RESEPI LAKSA KELANTAN VERSI MAMA YANG SENANG DAN CONFIRM SEDAP

Tetiba tekak rasa teringin laksa. Tapi taknak beli. Nak laksa yang mama buat. Macam korang jugaklah, air tangan ibu tu kan selalu yang terbaik. Walaupun cuma telur masak kicap. Setuju kan?

Mama saya memang pakar bab buat kuah laksa. Buktinya, husband saya kalau mama masak laksa, dia memang boleh makan hari-hari selagi tak basi. Dari kami kecik, kalau rasa nak makan laksa, takpayah nak tunggu air liur menitik, pun dah boleh dapat seperiuk atas dapur. Buat minum petang.. :)

Mama asal orang utara, negeri yang paling kecik kat Malaysia ni. So laksa mama versi kuah pedas tu. Bukan asam laksa atau laksa penang, tapi laksa perlis.

Satu lagi nak puji pasal mama ni, (sesi angkat mak sendiri) bukan setakat laksa utara tapi laksa kelantan pun dia buat sedap. Laksa kelantan yang kuah putih tu. Kami panggil laksa lemak. Lemak dan bersantan. Kalau ada yang taktau, kuah lemak ni boleh jadi 2 versi. Satu laksa, dan satu lagi laksam. Tapi kuahnya sama je. :)

Jom cekidaut resepi.

RESEPI LAKSA KELANTAN VERSI MAMA

Bahan-bahan :

  • laksa atau laksam
  • 1 kilo ikan sardin (ikan kembung pun boleh)
  • 2 biji kelapa parut diperah dan diambil santannya
  • 7 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang besar
  • halia sebesar ibu jari
  • 3 cawan air
  • 5 keping asam gelugur
  • 2 sudu lada hitam ditumbuk halus
  • garam secukupnya
  • sedikit gula untuk seimbangkan rasa
  • Ulam-ulaman

Cara Membuatnya :

  1. Cuci bersih ikan, lumurkan sedikit garam, asam keping dan rebuskan kira-kira 10 minit
  2. Asingkan isi ikan daripada tulangnya dan masukkan ke dalam blender
  3. Kisar isi ikan bersama sedikit air, ditambah dengan baki air rebusan
  4. Tuangkan isi ikan yang telah dikisar ke dalam periuk berisi santan yang telah siap diperah
  5. Kisar pula bawang dan halia dan masukkan ke dalam periuk yang sama
  6. Tambahkan air, letakkan periuk berisi kuah di atas api dan kacau rata
  7. Masukkan asam keping, garam secukupnya dan sedikit gula untuk seimbangkan rasa
  8. Teruskan mengacau kuah perlahan-lahan agar ikan tidak berketul dan masak cantik
  9. Setelah mendididih bolehlah dimatikan api
ikan yang telah sedia untuk direbus

ikan yang telah sedia untuk direbus

isi ikan yang telah siap diasingkan tulangnya

isi ikan yang telah siap diasingkan tulangnya

masukkan asam keping sebagai pelengkap

masukkan asam keping sebagai pelengkap

lada hitam akan membangkitkan selera

lada hitam akan membangkitkan selera

Cara Penyediaan :

  1. Masukkan laksa yang telah siap dicelur ke dalam pinggan hidangan
  2. Tuang kuah ke atas laksa bersama hirisan kacang panjang, timun, bunga kantan dan daun kesum
  3. Taraaa.. Sedia di ngappp!!!

laksa lemak kelantan

Pasal tambahan gula dalam kuah, saya cuma bubuh sikit je sekadar nak seimbangkan rasa. Salah satu sebab saya tak suka sangat laksa yang beli sebab kebanyakan kuahnya manis. Tekak tak berapa boleh go dek kerana rasa ikan dah kureng kat situ. Tekak masing-masing kan, jadi terserahlah nak buat macam mana.

Hari tu buat masa buat jamuan raya kecil-kecilan dekat umah, licin sampai tuan rumah pun tak sempat rasa barang semangkuk. Jiran-jiran pun kemain suka lagi.

Resepi ni saya share untuk laksa, so kalau ada yang nak try buat versi laksam boleh intai cara buat laksam langkah demi langkah dekat blog Kak Azie ni.  Simple je resepi dia. Rata-rata yang dah cuba buat komen kata bukan saja menjadi, tapi sedap sangat!

Selamat mencubaaa!!!

56,703 total views, 49 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation