RESEPI SOTONG MASAK ASAM KEGEMARAN SEISI KELUARGA

20150203_125736

 

 

 

 

 

 

Selalunya kalau teringin nak makan lauk sotong, rasa jem dekat kepala sebab resepinya takde lain, kalau bukan sambal, kicap, kalau bukan kicap, sambal. Celup tepung saya jarang masak buat lauk sebab sedap sangat, so memang tak sempat nasi masak lauk dah abis dulu buat ratah-ratah. Melainkan kalau makan kat kedai celup tepung dekat Pantai Rhu, Ganu Kiter. Nostalgia sangat!

Jadi, bila dapat je resepi Sotong Masak Asam dari maklong yang simple dan sedap ni, saya terus parking dalam otak, hafal siap-siap. Kakak Iman Nasuha pun suka sangat. Hantu seafood macam ibu dia jugak.

Layan jom!

Bahan-bahan :

  • 7-9 ekor sotong sederhana besar dipotong bulat
  • 1 inci halia dihiris saiz batang mancis
  • 2 ulas bawang merah dihiris halus
  • 3 ulas bawang putih dihiris halus
  • 1 tangkai cili merah dipotong serong
  • asam jawa sebesar ibu jari
  • minyak untuk menumis
  • sedikit soohun direndam
  • air secukupnyaCara-cara :
  1. Panaskan minyak di dalam kuali
  2. Tumiskan bahan-bahan yang dihiris dan cili merah sehingga berbau wangi
  3. Masukkan sotong dan sedikit air bersama perahan asam jawa
  4. Biarkan mendidih dan masukkan soohon
  5. Perasakan dengan garam secukupnya
  6. Kacau sebati dan boleh tambahkan lagi air jika suka banyak kuah
  7. Jika sotong telah masak, matikan api
  8. Siap dan sedia dihidang !

resepi sotong masak asam

 

 

 

 

 

 

 

 

Dap..dap..dap..

Selamat mencuba ya. Buat jangan tak buat tau! Sedap dimakan bersama nasi panas dan ikan goreng, cicah sambal belacan. Memang terangkat! Sesuai dimakan semasa berbuka, nak forward sampai sahur pun still mengancam lagi. Itupun kalau still ada lagi laa..hehehe…

16,017 total views, 7 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation