PUNCA DAN CARA MENGATASI MASALAH SEMBELIT DAN BUASIR SECARA SEMULAJADI

sembelit

Sembelit berlaku apabila kekerapan untuk membuang air besar berkurangan dan kesukaran untuk membuang najis (tidak lancar).

Sembelit adalah satu gejala, bukannya satu penyakit. Setiap orang pernah mengalami sembelit dalam kehidupan dan selalunya ia disebabkan oleh amalan pemakanan yang tidak baik atau kurang sihat.

Ada banyak faktor yang menyebabkan terjadinya sembelit seperti kurangnya pengambilan makanan berserat, kurang minum air, kurang melakukan aktiviti fizikal dan pengambilan ubat-ubatan yang mengakibatkan najis menjadi keras dan kesat.

TANDA DAN GEJALA

Biasanya gejala-gejala sembelit adalah seperti berikut. Walaubagaimanapun, setiap orang mungkin akan mengalami gelaja-gejala yang berlainan disebabkan oleh gaya hidup dan tabiat pemakanan yang juga tak sama antara satu sama lain.

Gejala-gejala lain yang berkait dengan sembelit :

  • Tidak membuang air besar beberapa hari, atau membuang najis yang keras dan kering.
  • Perut kembung, kejang atau sakit.
  • Kurang selera makan.
  • Gigi diketap, kaki tersilang, dikepit bersama punggung
  • muka menjadi kemerahan terutamanya apabila kanak-kanak cuba menahan pengeluaran najis
  • Sedikit cecair atau calitan najis lembut pada seluar dalam kanak-kanak.

Punca sembelit terjadi ?

Ketika makanan bergerak menerusi usus (kolon), usus akan menyerap air daripada makanan semasa ia membentuk bahan buangan atau najis. Pengecutan otot pada usus ini kemudiannya akan menolak najis ke rektum (bahagian akhir pada usus besar). Setelah najis sampai ke rektum, ia telah menjadi keras kerana kebanyakan air telah diserap.

Sembelit berlaku apabila usus menyerap telalu banyak air atau otot pada usus mengecut dengan lambat menyebabkan najis bergerak ke arah usus secara terlalu perlahan. Akibatnya, najis akan menjadi keras, kering dan sukar dikeluarkan serta menyakitkan.

Sebab-sebab berlakunya sembelit :

  • Kurang minum air
  • Kurang serat dalam diet.
  • Kurang aktiviti fizikal terutamanya di kalangan warga tua.
  • Mengambil ubat-ubatan tertentu
  • Pengambilan susu yang tidak sesuai
  • Sindrom gangguan semasa pembuangan air besar atau Irritable bowel syndrome.
  • Perubahan rutin dalam kehidupan seperti sedang dalam percutian, mengandung dan faktor usia
  • Penyalahgunaan julap.
  • Sering menahan untuk membuang air besar.
  • Penyakit atau keadaan tertentu seperti strok.
  • Masalah pada fungsi usus. rektum dan sembelit yang kronik

Kesan buruk sembelit

Sembelit yang berpanjangan dan serius boleh menyebabkan buasir yang menyakitkan. Apabila kita menahan untuk membuang air besar terdapat risiko berlaku koyakan pada kulit di sekeliling lubang dubur yang boleh mengakibatkan berlakunya pendarahan. Ia berlaku disebabkan oleh najis keras yang meregangkan otot Sphincter. Kesannya, pendarahan rektum mungkin berlaku, di mana darah akan kelihatan di permukaan najis.

Kadangkala, regangan ini akan menyebabkan rektum terkeluar (terjatuh) dan ini boleh menyebabkan keluar lendiran dari dubur. Rektum yang  terkeluar dengan teruk dan kronik memerlukan pembedahan untuk menguatkan dan mengetatkan otot spinchcter dubur atau membaiki lapisan yang  terkeluar.

Sembelit juga boleh disebabkan oleh najis yang keras memenuhi ruang usus dan rektum secara amat ketat yang mana penolakan najis keluar secara normal tidak mampu membawa najis keluar secara semulajadi. Ia biasa berlaku di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa yang mempunyai masalah penghadaman dan pencernaan.

Walaubagaimanapun, ia boleh dilembutkan dengan penggunaan minyak mineral yang diminum atau disuntik menerusi dubur (ubat berak). Selepas itu, doktor mungkin akan memecahkan dan membuang bahagian najis yang keras dengan memasukkan jari ke dalam lubang dubur. (geli nak cerita, dan menyakitkan!)

Pencegahan dan Rawatan Sembelit

Perkara paling penting untuk mengurangkan dan mengatasi masalah sembelit ialah dengan memastikan kita menjaga pemakanan seharian makan makanan berserat dan meminum air secukupnya.

Walaupun bunyinya simple sangat, tapi inilah yang akan membantu najis bergerak menerusi usus, menjadikannya lebih lembut dan mudah pula dikeluarkan. Dah tak perlu lagi meneran setiap kali nak membuang air besar.

Mak mengandung yang tidak membuang air besar melebihi 3 hari, najis kering, dan sukar dikeluarkan sampai kadang-kadang terpaksa meneran dengan kuat untuk membuang air besar akan mengakibatkan pendarahan. Pendarahan ini akan menyebabkan ibu berasa sakit, gatal dan tidak selesa sepanjang kehamilan yang sepatutnya dinikmati dengan kebahagiaan. Jangan sesekali dipandang remeh isu ini sebab proses meneran masa nak bersalin nanti semestinya akan menyebabkan buasir menjadi lebih besar dan lebih teruk – macam kelopak bunga (bak kata mak bidan yang urut saya tu)

Kena tahu dan faham bahawa tabiat membuang air besar yang normal pada setiap orang adalah tak sama. Kalaulah tiba-tiba perasan tabiat “berak” sendiri dah mula berubah, pergilah check ke doktor dan berbincanglah macamana nak rawat. Bab-bab bahan kumuh ni tak boleh buat main-main.

  • Sembelit masih baru dan jarang-jarang berlaku kepada diri anda
  • Anda mengalami sembelit selama 3 minggu atau lebih lama
  • Anda dalam kesakitan setiap kali ingin membuang air besar
  • Anda mendapati najis anda keras dan berdarah.

Senarai produk Shaklee yang boleh membantu :

Herb-Lax Shaklee

Herb-Lax Shaklee

Terdiri daripada kombinasi sains perubatan tradisi dan teknologi dari barat yang mengandungi 9 herba semulajadi termasuklah :

  • alfalfa leaves
  • senna leaves
  • anise seed
  • blue malva flover
  • bucknorn bark
  • licorice root
  • rhubarb root
  • fennel seed
  • culver’s root

Herb-lax juga dikenali sebagai julap lembut yang berperanan sebagai “pembersih najis yang tersekat”. Ia meransang usus untuk mempercepatkan proses pembersihan kepada najis yang tersimpan lama di dalam sistem pencernaan kita.

Sifatnya yang menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut boleh membantu melembutkan najis, mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus (natural bowel movement), dan sangat sesuai digunakan oleh tubuh kita dalam masa panjang. Ia terbukti secara klinikal dan ini sekaligus akan membantu menyelesaikan masalah sembelit yang kronik.

Alfalfa Complex Shaklee

Alfalfa Complex Shaklee

Alfalfa Complex – adalah Sejenis tumbuhan herba yang memiliki gred yang paling tinggi, kaya dengan klorofil dan khasiat pelbagai nutrisi seperti :

  • protein
  • asid amino
  • klorofil
  • serat
  • fitokimia
  • 10 vitamin
  • 8 enzim
  • 15 zat galian

Merupakan Formula Shaklee Signature yang dibangunkan oleh Dr. Forrest C Shaklee pada tahun 1950an. Diperbuat daripada tanaman alfalfa (medicago sativa) yang bebas daripada racun serangga dan hanya menggunakan baja kompas yang bebas daripada bahan kimia. Pengambilan 10 biji tablet alfalfa bersamaan dengan segelas susu segar.

Alfalfa membekalkan zat galian yang tidak terdapat dalam kebanyakan tumbuhan lain. Ia adalah sejenis makanan beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghapuskan toksin, mencuci hati, darah dan usus serta mencantikkan kulit dan otot.

Alfalfa juga baik untuk memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti sebu, kembung perut, hyperacidity, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit selain boleh menghapuskan kolesterol jahat.

Ostematrix Shaklee

Ostematrix – nama lain bagi kalsium daripada Shaklee. Ia bukanlah tergolong sebagai sejenis vitamin, sebaliknya satu mineral lengkap dengan magnesium yang membantu mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan otot dan saraf, seterusnya memudahkan proses rembesan keluar sisa-sisa daripada perut dan usus.

Kajian juga menunjukkan bahawa dengan mengambil 1,000 mg kalsium dan magnesium secara serentak, ia dapat meringankan sakit semasa haid serta dapat membantu pembuangan air kecil selain berupaya memastikan nutrien dapat diserap dengan lebih baik oleh sel-sel tubuh. Relevannya, ostematrix membantu pengecutan otot dan saraf pada rahim (contraction) sewaktu datang haid, jadi kesakitan yang dialami juga lebih terkawal.

Pengambilan 1 tablet ostematrix bersamaan dengan 1 gelas susu tinggi kalsium dan 80 biji badam. Dos yang disarankan ialah 4 biji tablet ostematrix diambil sebelum tidur untuk keperluan kalsium harian. Mampukah kita untuk minum 4 gelas susu dan makan 320 biji badam sehari untuk tujuan ini?

Jom kita tengok testimoni.

Apa kata mereka yang telah mencuba vitamin dalam Set Sembelit dan Buasir Shaklee :

Testimoni 1

Pengambilan 4 biji ostematrix sebelum tidur membantu tidur yang lebih lena, bangun dengan segar dan bertenaga, dan paling best untuk preggies yang dijangka akan mengalami sembelit semasa hamil, ostematrix membantu perut anda tetap lawas. Bagi bf mommies, of course pengambilan ostematrix adalah tambahan yang bagus untuk set penyusuan anda. Cubalah! :)

– Hadhatina MKB –

testimoni sembelit ketika hamil

 

 

 

 

 

Testimoni 2

Salam semua. Saje nak share produk ostematrix. Saya ni pregnant 7 bulan. Memang kerap la, malam-malam kena cramp dekat betis dan perut yang berulang-ulang setiap hari. Baru 3 hari makan ostematrix, 4 biji..macam tak percaya lak.. malam tadi tak lena lansung, walhal hujan lebat dan cuaca sejuk sangat. Bangun pagi, betapa lancarnya “usus dicuci”. hehehe.. Pasni tidur lena daa.. takyah bangun malam nak hilangkan cramp-cramp. Tq Shaklee.. :)

– Shida Seth –

testimoni sembelit semasa mengandung

Seronoknya rasa hati bila dapat membantu di saat mereka sangat memerlukan seperti ini. Memang berbaloi menyimpan, mengasingkan dann melaburkan sedikit wang untuk kesihatan yang sememangnya tidak boleh dijual-beli atau ditukar-ganti dengan wang ringgit!

Hubungi saya untuk konsultasi/cadangan atau terus dapatkan Set Buasir yang akan membantu menyelesaikan masalah anda selamanya!

Pengedar sah Shaklee seluruh Malaysia

Nusaybah Anuwar 019-3832656

2,006 total views, 6 views today

One Thought on “PUNCA DAN CARA MENGATASI MASALAH SEMBELIT DAN BUASIR SECARA SEMULAJADI

  1. Pingback: PUNCA DAN CARA ATASI SEMBELIT SEMASA MENGANDUNG | Nasuha Vita Life

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation