PETUA RAWAT DEMAM, BATUK DAN SELSEMA BAYI CARA TRADISI

Anak adalah merupakan anugerah, amanah, juga ujian buat kedua ibu-bapanya terutamanya si ibu.

Fasa sakit, demam, batuk dan selsema adalah menjadi kebiasaan di sekitar usia selepas kelahiran sehinggalah menjangkau 3 tahun. Ada juga yang silih berganti menyebabkan mama kehabisan Annual Leave. Sedih kan?

Tapi kita sebagai mama dan ibu harus sentiasa positif dan tahu serba sedikit petua alami dan cara tradisi untuk merawat demam, batuk dan selsema bayi agar terutama sekali jika berlaku kecemasan di rumah.

images (22)

Letih juga asyik nak berulang ke klinik kan? End up antibiotik jadi jalan terakhir.

Sebenarnya, agak susah bagi doktor untuk mencadangkan ubat yang sesuai untuk kanak-kanak yang mengalami batuk dan selsema, terutamanya yang di bawah umur 2 tahun. Saya ingat lagi masa kami ke doctor panel syifa di Bdr Baru Bangi, doctor lansung tak bagi ubat untuk iman yang selsema sebab dia kata tak ada ubat dan dos yang sesuai untuk bayi seusia ini. Waktu itu iman baru masuk 3 bulan.

Dan sbb itulah saya bwk Iman pegi jmpa Paed spy justifikasi rawatan & ubat dpt disesuaikan dgn usia dia. Memang treatment dan ubat cadangan untuk diberikan pada bayi @ kanak² adalah berbeza jika dibandingkan dengan orang dewasa.

Antara sebabnya:

IMG_7101

  1. Sekiranya jangkitan yang disebabkan virus, antibiotik tidak sesuai diberikan kerana antibiotik dicipta untuk membunuh bakteria. Antiviral pula memang dicipta untuk membunuh virus tapi ada kesan sampingan yang merbahaya. Jadi, ia tidak diluluskan sebagai ubat untuk merawat gejala selsema batuk ini.
  2. Nasal spray pun tidak sepatutnya diberikan kepada kanak-kanak. Sterimar nasal spray yg Doc.Khairul prescribe utk Iman adalah Deep Sea Water Base. Jadi, ianya adalah selamat & boleh digunakan tanpa was-was ye ibu²… :)
  3. Ubat batuk pula sebenarnya tidak sesuai untuk kanak-kanak especially yang berumur 2 tahun ke bawah. Sememangnya ada kajian menunjukkan ia gagal menyembuhkan batuk kanak-kanak. (Ya.. memang benar, saya setuju sangat-sangat kerana anak saya masih terus-terusan batuk walau ubat dah habis sebotol)

sterimar-nasal-spray

Jadi, cubalah cara alternative yang lebih selamat dan juga berkesan :

  1. Bagi kanak-kanak yang tidak lagi menyusu, banyakkan meminum air suam.
  2. Apabila mandikan anak, mandikannya juga dengan air suam.
  3. Jika selsema, saya wajib sapu krim kunyit moden Dr.Sneez di kawasan zon T hidung dan sekeliling hidung Nasuha.
  4. Banyakkan menghidu udara lembap atau udara berwap. Caranya ialah, pasangkan air shower panas di dalam bilik air, pastikan pintu bilik air sentiasa tertutup dan anda akan dapati seluruh bilik air akan berwap dan lembap. Dukung anak anda untuk beberapa minit bagi membolehkan si anak menghirup udara berwap itu tadi. Jika tiada shower, air panas yang dimasak di dapur, masukkan dalam baldi di bilik air juga pasti menjadikan bilik air berwap.
  5. Saya guna kaedah steam it yang masih berasaskan konsep yang sama. Letak air bersama titisan baby balsam vicks atau ekstrak eucalyptus yang bertindak memberikan aroma segar dan berupaya melonggarkan ruang-rongga pernafasan si kecil.
  6. Saya biasakan menyapu minyak bawang putih pada permukaan dada dan belakang Iman Nasuha bila dia mula batuk dan ada tanda-tanda mahu demam. Cara buat : bakar bawang bersama kulitnya sehingga kehitaman, kemudia ketuk dan campurkan dengan minyak masak. siap!
  7. Tepuk belakang anak beberapa kali di belakang dan di hadapan. Ini dinamakan teknik percussion (rujuk gambarajah). Tepuk secara perlahan-lahan dengan membuat lohong seperti gambar ini: Ini bagi melonggarkan kahak dan supaya ia jatuh dan keluar melalui najis ataupun muntah. Saya rasa lega kalau anak saya muntah kerana setidak-tidaknya kahaknya pasti akan keluar bersama juga. Setiap kali saya apply teknik ni, Iman Nasuha pasti akan tidur lena selepasnya, walaupun masa buat tu dia akan menjerit-jerit dan meronta. Bertabahlah wahai ibu-ibu, memang kena hati kering sekejap ye!

percussion

Waktu mandi yang sesuai utk anak ialah jam 8 pagi, selepas zohor dan sebelum jam 7 malam. Jika terpaksa mandikan selepas jam 7 malam, mandikan dengan air suam dan sapukan minyak panas selepas mandi supaya chest tidak mudah sejuk dan diserang selsema.

Biasakan selepas mandi, sapukan minyak panas pada ubun-ubun anak, belakang telinga, tapak tangan, dada dan belakang dada serta betis dan tapak kaki. Ini membantu melancarkan peredaran darah anak juga secara tidak langsung.

Kalau orang dulu, demam, batuk dan selsema tak bagi mandi, jadi panas tu akan terperap dalam badan dan lama-kelamaan boleh menyumbang kepada keadaan yang lebih teruk. Zaman dah berubah, bidan pun belajar sains dan teknologi :) Even doktor turut pesan, jika anak demam, pasangkan aircond di rumah jika ada supaya suhu sejuk dan rumah tidak berkuap.

Bagi ibu yang menyusukan anak dengan susu badan, menjadi satu kelebihan dengan kerap menyusukan anak semasa anak dalam fasa tidak sihat supaya anak menjadi lebih bertenaga dan antibodi yang dibekalkan mampu melawan penyakit dengan cepat. Tetapi di musim² begini, anak kurang menyusu dgn kerap krn tidak selesa dgn keadaan block nose, dan terpaksa bernafas melalui mulut.

Oleh sbb itu dia akan nenen dlm rhythm isap, lepas, isap, lepas dan anda akan geram lihat muka dia yg lnsung tak bersalah tu! Maka buat ibu baru.. jangan panik. Banyakkan membaca, pasti luas pengetahuan..

Apa pula petua tradisi yang saya amalkan utk mengatasi selsema Nasuha dan block nose yang menyebabkan dia berada dalam keadaan tidak selesa?

Pic Google : Turmeric root and powder

Google : Turmeric root and powder.

tinggg!!! dah masuk dalam tiub jadi begini.

10516882_10152305277686938_3801995820772746943_n

Hari ini sapu, esok pagi hingus kering!

Senang, jimat dan mujarab!

images (3)

SIAPA CEPAT, DIA DAPAT! SMS/WHATS APP : NUSAYBAH 019-3832656

14,765 total views, 2 views today

2 Thoughts on “PETUA RAWAT DEMAM, BATUK DAN SELSEMA BAYI CARA TRADISI

  1. Pingback: ANAK SELALU TAK SIHAT DEMAM BATUK SELSEMA | Life is a Story

  2. Pingback: VITAMIN IMUN UNTUK TINGKATKAN ANTIBODI | Life is a Story

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation