

 

 

 

 

 

 

 

Lobak putih ni memang banyak khasiatnya. Ianya sering dikaitkan dengan mereka yang mengalami masalah perut yang selalu meragam akibat ketidakhadaman. Ia berupaya membuang angin dan melegakan rasa pedih ulu hati yang dialami.

Ia juga sangat bagus diamalkan oleh penghidap asthma, bronkitis, batuk dan selsema. Ia bertindak menentang bakteria, menguatkan hati dan limpa serta mempunyai kesan-kesan antipiretik. Lobak putih juga sesuai dimakan sebagai ulam atau dibuat jus terutamanya di kalangan mereka yang mengalami masalah kencing tidak lawas.

Bagi saya sendiri, lobak putih adalah salah satu sayuran yang mendapat tempat di hati kerana ia merupakan milk booster yang best.

Jom kita intai resepi Sup Lobak Putih saya yang juga dah jadi kegemaran kakak Iman Nasuha dan abi nih.

Bahan-bahan :

  • 2 batang lobak putih
  • 1 batang lobak merah
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk
  • sedikit serbuk lada hitam
  • ikan bilis ditumbuk sedikit
  • sedikit minyak untuk menumis
  • air secukupnya

Persediaan :

  1. Kupas kulit lobak putih dan potong bulat-bulat sederhana nipis
  2. Kupas lobak merah dan potong halus memanjang seperti batang mancis
  3. Tumbuk bawang putih bersama sedikit ikan bilis yang telah dikopek kulitnya

cara memasak sup lobak putih

 

 

 

 

 

 

 

 

Cara Membuatnya :

  1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih bersama ikan bilis yang telah ditumbuk separa halus
  2. Setelah berbau wangi, masukkan lebih kurang 2-3 cawan air dan biarkan mendidih
  3. Masukkan lobak putih yang telah dipotong
  4. Setelah lobak separa empuk, masukkan pula lobak merah
  5. Perasakan dengan garam dan tutup api
  6. Taburkan daun bawang jika sukakan bau sup yang semerbak
  7. Siap dihidangkan bersama nasi putih panas dan ikan goreng!

resepi sup lobak putih untuk hidangan berpantang

 

 

 

 

 

 

 

Kalau saya, memang hirup-hirup makan sup lobak putih ni. Siap boleh berebut dengan kakak Iman Nasuha yang memang hantu sayur tuh.

Pernah jugak suatu ketika bila tekak rasa teringin dan susu mula drop, saya masak dan bawak ke ofis. Tak pasal-pasal pemes sekejap sebab kawan yang saya kasi rasa mintak resepi. Yang tak pernah tau wujudnya lobak putih ni pun adaaa…

Selamat menchobaaaa!!

39,373 total views, 84 views today

2 Thoughts on “RESEPI SUP LOBAK PUTIH, MILKBOOSTER KEGEMARAN SAYA

  1. Ani on 19/03/2017 at 6:35 AM said:

    tak pahit ke sis?

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation