RESEPI MEE HAILAM KAKNGAH KEGEMARAN 9 BERADIK

Saya ni, memang dari kecik suka sangat dengan masakan berunsurkan mee. Tak kiralah mee kurus ke, mee gemok ke, mee kering ke, mee basah ke. Memang kalau jenis yang halus memanjang tu saya suka. Termasuklah laksa atau bihun juga. Memang menjadi pilihan sebagai makanan kegemaran.

Teringat dulu masa zaman sekolah, bila tukar-tukar isi biodata dekat diari kawan-kawan, part makanan kesukaan saya akan tulis : “semua jenis mee”. hahaha. Sampai macam tu sekali tau. Tak hairanlah sekarang ni dah beralih dekat anak saya yang sulung pulak. Kakak Nasuha memang favourite dia mee. Hari-hari kalau boleh nak makan mee saje.

Oklah, di musim-musim raya yang sana sini sibuk dengan open house, moleklah kiranya saya kongsikan satu lagi resepi mee yang menjadi kesukaan seisi keluarga saya. Kalau tetamu datang ad-hoc pun boleh selamber je pegi beli barang jap dan prepare semangkuk besar.

Apa lagi, jom kita tengok resepinya.

Resepi Mee Hailam Kakngah :

Bahan-bahan :

  • 2 bungkus mee kuning
  • 7 -10 ekor udang kertas saiz sederhana
  • 2-3 ekor sotong
  • sedikit isi ayam
  • 4 biji telur ayam
  • 2 @ 3 sudu pes cili boh
  • 5 ulas bawang putih ditumbuk
  • kicap manis
  • sos tomato
  • 1 batang lobak merah dipotong jejari
  • sedikit bunga kobis dipotong kecil
  • seikat sawi dipotong (asingkan batang dan daunnya)
  • bawang goreng dan hirisan cili merah potong untuk hiasan

Cara Membuatnya :

  1. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bawang putih yang telah ditumbuk
  2. Biarkan sebentar sehingga kekuningan dan masukkan pes cili boh dan kacau lagi
  3. Masukkan isi ayam dan kacau lagi sehingga cili garing dan ayam bertukar warna
  4. Tuangkan kicap, sos cili dan 3 cawan air untuk kuah
  5. Setelah mendidih, masukkan lobak merah, bunga kobis dan batang sawi
  6. Kemudian masukkan pula udang dan sotong
  7. Biarkan seketika sehingga sayur separuh masak
  8. Masukkan mee kuning dan kacau rata
  9. Perasakan dengan garam dan boleh juga ditambah air jika suka banyak kuah
  10. Setelah itu pecahkan telur sebiji demi sebiji tetapi jangan terus dikacau nanti telur akan pecah
  11. Masukkan pula daun sawi dan kaup balikkan kesemua bahan
  12. Biarkan mendidih dah bolehlah tutupkan api
  13. Taburkan bawang goreng dan hirisan cili merah potong dan sedia dihidangkan

 

resepi mee hailam sedap dan senang

 

 

 

 

 

Ni kalau orang datang beraya ni, memang makan bertambah-tambah. Jemu dah kan asyik-asyik lemang, rendang, ketupat, kuah kacang, sekali-sekala kita buat menu mee hailam pulak. Nak buat berbuka puasa enam pun boleh jugak.

Senang, cepat, mudah baq anggg! Selamat Mencubaaaaa!!!

4,325 total views, 1 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation