Ibu hamil yang menghidap penyakit darah tinggi perlu lebih berhati-hati kerana ia dikatakan berkait rapat dengan gejala pre-eklamsia yang merupakan penyumbang kematian kedua terbesar pada golongan wanita hamil selepas pendarahan.
Pre-eklamsia adalah satu keadaan di mana tekanan darah ibu meningkat semasa kehamilan. Jika tekanan darah meningkat, tubuh ibu akan menghalang air dan protein akan ditemui di dalam air kencing. Sebab itulah, apabila pemeriksaan kehamilan dijalankan samada di klinik kesihatan kerajaan atau klinik pakar swasta, setiap kali itulah ujian air kencing akan dibuat.
Ia sememangnya bertujuan untuk memantau kesihatan ibu-ibu hamil dan mengenalpasti sekiranya terdapat sesuatu yang boleh membahayakan nyawa ibu dan bayi.
Ibu-ibu hamil yang berisiko tinggi mengalami pre-eklamsia adalah :
- Ibu yang hamil di usia remaja
- Ibu yang mengandung kali pertama
- Ibu yang mengandung kembar
- Ibu yang tergolong dalam kategori terlebih berat badan (obesiti)
- Ibu hamil ketika umur lebih daripada 40 tahun
- Ibu hamil dengan rekod sudah menghidap penyakit darah tinggi, kencing manis atau buah pinggang sejak sebelum kehamilan
- Sejarah perubatan ahli keluarga terdahulu (ibu atau saudara perempuan lain) yang juga menghidap pre-eklamsia
Pre-eklamsia akan menyebabkan plasenta tidak mendapat jumlah darah yang mencukupi. Tekanan darah yang tinggi akan menyebabkan pembuluh darah di uterus mengecil. ia akan menjejaskan tugas menyalurkan oksigen serta semua nutrisi yang diperlukan kepada bayi yang dikandung. Bayi gagal untuk mendapat makanan yang cukup untuk tumbesarannya. Akibatnya, pertumbuhan bayi juga akan terganggu.
Tanda ibu hamil mengalami pre-eklampsia
Gejala pre-eklamsia yang mungkin timbul adalah berbeza dan pelbagai antara seorang ibu hamil dengan ibu hamil yang lain serta boleh juga muncul secara tiba-tiba. Antaranya ialah :
- Tekanan darah lebih dari 140 / 90mmHg
- Terdapat protein dalam urin (proteinuria)
- Sakit kepala yang berpanjangan
- Mood yang selalu berubah-ubah
- Kurang kencing atau kencing tak lawas
- Kerap sakit kepala
- Nyilu di bagian atas kanan perut
- Sesak nafas
- Berat badan naik secara mendadak
- Wajah atau anggota tubuh yang membengkak terutamanya kaki
- Gangguan penglihatan, pandangan menjadi gelap atau kabur

Pre-eklamsia semasa hamil tidak boleh dipandang ringan kerana ia berkait rapat dengan masalah jantung dan diabetis di masa akan datang
Statistik menunjukkan ianya berlaku akibat kurangnya kesedaran tentang bahaya pre-eklamsia yang boleh membahayakan plasenta, penyakit ginjal yang serius, gangguan pada hati dan pendarahan pada otak.
Sebahagiannya adalah kerana ibu tersebut tidak tahu dirinya menghidap pre-eklampsia, dan sebilangan yang lain pula sudah tahu tetapi tidak mengambil langkah pengawalan sejak di peringkat awal. Di negara maju, 30% dari jumlah kematian bayi sewaktu dilahirkan disebabkan oleh pre-eklampsia. Salah satunya adalah disebabkan oleh kekurangan zat dan nutriri ibu semasa mengandung.
Oleh sebab itu, sangat penting untuk setiap ibu-ibu yang hamil berjaga-jaga tentang simptom pre-eklampsia, terutamanya bagi mereka yang berisiko tinggi. Pre-eklampsia yang kronik boleh mengakibatkan kejang atau koma.
Kaedah rawatan yang biasa digunakan bergantung kepada usia kehamilan dan tarikh jangkaan bersalin atau Expected Due Date. (EDD). Jika doktor merasakan bayi sudah cukup matang, melahirkan bayi dengan lebih awal adalah pilihan yang terbaik. Jika sebaliknya pula, doktor akan mencadangkan beberapa kaedah lain buat sementara waktu sehingga perkembangan bayi sudah cukup untuk dilahirkan dengan selamat.
Ingin dapatkan SET KEHAMILAN beserta konsultasi eksklusif daripada saya ?!
Hubungi Nusaybah Anuwar 019.3832656
Penghantaran melalui COD di sekitar Bangi dan pos ke seluruh Malaysia.
2,982 total views, 1 views today
Pingback: PUNCA KAKI BENGKAK SEMASA HAMIL | Nasuha Vita Life
Pingback: Nothing found for 7057
Pingback: KOMPLIKASI DAN RISIKO KEHAMILAN | Nasuha Vita Life