PSORIASIS TIADA UBAT TETAPI SENARAI VITAMIN SEMULAJADI INI TERBUKTI SANGAT MEMBANTU

Hubungan persahabatan virtual mereka berlansung dengan sangat baik. Semakin hari Anisah semakin yakin bahawa inilah jodohnya. Setelah beberapa kali menolak permintaan untuk bersua muka, Anisah akhirnya akur kerana kali ini hatinya sangat bulat.

Namun, segalanya meleset jauh. Apa yang ditakutinya selama ini benar-benar terjadi.

Anisah semakin tertekan. Buat kesekian kali, lelaki yang disangkakan betul-betul ikhlas menyayanginya telah “menarik diri” selepas mereka bertemu. Apa yang membuatkan Anisah sangat sedih dan kecewa ialah, ini bukan pertama kali kejadian yang sama berlaku.

Adakah kerana jijik melihat kulit Anisah yang sebegitu?

Atau kerana dia takut dijangkiti sekiranya mereka berkahwin kelak?

Apakah penyakit yang dihidapi Anisah?

Anisah hampir kehilangan semangat untuk meneruskan kehidupan. Dia sangat tertekan dan murung.

Pelamin Anganku Musnah

Anisah mengalami simptom kulit mengelupas, menjadi gatal, bengkak, alergi dan bertompok kemerahan yang telah menjejaskan rupa parasnya. Akibatnya, dia hanya mampu memerap di rumah kerana kulitnya akan berasa sakit apabila berpeluh, terkena pancaran matahari dan memakai baju.

Penyakit yang dialami Anisah berlarutan selama bertahun-tahun sehinggalah dia sering menangguhkan niat untuk mendirikan rumahtangga.

Psoriasis membunuh harapan si penghidapnya

Anisah menghidap sejenis penyakit kulit yang berkait rapat dengan sel tubuh di mana pertumbuhan sel kulit berlaku secara tidak normal sehingga menyebabkan lebihan kulit terkumpul dengan sangat cepat di permukaan kulit.

Sel kulit biasa mengambil masa untuk matang dalam masa 30 hari sebelum mula gugur dan berganti dengan yang baru. Psoriasis berlaku apabila sel kulit mengambil masa hanya 3 hingga 7 hari untuk matang dan kemudiannya timbul di permukaan kulit, menyebabkan sel-sel mula berlapis dan membentuk tompok-tompok keradangan yang bersisik.

Malu, berasa rendah diri dan sentiasa ingin menjauhkan diri daripada orang lain adalah antara dilema yang sering membelenggu pesakit psoriasis. Ia merupakan penyakit serius yang meninggalkan kesan negatif kerana selalu disalah anggap oleh masayarakat boleh berjangkit.

Ada kes yang berlaku disebabkan oleh faktor keturunan di mana (jika ibu bapa menghidap penyakit yang sama, kebarangkalian anak mendapat penyakit adalah sebanyak 70 %)

Psoriasis tiada ubat untuk penyembuhan 100%

Sehingga kini penawar sepenuhnya untuk penyakit ini masih belum ditemui.

Namun, penjagaan diri yang teliti dalam jangka masa panjang sudah dibuktikan mampu mengawal penularan penyakit dan membantu mengawal simptom psoriasis.

Pada mulanya, saya sangkakan ia hanya alahan kulit dan kelemumur biasa, tetapi setelah berjumpa doktor barulah saya tahu tentang penyakit yang saya hidapi ini. Pelbagai jenis pil, krim sapu dan syampu berubat telah saya gunakan namun ia cuma bersifat sementara sahaja. Luka pada anggota badan saya ini kadangkalanya mengakibatkan rasa pedih dan kerana ia boleh pecah dan berdarah.

Doktor ada mengesyorkan saya supaya kurang beraktiviti di luar, mengambil makanan atau suplemen yang membantu menguatkan sistem imun dan sentiasa berfikiran postitif kerana stress boleh menjadi pencetus keradangan kulit yang lebih parah.

Pengakuan pesakit psoriasis, Anisah (bukan nama sebenar)

Shaklee memberikan sinar harapan baru kepada penghidap psoriasis

Set Lengkap Psoriasis

Vitamin Shaklee untuk psoriasis

Vitamin Shaklee untuk psoriasis

Vivix

Tinggi kandungan anti-oksidan, mengurangkan radang dan rebuilt semula sel-sel baru yang sihat.

Kaya dengan resveratrol dan polifenol daripada tumbuhan (anggur muscadine, purple carrot, elderberi dan poligonum cuspidatum) yang terbukti secara klinikal dapat menambahbaik pelbagai masalah kesihatan.

Formula yang terkandung di dalam sirap vivix bertindak memperbaiki sel-sel tubuh sehingga ke peringkat DNA. Ia membolehkan proses penggandaan kromosom sel berlaku seperti yang sepatutnya. Bukan “duplicate syok sendiri” sampai sistem tubuh jadi huru-hara.

Garlic dan Nutriferon

Garlic Complex – bawang putih telah digunakan sejak sekian lama sebagai rawatan agen antibiotik

Nutriferon – satu-satunya formula yang dibangunkan oleh immunologist (pakar imun) yang mengandungi biji labu dan bunga safflower telah dibuktikan mampu menjadi elemen penggalak imun.

Kedua-duanya bertindak sebagai antibiotik semulajadi untuk memperkuatkan sistem imun tubuh penghidap psoriasis yang lemah dan mudah diserang patogen jahat.

Sustained Release Vitamin C

Selain tergolong dalam katagori anti-oksidan, vitamin C turut dikenali sebagai vitamin imun. Ia berfungsi untuk mempercepatkan pemulihan luka, melembapkan kulit secara semulajadi dan mengembalikan semula suktur kulit yang sihat

Vitamin C Shaklee menggunakan teknologi pelepasan masa (sustained release) di mana kandungan vitamin C dalam satu tablet 500 gm dilepaskan perlahan-lahan dalam sela setiap satu jam.

Ia adalah ciri vitamin C yang baik dan harus dipunyai oleh semua vitamin C yang dijual kerana kandungan vitamin C dalam tubuh kita sangat cepat termusnah, dan jika diambil berlebihan pula ia akan hanya dibazirkan melalui air kencing.

Malangnya, tidak semua vitamin C mempunyai ciri ini menyebabkan pengambilannya tidak dapat memberi kesan yang diinginkan.

Baca Juga : Perbezaan unik Vitamin C Shaklee yang semua orang patut tahu

Omega/GLA Complex/Vitamin E

Mengandungi Omega 3, Omega 6 dan Vitamin E yang befungsi mengelakkan keradangan dan memudarkan kesan parut

Omega Guard

Kandungan omega-3 di dalam minyak ikan air laut dalam bertindak sebagai agen anti-radang yang boleh menidakkan atau meminimakan keradangan kulit yang berlaku pada pesakit psoriasis. Kesakitan sendi juga dapat dielakkan.

GLA Complex

Setiap kapsul GLA Complex Shaklee mempunyai 90mg GLA (asid gamma linolenik) di mana ianya adalah sumber terbaik Omega-6. Gabungan dengan minyak bunga matahari dan Vitamin E membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan membantu untuk mengekalkan integriti sel dan meningkatkan lagi keberkesanan dan kadar penyerapannya.

GLA membantu badan kita membentuk prostaglandin (suatu bahan seperti hormon yang membantu mengawal kebanyakan proses di dalam badan seperti aliran darah yang sihat dan melindungi dinding arteri).

Borage oil pula mengandungi kepekatan semula jadi GLA yang sangat tinggi tetapi dihasilkan ​​dalam bentuk yang mudah diserap.

B-Complex

Kekurangan vitamin B boleh menyebabkan kelemahan sistem saraf. Ia berkait rapat dengan stress yang disebabkan oleh tekanan yang tidak dapat dikawal dan diuruskan dengan baik.

B-Complex Shaklee lengkap dengan semua elemen vitamin B yang mampu menyokong kesihatan sistem saraf, menguatkan antibodi dan mengawal stress yang boleh menyebabkan psoriasis semakin merebak.

Krim Herbal Blend

Krim dengan ekstrak herba ini telah membuktikan bahawa penggunaan bahan semulajadi adalah lebih dekat dan sangat serasi dengan tubuh manusia yang sangat kompleks.

Ia dapat mengurangkan gatal-gatal dan dijadikan sebagai pelembap (moisturizer) supaya kulit tidak jadi bersisik dan dapat mengurangkan kerengsaan.

Psoriasis tidak boleh diubati sepenuhnya. Ia adalah sejenis penyakit kulit kronik yang akan dialami seumur hidup oleh penghidapnya. Walaubagaimanapun, ia boleh dikawal dengan baik jika diambil tindakan sejak di peringkat awal.

Apa kata mereka yang telah menjadi pengguna ?

Testimoni Vivix 1

Testimoni Vivix 1

Testimoni psoriasis 2

Testimoni psoriasis 2

Testimoni psoriasis 3

Testimoni psoriasis 3

Jangan biarkan penyakit yang dihidapi memadamkan harapan untuk terus menikmati hidup yang singkat ini dengan penuh makna.

Pengedar sah Shaklee seluruh Malaysia

COD sekitar Bangi dan Kajang dan kawasan berhampiran.

Nusaybah Anuwar

019-3832656

1,693 total views, 6 views today

One Thought on “PSORIASIS TIADA UBAT TETAPI SENARAI VITAMIN SEMULAJADI INI TERBUKTI SANGAT MEMBANTU

  1. Pingback: ALTERNATIF PSORIASIS SUPAYA TIDAK MELARAT | Life is a Story

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation