RAHSIA IBU MENYUSU CERGAS BERPUASA RAMADHAN

Saya kalau bab-bab testimoni visual ni memang teruja sangat. Sebab saya sendiri lebih banyak berkongsi secara visual dengan kebanyakan orang. Baik family members, rakan-rakan lama atau kawan sepejabat. Sampaikan orang yang dulu-dulu strangers pun ramai yang dah bertukar menjadi pengamal suplemen. :)

Bersempena ramadhan kali ini, saya kongsikan satu lagi pengakuan seorang ibu beranak 3 yang masih kekal cantik, selim dan menten sihat, dengan izinNya.

Tak dinafikan bila tiba bulan puasa, ramai ibu-ibu yang bimbang, risau galau tak pasti samada mampu atau tidak nak menjalani ibadah puasa. Apa yang sering dikhuatiri adalah pengeluaran susu yang akan berkurang dan keadaan ibu itu sendiri yang mungkin terjejas kerana tidak dapat makan dan minum seperti kebiasaan. Ia juga dikatakan suatu cabaran yang kuat dalam memenuhi tuntutan agama yang kedua-dua ada disebut dalam Al-Quran.

Mari lihat apa pula perkongsian kakak Salwa kita kali ini :

Rahsia Menyusu Puasa Di Bulan Ramadhan from iReach HD on Vimeo.

Hebat kan?

Memang murah rezeki Puan Salwa Salleh kita ni. Saya baru masuk tahun keempat. Tapi dia, Ramadhan ketujuh bergelar ibu mengandung dan menyusukan atau kedua-duanya sekali.

Sedikit sedutan untuk ibu-ibu yang tak sempat salin nota masa menyaksikan video pendek berdurasi 2 minit lebih tadi.

  1. Pastikan proses demand dan supply tidak terganggu. Susukan bayi seperti biasa, pam ketika di tempat kerja.
  2. Pastikan air diminum dengan cukup, sekurang-kurangnya 3 liter sehari (selepas berbuka dan sebelum subuh)
  3. Elakkan stress. Tanamkan di dalam minda yang positif bahawa susu sentiasa cukup untuk anak kita.
  4. Set Asas Penyusuan – Alfalfa, B-Complex, Vitalea dan Vitamin C
  5. Set Berpuasa yang wajib ketika sahur – ESP dan Performance Drink

Tak cukup dengan tips dan panduan pemakanan, siap dengan ulasan berkenaan rukhsah puasa yang Allah berikan untuk golongan ini lagi.

Rukhsah ini adalah satu kelonggaran berbuka puasa yang diberikan kepada ib-ibu hamil dan menyusukan bayi, bimbang sekiranya puasa diteruskan akan memudaratkan dirinya, bayi dalam kandungan serta juga bayi yang sedang disusui. Allah SWT tidak akan membebankan hambanya dengan suatu ibadat yang sukar untuk dilakukan sekalipun ianya adalah fardhu. Dibenarkan puasa tersebut ditangguhkan ke suatu hari lain yang tiada halangan syarie untuknya dari berpuasa.

Tiada bukti signifikan yang menunjukkan bahawa dengan berpuasa, ia akan menjejaskan kuantiti dan pengeluaran susu. Selain kajian dan penyelidikan yang telah dijalankan ini, kita juga harus berbalik kepada gaya hidup dan pemakanan yang sihat agar kemanisan Ramadhan Kareem tidak dilepaskan begitu sahaja.

Bukan menyangkal atau tidak mahu menggunakan kelonggaran yang telah diberi, tetapi alhamdulillah saya mampu menjalani puasa dengan keadaan diri yang bermaya, cergas dan masih berdaya menyusukan bayi saya sejak pemakanan sihat diutamakan sebaik mengandung dan bertitle ibu. Saya percaya, apa jua pun yang kita lakukan jika disertai dengan ilmu dan usaha, pasti ada return seperti yang kita harapkan sebagai ganjaran jawapan daripada Yang Maha Pencipta buat kita.

Apa yang lebih penting sebenarnya ialah sejauh mana ibu memahami tentang syafaat berpuasa buat umat Islam serta rukhsah yang telah ditawarkan kepada golongan ibu-ibu agar tidak terasa beban beragama. Kedua-duanya juga merupakan syariat yang tidak harus dijadikan satu halangan beribadat samada untuk memberhentikan penyusuan ibu mahupun mengambil langkah berbuka puasa sewenang- wenangnya untuk menyusukan bayi tanpa ada sebab yang munasabah.

Tanyalah diri anda sendiri, jika yakin teruskanlah berpuasa dan jika sebaliknya berlaku adillah kepada diri anda dan bayi dengan menggunakan rukhsah yang telah ditawarkan buat golongan seperti kita. Wallahualam..

Sumber :

  1. http://www.ikim.gov.my/index.php/ms/artikel/8002-ramadhan-dan-penyusuan-ibu
  2. http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0924&sec=Bicara_Agama&pg=ba_04.htm

2,943 total views, 2 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation