PRAY FOR MAS MH370

Misi mencari dan menyelamat masuk hari ke-3. Bermaksud masuk hari ke-3 juga kehilangan pesawat MAS MH370.

Saya sendiri sebak melihat berita ahli keluarga mangsa, sayu mendengar luahan hati bapa mangsa yang disiarkan di radio Sinar pagi tadi. Semua mengharapkan agar khabar yang ditunggu-tunggu, clue tentang pesawat diterima hari ini. Jika jauh, dekatkanlah. Jika sukar, permudahkanlah. Jika di laut, timbulkanlah. Jika di langit, turunkanlah. Jika di bumi, keluarkanlah..

Seluruh rakyat Malaysia suram, muram dan murung dengan khabar ini. Setiap saat dan jam khabar dinanti. Moga-moga semua baik-baik saja.

Sama-samalah kita berdoa. Semoga Allah melindungi mereka yang masih hilang dan memudahkan misi pencarian.

Jangan pernah berhenti berharap. Semua dengan kehendak Allah Yang Maha Kuasa Atas Segala Sesuatu.

Pray-For-MH370

880 total views, 1 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation