RESEPI 10 MINIT UDANG GORENG KUNYIT YANG SIMPLE

Cakap pasal resepi udang, saya akan teringatkan kakak ipar nan seorang yang suka sangat makan seafood. Dia dan suami kalau balik kampung memang akan beli udang, sampaikan bila sesekali balik rumah mertua pun udang mesti dan tersedia oleh mak mertua. Untungnya gituh.

Tak elok jugak sebenarnya kalau selalu sangat makan udang ni. Nanti kolesterol tinggi. Bukan udang je, apa-apa seafood pun tak bagus kalau dimakan kerap sangat. Bersederhanalah. Lagipun, harga udang sekarang ni bukan main tinggi lagi. Nak goreng sayur pun kena pilih udang kecik-kecik jek.

Dan disebabkan dia jugalah saya mula pandai buat udang goreng kunyit yang bagi saya sedap ni. Kiranya gelaran ni pun ikut ekak saya lah kan. hehehe. Sedap sebab walopun digoreng, masih terasa manis-manis udangnya dan sayur yang dimasukkan juga tidak begitu layu dan masih rangup.

So, tanpa membuang masa, jom kita belek resepi yang senang lagi simple ni.

resepi udang goreng kunyit senang

 

 

 

 

 

 

Bahan-bahan :

  • 1/2 kilo udang kertas
  • 1 labu bawang besar dipotong ikut suka (saya guna bawang holland)
  • 1 tangaki cili merah dipotong serong
  • 5 batang kacang panjang dipotong setiap satu inci
  • daun bawang untuk hiasan
  • minyak untuk menggoreng
  • garam dan kunyit secukupnya

Cara Membuatnya :

  1. Gaulkan udang bersama garam dan kunyit terlebih dahulu
  2. Panaskan minyak dan goreng udang sehingga bertukar warna kemerah-merahan
  3. Angkat dan ketepikan ke dalam pinggan berasingan.
  4. Kurangkan sedikit baki minyak dan masukkan pula bawang, cili merah dan kacang panjang
  5. Gaul rata dan masukkan sedikit lagi garam untuk sebatikan rasa
  6. Masukkan udang yang telah digoreng tadi dan kaup balikkan bersama sayuran yang lain
  7. Taburkan daun bawang untuk hiasan dan tutup api
  8. Sedia untuk dihidang!

Kalau semua bahan-bahan dah siap ready sebelum masak, memang tak sampai 10 minit pun sebenarnya. Udang ni, takboleh masak lama-lama sangat nanti hilang manisnya.

resepi sayur buncis goreng bersama udang

 

 

 

 

 

 

Ngences pulak bila tengok nasik dengan sayur yang kekuningan nih. Oh ye, kenkadang saya applykan resepi yang sama juga untuk masak sayur buncis goreng udang begini. Udangnya digoreng dulu dan kemudian barulah ditumis bawang untuk sayuran yang dipotong menyerong itu. Tambah pulak kalau udangnya besar-besar size XL. Memang puas makan.

Bolehlah dicuba untuk juadah berbuka petang ni nanti!

32,065 total views, 19 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation