PUNCA DAN APA NAK BUAT BILA GASTRIK SAMPAI DAH JADI ULSER PERUT

Kalau buka topik yang satu ni, dia punya mangsa boleh dikatakan agak ramai. Daripada yang muda-muda, sampailah ke peringkat umur lanjut pun masih juga dibelenggu dengan masalah yang sama.

Gastrik, atau gastritis.

Radang pada mukosa – bahagian lapisan dinding dalam perut. Disebabkan oleh ketidakseimbangan kandungan asid dan pepsin di dalam usus. Pengeluaran asid yang berlebihan akan menyebabkan ulser.

Ia berlaku apabila dinding permukaan di dalam perut sudah mula terhakis oleh asid gastrik yang dihasilkan oleh perut untuk mencernakan makanan yang kita makan.

Secara semulajadinya, cairan asid ini akan dirembeskan setiap kali apabila kita terasa lapar atau badan kita memerlukan makanan. Kalau tak ada makanan dalam perut, asid ini dengan sendirinya akan menghakis permukaan dinding di dalam perut kita.

So, itu yang jadinya bila kita sudah sepatutnya makan on-time, mengisi perut dengan sesuatu, tapi kita tak buat. Samada lambat atau lupa, hakisan ini lama-kelamaan akan mencederakan lapisan dalam perut.

Bab makan ni pulak, boleh dikategorikan sebagai tabiat. Ia berlaku berulang-ulang, berhari-hari, berbulan-bulan malah bertahun sampailah dinding perut semakin menipis dan kita pun mula rasa sakit, pedih sebab rupanya kat dalam tu dah ada luka.

Ditambah pula bila dah makan tu, kita makan pula makanan-makanan yang pedas, berkafein, masam-masam, diikuti dengan tabiat merokok. Memang nyumnyumnyum lah sakit dia!

Pernah lah rasa sekali dua masa zaman belajar dulu. Sampai keluar muntah kuning yang pahit gila tu. Siap menonggeng tak boleh berdiri lurus sebab senak yang teramat sangat.

Akibat makan suka hati kan. Konon nak jimat duit belanja, lepas tu masa study week tu dia punya busy menelaah sampai tak rasa lapar gituh. hehehehe.

Simptom gastrik yang paling biasa ialah :

  • sakit kepala dan loya
  • sakit/senak di bahagian atas perut
  • sendawa dan kerap kentut
  • badan terasa lemah dan lesu
  • pedih di kawasan ulu hati
  • tidak ada selera makan
  • muntah pahit berwarna kekuningan
  • najis berwarna kehitaman

Pesakit gastrik akan mengalami samada satu atau lebih petanda-petanda seperti di atas ini.

Pada peringkat permulaan, akan berlaku radang pada mukosa yang melapik dinding perut. Kalau dibiarkan, tidak dirawat atau diambil tindakan, radang gastrik ini akan melarat menjadi ulser perut/peptik ulcer yang sememangnya lebih teruk dan sakitnya pun lebih.

So, bila dah kena tu wajarlah insaf dan buat pengajaran supaya tak berlanjutan kepada sakit yang lebih kronik. Antara amalan yang dinasihatkan ialah :

1. Ambil makanan sikit-sikit setiap kali, tetapi lebih kerap.

2. Tidak skip waktu makan utama – “Breakfast like a king, lunch like a prince, dine like a pauper”

3. Berhenti makan sekurang-kurangnya 2 jam sebelum masuk tidur.

4. Kurangkan merokok – mengurangkan kecekapan fungsi usus yang berfungsi sebagai pintu pagar yang membenarkan makanan masuk dan keluar.

Sebolehnya berhenti terus.

4. Pelbagaikan pengambilan makanan untuk mencukupkan keperluan nutrisi, vitamin dan mineral.

Alfalfa Complex –

Alfalfa berupaya menyelesaikan masalah bau badan dan meneutralkan asid dalam badan

Bersifat alkali.

Meneutralkan kandungan asid yang berlebihan dalam perut.

Membantu proses detoks dan melawaskan pembuangan najis.

Mengelakkan terjadinya sembelit atau buasir akibat masalah penghadaman dan pencernaan.

Energy Soy Protein (ESP)

ESP Shaklee - protein soya Non-GMO tanpa kolesterol yang membekalkan tenaga berpanjangan

Sumber protein paling seimbang, rendah lemak, rendah kolesterol dan lengkap dengan asid amino

Membekalkan tenaga berpanjangan dan memberi rasa kenyang yang lebih lama.

Membantu proses penyembuhan luka dan pembentukan sel-sel baru yang lebih sihat.

Sebagai lapik perut – mengelakkan hakisan pada lapisan dinding perut akibat cairan asid yang terbentuk

Baca Juga : Perbezaan ESP yang sangat banyak kontroversi dan minuman soya lain di pasaran

Omega Guard

Omega Guard Shaklee - kaya dengan EPA dan DHA yang berfungsi menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata

Minyak ikan terbaik yang lengkap dengan asid lemak perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh.

Bersifat anti-inflammatory – Meredakan dan mengelakkan terjadinya radang pada dinding perut

Melancarkan saluran darah dan merendahkan paras kolesterol jahat.

5. Selain daripada mengubah tabiat makan kepada yang lebih baik, elakkan makanan atau minuman yang :

  • jenis berempah atau pedas-pedas
  • jenis berasid dan masam-masam
  • jenis makanan proses kerana ada kandungan bahan kimia
  • jenis minuman berasaskan kopi atau coklat

Kesemua 4 beradik jenis makanan dan minuma ni boleh meransang pengeluaran lebih banyak rembesan asid perut untuk mencernakannya.

Saya selalu dengar orang sebut, perut kita ni adalah punca penyakit.

Tak makan sakit, makan terlebih pun sakit. Maka, bersederhanalah dalam apa jua pun.

Eat well, be well! :)

Life is a Story
Facebook: Nusaybah Anuwar
FB Page: i-Nutrisi / Tips Hamil Sihat dan Cantik
Emel: imanusaybah@gmail.com
Contact No: 019-3832656

“You’re the writer of your life”

57 total views, 6 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation