Masih lagi dalam mood menyiapkan hospital bag yang kadang-kadang rasa excited, tapi kadang-kadang malaaaasss sangat nak buat.
Dah berminggu tak siap-siap kemas hahaha.
Ni tengah pending tudung apa yang selesa nak sarung pergi serah diri dan bawa dalam beg untuk dipakai selama 2-3 hari yang mendebarkan kat dalam hospital tu.
Kalau korang kan, apa ciri-ciri tudung yang akan jadi pilihan sebelum korang decide nak beli?
1. Jenama
2. Material
3. Harga
4. Design
5. Kualiti
Kalau Kak Ebah kan, first and foremost tudung tu mestilah Easy-to-Style.
Eh, eh kenapa macam tak ada je pilihan tu kat atas?
Sebab, of course lain orang lain dia punya preferences kaan.
Mungkin korang tak setuju dengan Kak Ebah, and mungkin juga korang ada kriteria sendiri yang jadi prioriti sebelum beli sehelai tudung.
Kak Ebah ni memang sejenis yang simple orangnya. Asalkan rupanya seperti hijab (bukan tudung saji atau serban) dan syariah compliance, perkara lain-lain Kak Ebah tolak tepi dulu.
Well, koleksi tudung orang perempuan ni biasalah, mestilah macam-macam kan. Setiap ocassion pun, mesti lain-lain kan dia punya keperluan.
Tapi as long as senang nak handle (jenuh kalau beli mahal-mahal tapi sensitif dan kena berdobi bagai oi) dan user friendly Kak Ebah mesti pilih.
User friendly tu apa?
Haaa, marilah kita share apa itu user friendly yang dimaksudkan dalam kriteria pemilihan tudung.
1. Ironless – tidak perlu digosok
2. Instant – slumber sarung
3. Awning terletak elok
4. Material sejuk dan selesa
5. Boleh digayakan pelbagai cara
Cukuplah dulu 5 ni kot. Sebab, rata-rata tudung Kak Ebah yang ada dalam wardrobe kat rumah ni semuanya mesti memenuhi at least 3 daripada 5 points tu. Dah namanya pun tudung kan, yang paling penting boleh cover aurat kita dan tidak mengundang umpatan orang sekeliling yang melihat.
Lagi-lagi bila terbayangkan situasi dekat hospital tu nanti.
Siapa yang tak nak maintain cun atas katil dengan tudung yang terletak elok walaupun tak payah gosok kan?
Masa-masa kecederaan inilah gambar candid pun kita duk harap muka jadi lawa ye dak? hahaha.
Ni ha memang baru je terjebak dengan 1 lagi design tudung yang bukan main-main dia punya kualiti.
Just in time sangat!
Korang pun tahu kan macam mana Kak Ebah ni punya standard level bila nak bagi komen atau review?
Kalau tak bagus, Kak Ebah takkan rekomen.
And, barang baik kita mesti kena share kasi ramai-ramai tahu dan dapat benefit.
In return, bukan setakat dapat glamour tapi pahala pun masuk sebab dah bantu mudahkan kerja orang lain yang mungkin tengah tercari-cari produk atau solution selama ni. Tak gitu?
Cuba korang klik tengok gambar-gambar kat bawah ni.
Amacam?
Cantik menarik dan dabooomms kan?
Ini baru teaser. Ada lebih kurang 20 warna yang korang boleh pilih. Jangan tak percaya, harganya pun sangatlah berbaloi-baloi dan mesra poket.
Last but not least, ini kata-kata hikmah Kak Ebah buat korang sebelum habis.
“Sekali sarung je, awning dah terletak helok, boleh terus keluar rumah”
Wajib ada dalam koleksi sebab tersangat lah berbaloi dengan kualiti dan material kainnya yang tak perlu gosok dan sangat lembut serta selesa dipakai. Paling best kalau dibawa travel sebab super duper senang dan cantik!
Sesuai digayakan pelbagai cara :
- boleh pusing dan paku jadi instant shawl,
- boleh juga dilabuhkan ke bawah letak pin cantik macam tudung bawal.
Kalau korang kreatif lagi macam-macam jenis simpulan korang boleh buat dengan tudung yang kain dia memang super lembut ni.
Ada yang berkenan?
www.wasap.my/601126295499
ig @reenpremiumhijab.hq untuk more colours dan testimoni
1,285 total views, 1 views today
KELEBIHAN MENJADI AHLI SHAKLEE
PROMOSI TERKINI
KATEGORI
ENTRI POPULAR
ARKIB
APA KATA MEREKA TENTANG VIVIX
APA LAGI YANG MEREKA KATA PASAL VIVIX
HOT LINKS
LIVE TRAFIK
JUMLAH PENGUNJUNG SEJAK NOVEMBER 2015
You’re the writer of your life
JANA PENDAPATAN DARI RUMAH DENGAN KAMI