RESEPI SIZZLING YEE MEE SEDAP DAN RINGKAS BUAT MAKAN MALAM SEKELUARGA

Yee Mee. Nama macam Chinese Food, padahal jenis mee je. Tak kisah lah bangsa or kaum apa pun nak makan kan. Memang favourite saya, tak kisahlah kuah nya macam mana, vesi kicap-kicap or kuah pekat-pekat macam stew or ladna pun saya suka. Buh sayur banyak-banyak. Atau guna kuah tomyam. Asalkan mee tu jenis yee mee yang keras ala-ala maggie dan bertukar jadi hero bila kena kuah panas-panas.. nyumnyumnyumss :)

Lama dah sebenarnya orang mintak resepi ni, tapi belum berkesempatan nak buat entri. Bukan apa, gambar-gambar yang dah shoot masa buat haritu tak ingat mana letak. Handphone ni sampai “hang” dah dengan gambar yang dah banyak terlampau. huhuhu..

So, makanya bila dah dapat akses balik external hard disk ni, moh ler kita tulis resepi ye.. Cecepat sediakan pen dan kertas, nanti boleh masak untuk dinner. Mesti suami dan anak-anak suka. :)

RESEPI SIZZLING YEE MEE

(Anggaran 5-8 orang makan)

Bahan-bahan :

  • 1-2 paket sizzling yee mee atau mee kuning atau kueteow
  • 1 ekor ayam dipotong kecil-kecil (campurkan juga tulang)
  • 3-5 ulas bawang merah – dimesin halus
  • 7 ulas bawang putih – dimesin halus
  • 1 inci halia – dimesin halus
  • 1 ikat sawi pendek atau park choi
  • 2 senduk sos lada hitam
  • 2 sudu sos tiram
  • 2/4 cawan kicap manis
  • 5 tangkai cili kering direndam dan dipotong 1 inci
  • 3 biji telur ayam
  • sedikit cendawan shittake direndam sehingga kembang, dibuang batang dan dipotong empat
  • garam dan gula secukup rasa
  • 2 sudu bancuhan tepung jagung
  • Minyak untuk menumis

20141022_113751

Cara Membuatnya :

  1. Basuh bersih ayam yang sudah dipotong dan letakkan di dalam besen sederhana besar
  2. Tuangkan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dimesin halus ke atas isi ayam
  3. Tambahkan sos lada hitam, sos tiram dan kicap manis ke dalam rempah perapan ayam
  4. Kacau rata ayam bersama bahan perapan dan biarkan selama lebih kurang 1 jam
  5. Masukkan sedikit minyak dan setelah minyak panas, masukkan pula ayam yang telah diperap tadi
  6. Kacau perlahan dan biarkan mendidih sebentar
  7. Masukkan beberapa cawan air mengikut banyak mana kuah yang disukai
  8. Setelah mendidih, masukkan pula cendawan shittake dan potongan cili kering dan kacau lagi
  9. Masukkan pula bancuhan tepung jagung dan biarkan mendidih sekali lagi
  10. Siap dan bolehlah ditutupkan api!

Cara Penyediaan :

 

  1. Panaskan pan hotplate di atas tungku dapur sama seperti proses memasak biasa
  2. Letakkan seketul yee mee ke atas pan yang telah panas
  3. Curahkan sedikit kuah ke atas yee mee
  4. Pecahkan telur di bahagian tepi hotplate dan taburkan sayur sawi park choy
  5. Tuang lagi kuah ke atasnya bersama isi ayam dan cendawan sehingga menutupi sebahagian yee mee
  6. Biarkan menggelegak sebentar dan bolehlah diangkat
  7. Sedia dihidang!

Sedap dimakan bersama cili jeruk atau cili api potong yang rangup krup krap yang diletak bersama kicap cair.

Awas dan berhati-hatilah dengan hotplate yang masih panas. Letakkannya di atas dulang kayu yang datang bersama hotplate. Sediakan sarung tangan tebal sebagai perisai jari-jari halus dan tapak tangan lembut anda.

Ada juga yang suka renjis minyak bijan sikit tapi saya tidak. Sebab hidung ni macam allergi sikit la dengan bau dia. Untuk masakan ala-ala chinese begini minyak bijan memang antara bahan yang akan ada dalam list tapi bab masak-memasak ni sebenarnya subjektif. Kita yang buat dia, so ikut tekak masing-masinglah ye.

20141011_210108

Woaahaaaaa.. Nyum nyum nyummmsss!!!

Ada juga yang tanya saya kenapa perlu marinate segala ayam tu? Saya cuma adaptasi sedikit resepi ayam masak blackpepper daripada mama. Di sesetengah foodcourt mall, ada juga yang buat 2 option samada yang biasa atau blackpepper. Kuahnya macam biasa, cuma last part nanti barulah akan ditaburkan sos blackpepper di atas yee mee.

So, kalau ikut saya punya resepi ni dua-dua dah bergabung. Buat sesiapa yang tak suka rasa pedas-panas macamni bolehlah exclude kan sos lada hitam tu ye.

Yang buat saya teruja nak tiru konsep yang sama buat jadi kuah sizzling ni sebab bila ada proses marination (betul ke istilah ni), bahan perapan akan menyerap dengan lebih mesra ke dalam ayam. Selain rasa yang lebih sedap, warna dia pun lebih menarik, takdelah pucat putih je nanti ayam tu. Yang pasti tak ada lagi sebab lain setakat ni.

Ingat ya, memasak ni pun satu seni tau.

SO, Be creative. :)

Resepi ni saya reka-reka je sebenarnya. Tengok warna dan amati rasa dia masa makan dekat food court. Yang paling saya suka ialah Sizzling Yee Mee dekat Jusco Wangsa Maju. Memang nostalgik sugguh. Tapi masa tu masih anak-anak remaja lagi, so bila rasa teringin memang saya akan ke Jusco melunaskan rasa tekak yang tengah teringin. Masa tu tak terfikir ada jual hotplate ni kat kedai dan boleh buat sendiri kuahnya yang taklah susah mana pun sebenarnya.

Atas sebab tu lah saya cuba-cuba try buat sendiri. Memang senang je rupanya. hehehe… adik-adik memang suka sangat kalau time saya masak yee mee sizzling ni. Sanggup masing-masing menunggu turn nak makan sebab hotplate yang ada pun cuma 3 set jek.. Seketul sorang, berebut-rebut makan bikin hati kakngah sayup. Kebetulan dah jumpa kedai serbaneka yang ada semua barangan kitchen helper, saya rembat lah beberapa bijik hotplate ni. Beli sikit-sikit, lepas tu tambah la..

So, kepada sesiapa yang sukakan sizzling yee mee, dah boleh buat sendiri dah lepas ni. Kalau takde hotplate pun takpe, jangan risau. Boleh je guna mee kuning atau kueteow atau celurkan je dulu yee mee tu kasi lembut. Cuma feel dia akan kureng sikit lah nanti.

Oh ya, jangan lupa letak cendawan shittake tau.

shittake  20141022_115236

Ni hero yang mesti ada. Boleh dapat di Tesco atau Giant. Ada yang jual dalam pek siap-siap, yang kena timbang pun ada. Adik bongsu saya memang suka gila tahap ekstrem lah dengan cendawan hitam yang bau dia kuat ni. Siap kalau takde si shittake ni memang dia boleh merajuk dan spoil mood nak makan sizzling. Ramuan wajib ada katanya. Kalau husband saya suka makan dengan nasi, dia buh dalam claypot. Memang sebijik kat kedai. hehehe…

Jemput-jemputlah cuba dan moga enjoy ye!

26,896 total views, 35 views today

3 Thoughts on “RESEPI SIZZLING YEE MEE SEDAP DAN RINGKAS BUAT MAKAN MALAM SEKELUARGA

  1. CiknaD on 03/03/2017 at 10:53 AM said:

    best!!

  2. Anonymous on 23/09/2017 at 9:25 AM said:

    Kenapa perlu pakai hot plate

    • nasuha on 25/09/2017 at 12:44 PM said:

      sebab yee mee ni keras, kalau tak guna hotplate, kena rebus atau celur dulu mee sampai lembut. atau guna mee lain pun boleh.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation