RESEPI BEGEDIL IKAN A.K.A OTAK-OTAK PALING SEDAP DI ALAM SEMESTA

Selalu kalau sebut begedil, mesti terbayang tugas mengupas kulit kentang yang dipenyek-penyek lepas tu dicelup telur kan?

Tapi, this time memang tak terbayang di fikiranlah pasal begedil yang saya nak cerita ni. Tak tercapai akalmu, eliyana kata. Kalau ikut sejarah, begedil ni resepi dari maknjang, adik perempuan abah yang sulung, yang jaga saya masa kecik-kecik dulu. Memang banyak resepi dia yang rare dan kami adik beradik falling in-love sangat. Tapi kita belajar satu dulu lah ye. Bukan apa, nanti kalau banyak-banyak terus sekalipun, belum tentu uolls nak terus cuba buat pun kan..

begedil ikan otak-otak

 

 

 

 

 

 

 

Haaa… memang penampilan kali ini memang boleh dikatakan sangat limited edition tau. Dah limited edition, ada sangat lagi. hehehe. Nampak tak? Maksudnya di situ, resepi ni memang betul-betul rare dan tak pernah jumpa punya kat tempat lain.

Resepi apa tu? Jom layanzz…

Bahan-bahan :

  • 1 kilo ikan sardin (dibuat fillet, diasingkan tulang dan diambil isinya)
  • 1 biji kelapa parut (diambil bahagian putihnya sahaja)
  • 1 ikat daun kesum (dicincang halus)
  • 5 ulas bawang merah (ditumbuk/dimesin halus)
  • 1 sudu kecil lada hitam (ditumbuk halus)
  • 1 inci halia dipotong halus
  • 1 biji telur ayam
  • garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng

Cara Membuatnya :

  1. Bersihkan ikan sardin dan asingkan isinya dan tumbuk sehingga lumat
  2. Masukkan isi ikan yang telah lumat ditumbuk ke dalam mangkuk adunan
  3. Tumbuk pula kelapa parut, bawang merah, halia dan lada hitam
  4. Gaulkan semua bahan-bahan yang telah lumat bersama dengan isi ikan
  5. Pecahkan sebiji telur, masukkan garam dan gula dan teruskan menggaul
  6. Taburkan daun kesum yang telah dicincang halus ke dalam adunan
  7. Gaulkan lagi sehingga adunan benar-benar sebati dan boleh dibentuk
  8. Ambil isi ikan, bulat dan dileperkan sama seperti proses membuat begedil kentang
  9. Panaskan kuali dan goreng begedil satu demi satu dengan api perlahan
  10. Angkat apabila begedil sudah berubah warna dan masak
  11. Sedia dihidang bersama nasi panas
begedil cinta nama dia ni

begedil cinta nama dia ni

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Begedil ikan atau otak-otak ni kalau diperhatikan, resepinya memang ala-ala solok lada, cuma isi ikan yang telah siap dibentuk digoreng, bukan direbus menggunakan santan mahupun dibakar di dalam daun pisang seperti otak-otak kempas.

Selalu kalau buat begedil ikan ni, 2-3 kali, sepuluh kali pun tak penat adik-adik kakngah yang bertujuh tu ulang-alik ke dapur curi lauk. Memang rupa pun dah tak macam lauk. Sekali tengok, macam cucur badak pun ada. Baunya pulak toksah cerita lah, sampai ke rumah jiran sebelah pun boleh sampai. Harum menusuk kalbu baq anggg!

Cuma yang part malas sikit bila nak kena buat fillet isi ikan sardin tu la. Kena asingkan tulang dan isi satu-persatu. Al-maklumlah, tangan bukan chef ni, kalau guna chef knife sekalipon belum tentu dapat jadi cantik, cun melecun fillet ikan aku.

Nasib baiklah kekdahnye kena tumbuk-tumbuk. Kalau rupa dia cacat or buruk sekalipun takdelah nampak. Kalau kena buat fish and chips, jawabnya aku beli isi ikan dah siap ajelah.. hehehe..

Cuma satu yang pasti saya boleh cakap, ia sedap dan gerenti puas hati bila dapat makan. Memang berbaloi penat mengerjakan ikan tu. Kalau tak percaya jugak memang kena cuba.

Ok, selamat menyinsing lengan lah ye!

1,995 total views, 3 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation