PUNCA DAN CARA MENGURANGKAN SAKIT SLIP DISK PADA TULANG BELAKANG

Tulang belakang kita (manusia) terdiri daripada 24 tulang individu yang dipanggil vertebra yang disusun di atas satu sama lain.

Oh, kita belajar sains harini OK!

Di antara setiap tulang belakang itu pula ada perlindungan atau tisu perantara (rawan) yang juga dipanggil cakera (disk). Cakera ini mempunyai gentian lembut, bahan seperti gel di dalamnya yang membantu untuk mengurangkan geseran di antara vertebra apabila berlaku pergerakan.

Di dalam cakera ini terdapat saraf tunjang yang sangat sensitif dan ia melalui tengah-tengah ruang vertebra. Ia mengandungi sel-sel saraf yang menghubungkan otak ke semua bahagian anggota badan.

Slipped disc berlaku apabila bulatan tisu penghubung di sekitar cakera rosak. Ini menyebabkan bahagian lembut, seperti gel pada bahagian cakera membengkak dan menonjol keluar. Ada banyak sebab yang boleh menjadi punca ia berlaku termasuklah buah pinggang yang lemah dan kecederaan fizikal tetapi kes yang biasa ialah apabila umur kita semakin meningkat.

Usia tua – Rawan haus – Cakera menyusut. Apabila usia semakin meningkat disc tulang belakang akan mulai kehilangan kadar air. Ini membuatkan ia kurang fleksibel dan lebih mudah pecah ataupun disebut sebagai tumpah.

Faktor-faktor ini adalah antara punca yang boleh meningkatkan tekanan dan buat rasa tegang yang menyakitkan pada tulang belakang :

  • Nature pekerjaan yang melibatkan mengangkat beban yang berat.
  • Memandu kenderaan dalam tempoh yang lama. (pemandu teksi, lori dan lain-lain)
  • Berat badan yang berlebihan
  • Pernah menyertai sukan angkat berat.
  • Mempunyai kecederaan berkaitan tulang belakang : jatuh/kemalangan/kecederaan sumsum tulang belakang.
  • Tabiat suka membongkok dan tidak menjaga postur tubuh

Boleh baca Juga : Harian Metro : Sakit Belakang Bukan Perkara Main-Main

Ikhtiar untuk masalah Slip Disc

Bolehkah kesakitan slip disk ini dikurangkan tanpa pembedahan?

Saya diberitahu oleh pakar bahawa dalam kes saya ni, tak jaminan kesembuhan 100%, malah risikonya 50-50!

Saya ada kongsikan kisah abah sendiri yang juga seorang pesakit slip disk di SINI.

Baca Dulu : Tips seorang pesakit slip disk seperti abah – serius rasa macam tak percaya bila tengok keadaan abah hari ini!

Amalan-amalan lain yang baik untuk masalah Slip Disc

Hampir 3 bulan juga abah rehat di rumah. Tapi biasalah, abah memang jenis tak reti duduk diam. Sakit-sakit pun boleh je dia keluar minum-minum, suruh geng datang ambil kat rumah.

Penyokong tulang belakang

Antara amalan lain yang abah buat ialah amalkan posture yang betul. Ini nasihat yang kami beri pada abah walaupun bukan senang nak nasihatkan senior citizeen macam abah yang kadangkala degilnya tu buat kita rasa serba salah taktau nak guna kaedah apa dah. Nak dimarah tak kena, nak berlembut pun..alahai. Berbuih juga mulut duk bebel. Kalau perlu, pakai girdle untuk support tulang belakang macam ni.

support tulang belakang

Adik saya yang belikan untuk abah, tapi tak pasti sejauh mana dia pakai. SAP support namanya kalau saya tak silap. Kerap pakai, suka pakai atau tak pun saya tak dapat nak pastikan sebab kadang-kadang tu ada juga nampak abah pakai tapi tak konsisten. Mungkin sebab nak jaga hati anak yang bagi jugak kot. hehehe.. :)

Bekamlah kawasan yang terlibat dan kawasan yang ada kaitan dengan titik akupunktur untuk masalah ini. Bekam akan mempercepatkan proses penyembuhan dari inflamasi. Selain itu, doktor biasanya akan beri cadangan untuk buat rawatan fisioterapi dan kiropraktik yang akan membantu penyembuhan tubuh dengan sendirinya agar dapat berfungsi dengan baik semula.

Jaga Pemakanan

Kurangkan atau lebih baik jika dapat berhenti terus daripada mengambil processed food termasuk karbohidrat terproses seperti gandum, gula putih dan susu tepung. Ini antara saranan yang baik tetapi bukanlah semudah itu nak train abah. Bab-bab pantang makan ni memang payah sikit.

Amalkan pemakanan semulajadi dan bebas daripada pesticide. Banyakkan Quranic Food (makanan sunnah), dan makanan yang berunsur herba. Sebelum ni pun makanan jenis macam ni dah jadi jajan dia je. Abah makan buah tin, zaitun, kurma dan beberapa lagi dried fruit yang memang dia suka beli dan sentiasa ada stok di rumah.

Tingkatkan kebergantungan pada Allah S.W.T

Banyakkan muhasabah diri dan berdoa mohon diringankan kesakitan. InsyaAllah, setiap penyakit ada ubatnya. Abah ni masa dia sakit pun tetaplah rajin ke surau dan bangun solat malam. Masa admit di hospital dulu pun abah masih tak lekang dengan sejadah sampaikan nurse di wad cakap, “pakcik ni asyik sembahyang je,”. hehehe.. Bukan nak banggakan abah sendiri lah, tapi memang saya kenkadang malu dengan abah. Moga saya juga dapat istiqamah mengikut jejak langkah abah. Walaupun ada lirik lagu kata “iman tak dapat diwarisi”. :)

Walaubagaimanapun, kena juga tahu yang bukanlah semua sakit belakang tu puncanya pada tulang atau sendi yang biasa. Rujuklah kepada doktor atau pakar di bidang perubatan (ortopedik) untuk tahu dengan lebih jelas punca sebenarnya terutamanya bila muncul simptom-simptom seperti turun berat badan, kurang selera makan, mudah letih dan kerap demam.

Jenis-jenis sakit ini pun berbeza-beza antara seorang dengan yang lain. Kalau ada ahli keluarga atau rakan terdekat yang mengalami sakit berkaitan tulang belakang sampai tahap susah nak kawal otot, nasihatkanlah mereka supaya cepat ke hospital untuk buat pemeriksaan dan rawatan lanjut.

Mungkin jugak diri sendiri yang membaca ni kan? Lebih awal ia dikesan, maka lebih besar kemungkinan rawatan pembedahan dapat dielakkan.

Jangan pula sampai kita terlepas pandang kemungkinan berbahaya seperti jangkitan kuman pada tulang belakang, barah tulang atau sakit buah pinggang. Nauzubillah… Cuma ingat satu, “better late than never”. Allah pun memang suruh kita usaha kan?

Selain amalan-amalan ni, abah memang peminat makanan tambahan yan tegar. :)

Saya ada cadangan suplemen semulajadi macam yang abah makan yang boleh bantu kurangkan sakit Slip Disk. Abah sendiri adalah antara golongan yang berisiko tinggi untuk buat pembedahan.

Inilah 4 vitamins Shaklee kegemaran abah yang dia dah makan lebih setahun pun.

suplemen untuk slip disk

Boleh hubungi saya untuk ikhtiar ini.

Pengedar sah Shaklee untuk makan sendiri dan menjalankan bisnes

COD sekitar Kajang, Bangi dan pengeposan ke seluruh Malaysia

Hubungi Nusaybah Anuwar 019-3832656

suplemen untuk slip disk

1,880 total views, 6 views today

One Thought on “PUNCA DAN CARA MENGURANGKAN SAKIT SLIP DISK PADA TULANG BELAKANG

  1. Pingback: SLIP DISK, SAKIT TULANG BELAKANG, LUMBAR DISK | Life is a Story

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation