PETUA TRADISI RAWATAN DENGGI YANG MUJARAB DAN SEMULAJADI

Baru-baru ni abi bercerita perihal sahabat baik dia yang dah beberapa hari demam kuat. Nak dijadikan cerita, saya pun kenal dengan si member and selalu jumpa bila ada majlis di rumah. Jadi terdetik hati nak bertanya khabar segala. Cerita separuh jalan diam pulak. Bila saya tanya sekali lagi khabar kawan tu, disahkan terkena wabak kencing tikus. Gerun dengar. Tapi eh, beberapa hari lepas tu abi bagitau tiba-tiba je dah discharged pulak.

Saya pun apa lagi, sedikit rasa tak berapa nak puas hati lah kan. Dah dasar suka ambik tau hal orang sampai habis kan. Bukan busy body tau, concern sebenarnya. Tanya punya tanya, rupanya terpaksa discharged sebab hospital penuh. Semua kes denggi!

Berteleku saya sekejap atas sofa. Tak habis-habis onar si nyamuk belang ni kan. Banyak betul atas muka bumi. Memanjang ade saje kes baru. Subur betul pulak dia. Musim mengawan ke? Dah berpuluh-puluh tahun kita bergotong royong untuk membersihkan takungan air dan menyembur minyak nyamuk yang beracun itu, tetapi kes-kes jangkitan denggi masih meningkat jugak!

Ishkkk..takboleh marah, nyamuk juga makhluk Allah yang ada tujuan kenapa ia diwujudkan. Cuma tanggugjawab kita lah untuk sentiasa menjaga kebersihan persekitaran. Tapi kalau dah tersurat nak kena, anggap sajalah ia ujian tanda kasih sayang Allah pada kita. :)

nyamuk aedes penyebab demam denggi

nyamuk aedes penyebab demam denggi

Simptom demam denggi yang perlu kita awasi :

  1. demam dengan suhu yang tinggi (mencecah 40 darjah celcius)
  2. berasa lemah-lemah seluruh badan
  3. terasa sakit pada sendi tubuh
  4. panas dalam badan
  5. rasa sakit mencucuk pada seluruh anggota
  6. badan menggigil-gigil
  7. tiada selera makan
  8. sakit kepala
  9. sakit di bahagian belakang mata

Jika bacaan platlet turun sehingga 1000, ooo ke bawah, fungsinya akan terganggu dan akan menyebabkan pendarahan.

Terkenang daku cerita 4 tahun lepas, diserang denggi. Masa tengah exam nak confirm jawatan pulak tu. Pagi makan ubat, jawab exam separuh hari, eloklah suhu badan naik balik and harus renew ubat lagi dan lagi. Lembik longlai badan rasa. Tapi cekal jawab kertas soalan cukai demi negara.

Dalam hati kata, jawab ajelah apa yang mampu. Kalau lulus semua paper, alhamdulillah. Kalau tak pun, repeat lah balik. At least aku mencuba. Untung-untung dag tahu format soalan. Kalau serah diri awal-awal kat hospital dah confirm kena admit, lansung tak dapat jawab periksa. So memang ala kadar saje study sambil baring. Makan pun mama kena suap.

After last paper, memang terus kena masuk air. 9 botol kau! Merasa lah 5 hari holiday duduk wad. Mujur bukan denggi berdarah.

Gigih paksa diri telan sup ketam segala. Entah apa rasa sebab tekak rasa payau ya amat. Nak telan air liur sendiri pun rasa tak mampu. Walhal kalau masa sihat memang hancur sepit ketam tu aku kerjakan. Tapi kena buat masak lemak cili padi lah! :)

Masalah utama bila dijangkiti demam denggi angkara gigitan nyamuk aedes ni ialah platlet darah yang akan turun mendadak. Sinonim sangat denggi dengan platlet. Asal dapat result darah je, kalau tang platlet tu lain macam mesti tau dah kena denggi. Kalau tak namanya demam virus pulak.

Simptom yang lebih teruk adalah petanda denggi berdarah :

  1. gejala  loya
  2. muntah berterusan
  3. pendarahan pada gusi, hidung dan najis
  4. badan terasa sangat lemah dan tidak bermaya
  5. sakit perut

Denggi berdarah adalah berisiko tinggi dan boleh mendorong kepada masalah dan gangguan fungsi organ hati, buah pinggang, serta jantung yang boleh mengakibatkan kematian.

Apa efek dia kalau platlet turun ni sebenarnya ?

Platlet darah adalah satu jenis sel micro yang terdapat dalam darah manusia. Fungsi-fungsi dan sifatnya masih tidak dikenalpasti dengan sepenuhnya oleh para saintis. Setakat ini, fungsi platlet darah yang diketahui secara umum adalah ia bertanggungjawab dalam proses pembekuan darah (hemostasis) khasnya pada tempat luka.

Satu piawai ukuran yang biasa digunakan untuk mengenalpasti tahap demam denggi seseorang itu adalah kandungan platlet darah (platelet). Bagi seseorang yang sihat, bacaan kandungan platlet dalam darah adalah sekitar 150 – 450 bpL (billion per Liter).

Bagi mereka yang dijangkiti virus denggi, bacaan platlet darah akan mula turun sekitar hari ke-4 selepas gigitan nyamuk aedes itu. Apabila bacaan platelet darah menjadi kurang daripada 100 bpL, pesakit tersebut perlu dimasuk ke dalam wad hospital untuk jagaan rapi. Jika bacaan platelet darah menurun sehingga kurang daripada10 bpL, keadaan sudah menjadi kritikal dan pendarahan yang ketara akan mula dan boleh membawa maut!

Penawar Denggi

Sehingga kini, tiada rawatan khusus untuk merawat denggi. Ya, tiada ubat untuk penyakit bawaan nyamuk aedes ini. Kalau di hospital sekalipun, kaedah rawatan ialah hanya dengan menggunakan air. Minum air banyak. Minum air sebanyak yang boleh. Bagi yang tak mampu nak minum dengan banyak, doktor akan masukkan air ke dalam badan. Atau, kedua-duanya sekali.

Pendek kata, air adalah sangat penting untuk diambil dalam kuantiti yang banyak terutamanya dalam situasi sebegini.

Air Isotonik berperanan membekalkan tenaga untuk pesakit denggi yang kebiasaannya tidak mempunyai selera makan. Yang paling terkenal sejak saya kecik-kecik dulu lagi, minuman 100 plus. Manis dan bergas tapi itulah yang disuruh minum.

Biasa kita dengar sup ketam adalah salah satu petua yang digunakan untuk membantu menaikan semula platlet darah pesakit denggi. Sup ketam ni bukan yang macam dekat kedai Tomyam ye, cuma ketuk serai dan halia sahaja pun dah cukup. Yang penting kuahnya yang kena hirup. Hirup sampai habis.

Apa simboliknya ketam dengan denggi pulak ?
Kajian ringkas mendapati ketam mengandungi sejenis protein yang tinggi, yang dapat membantu pembinaan semula platelet darah yang hilang akibat virus denggi. Ia dipercayai efektif bagi sindrom penurunan platelet yang ketara dalam tempoh beberapa hari selepas dijangkiti virus denggi.

Keberkesanan rawatan menggunakan ketam sebagai terapi oral (dimasak sebagai sup semata-mata) amat menakjubkan kerana telah banyak diperkatakan pesakit demam denggi yang makan isi ketam dan kuahnya kira-kira satu mangkuk besar (sekitar 500ml hingga 1 liter) akan mengalami peningkatan kadar platlet yang mendadak dalam masa yang singkat. Selepas makan sup ketam, 5 hingga 8 jam sahaja dan pesakit akan semakin pulih dan platlet darah juga alan semakin meningkat dalam tempoh tersebut.

Manfaat daun betik

Kalau tanya saya, memang betik antara buah kegemaran sejak kecik lagi. Tapi nak potong sendiri memang malas. hehehe. Tapi kalau dah dapat makan, sedap. Selain rasanya yang enak, betik terkenal sebagai agen pelawas terbaik dan kaya dengan khasiat vitamin A. Kalau dapat yang muda kenyal-kenyal tu, sangat sedap dicicah dengan kuh rojak Mak Bee. nyum nyum nyum. :)

Orang tua-tua dulu kalau disebut pasal betik, dari daun sampai ke pucuk dan bunganya boleh dimanfaatkan. Kalau mama memang suka sangat kerabu pucuk bunga betik. Rasa lemak-lemak pahit gitu.

Tapi, pernah terfikir tak apa rasa daun betik? Ada ke orang makan buat ulam? Buat jus daun betik?

Kalau dah bunga betik pahit, apa lagi daunnya. Pahit yang berkali-kali ganda lagi gamaknya. Memang pahit. Tak dapat nak describe macam mana. Memang tak tergambar dek perkataan.

Dah kalau pahit sampai tak boleh cerita, kenapa nak minum jugak? Kata nenek,

pahit-pahit tu lah obat. Orang dulu-dulu semua pakai petua aje. Lagi sihat pun kalau nak banding dengan orang sekarang.

Mungkin ini yang nenek akan cakap kalau dia masih ada. Banyak petua-petua menggunakan sumber semulajadi yang biasa diamalkan untuk penyembuhan penyakit termasuklah yang satu ini. Daun betik.

Kisar airnya dan diminum. Jika lebih pekat adalah lebih baik dan mujarab! Jadi, berikhtiarlah selagi kita mampu berikhtiar. Kesembuhan itu adalah dengan izinNya jua.

daun betik

daun betik

Selain itu, terdapat juga beberapa lagi jus yang dikatakan mujarab bagi membantu pesakit denggi untuk kembali pulih seperti jus kiwi dan pegaga yang mempunyai pelbagai khasiat tradisi yang tersendiri.

Sehingga kini pun masih belum terdapat penawar yang khusus di bidang perubatan berkaitan denggi. Namun, kita hanyalah berikhtiar untuk kesembuhan kerana ianya dituntut oleh agama. Penyakit yang menimpa juga adalah salah satu dari ujian daripada Allah S.W.T tanda ingatan yang terkandung hikmahnya yang tersendiri. Seperti sabda Nabi S.A.W,

Tiap-tiap penyakit itu(ada) ubatnya. Apabila menepati ubat terhadap penyakit tersebut, maka sembuhlah ia dengan izin Allah

(Riwayat Muslim dan Ahmad)

Setiap penyakit ada ubatnya kecuali tua dan mati. Penyakit yang menimpa makhluk Allah adalah disebabkan oleh wabak, bala, ataupun disebabkan oleh kelemahan dan kelalaian manusia itu sendiri. Wallahualam…

2,337 total views, 1 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation