RASA MAKIN SAKIT LEPAS MAKAN VITAMIN SHAKLEE, BIAR BETUL?

Betul ke lepas makan vitamin atau suplemen atau apa-apa jelah makanan tambahan akan ada “healing crisis” ?

Terutamanya sekali bila ada kesan-kesan tak baik dan merisaukan macam  lesu, pening, rasa nak pitam, keluar jerawat”

Ke ini semua ayat nak backup dan cover diri penjual vitamin je ni?

Eh..  yang aku makan ni penawar ke, racun?

Tak pasal-pasal timbul cuak di situ.

Saya pun.

Pernah juga mengalami. Cuma takdelah kecoh-kecoh sampai viral.

Dalam seminggu lebih jugaklah macam tu. Gatal-gatal, bersin-bersin teruk, menggaru-garu seluruh badan sampai kena tanggalkan baju masa tidur. Serius, gatal merenyam yang teramat sangat, lepas minum sirap kebanggaan si Vivix, kononnya tu.

Niat ambik pun sebab nak settlekan masalah resdung. Tup-tup makin teruk pulak jadinya. Sampai takboleh tidur beberapa hari sebab sibuk menggaruk.

Dalam hati tertanya-tanya, terus mengadu pada orang yang bertanggungjawab promosikan produk (a.k.a upline). Nasib baik ada, dan tahunnak cari siapa kan.

Sebab tu lah, penting sangat tau beli dengan penjual yang kita tahu ada kredibiliti dan pengetahuan yang baik tentang produk. Jangan sibuk cari yang jual murah je. Kita memperjudikan kesihatan ni. Organ-organ dalaman kita tak ada spare part yang boleh senang-senang dapat.

Jawabnya apa?

“healing crisis” atau “body adjustment” (istilah baru belajar)

Memang lepas tu rasa lega yang teramat sangatlah sebab memang betul, semua simptom yang menakutkan tu semakin berkurang dan akhirnya hilang. Resdung pun semakin beransur baik.

Tapi, tetaplah juga tak terhenti di situ. Sebab, boleh dikatakan setiap pelanggan atau customer baru yang datang, akan mengadukan hal yang sama. Jadi makin teruk (takdelah teruk mana pun sebenarnya)

Saya tau, sebab dah rasa. Mujurlah dah ada pengalaman kan.

Sehinggalah saya berkesempatan berjumpa sendiri dengan Dr.Bruce Daggy yang menyertai kami dalam majlis Business Leader Convention Februari yang lepas.

Apa yang istimewa dan menyeronokkan sangat, kami pengedar-pengedar Shaklee ni boleh bersua muka dan bertanya tentang apa jua soalan atau kemusykilan pada beliau yang bukan calang-calang orang. Saintis koott. Doktor pulak tu.

Kerlasss sangat kan dapat jumpa saintis yang tahu semua bahan dalam produk, yang buat kajian dan ujian pada produk yang kita amalkan hari-hari selama ni.

Memang buat hati semakin yakin dan tanpa was-was dengan sesi ni.

Siapakah Dr.Daggy?

Senior Vice President, Head of Research and Development and Chief Science Officer. Orang yang power dan hebat dalam bidang pemakanan dan nutrisi.

IMG_6008

IMG_6007

Kata beliau :

Memang ada orang yang mengalami perubahan dan simptom seperti pening, rasa nak pitam dan loya nak muntah dan sebagainya. Saya sendiri ada rasa “burp” kalau makan Omega. So, bagi mengurangkan rasa “burp” yang tak selesa tu, tukar waktu pengambilan.

Jadi, saya ambil Omega selepas makan. Ini semua berlaku sebab badan kita dalam proses nak adjust kepada sesuatu yang baru @ bdy adjustment. Baru tu di sini bermaksud = baru makan vitamin dan baru nak adjust supaya serasi. Lain orang, lain dia punya “body adjustment”.

Dengan kata lainnya, apa-apa pun benda baru yang kita baru implement atau masukkan dalam diet, memang akan ada fasa “body adjustment” ni. Contohnya, bila kita mula-mula makan sesetengah ubat-ubatan pun, badan kita akan rasa lain. Begitu juga kalau kita alami perubahan turun berat badan terlalu cepat. Juga boleh buat rasa nak pitam sebab body tengah nak adjust dengan berat badan yang baru. Orang kata, “adjustment period” sementara nak serasi, kan.

Atau dalam istilah medikalnya ialah “Herxheimer Reaction” which kita orang Malaysia ni nak sebut pun tak reti, sampai tergeliat lidah. Alzheimer dibuatnya sementara nak boleh hafal ejaan dia hehehe.

So, lepas ni jangan takut-takut dah.

Even bila kita mula-mula nak transform atau berhijrah dengan buat amalan kebaikan macam tambahkan amal ibadat pun, ada jugak “healing crisis” nya kan.

Rasa poyo, rasa sedih, rasa malu tak pasal-pasal, rasa geli geleman nak stop, rasa banyak dosa etc etc.

Apatah lagi bila something yang melibatkan makanan yang masuk ke dalam badan kita ni. Proses detox yang nak buang segala yang buruk-buruk dan busuk-busuk dalam badan dan diri kita tu.

Become worse before you feel better.

Biasalah tu, dah bertahun-tahun kot bergelumang dengan gaya hidup sesuka hati yang tak sihat.

Life is a Story
Facebook: Nusaybah Anuwar
FB Page: i-Nutrisi / Tips Hamil Sihat dan Cantik
Shaklee ID: 932852
Emel: imanusaybah@gmail.com
Contact No: 019-3832656

“You’re the writer of your life”

 

44 total views, 1 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation