PETUA ATASI HIDUNG TERSUMBAT BAYI

 

Sterimar-Baby-750x422

Hidung tersumbat boleh membuat bayi anda berasa sangat tidak selesa dan marah. Selain itu, ia juga diantara masalah yg sering mengganggu tidur bukan sahaja si bayi, malah ibu, ayah dan seisi rumah juga. Selain selsema, ia adalah masalah kesihatan yang biasa dihadapi oleh bayi dan masalah ini boleh dirawat dengan mudah tanpa semestinya perlu ke klinik setiap kali dan menggunakan khidmat ubat-ubatan. Walaubagaimanapun, ia haruslah mengikut kesesuaian umur bayi.

Bayi yg berumur 2- 3 tahun ke bawah masih lagi tidak mempunyai sistem penghadaman yang stabil seperti orang dewasa. Oleh itu ibu bapa haruslah mengelakkan penggunaan pil yang akan menyebabkan ketidakselesaan dan boleh mengundang bahaya kepada sistem penghadaman bayi.

Selain itu, bayi di bawah umur 2 tahun juga masih tidak sesuai diberikan ubat selsema atau batuk kerana dikhuatiri akan menyebabkan kesan sampingan seperti mengantuk dan ini akan mengganggu rutin penyusuan si kecil.

Di Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia tidak membenarkan penggunaan ubat-ubat batuk dan selsema bagi kanak-kanak di bawah umur 2 tahun sejak tahun 2007.

Menurut FDA (Food and Drugs Administration) di Amerika Syarikat, ubat batuk dan selsema tidak dibenarkan untuk kanak-kanak di bawah umur 2 tahun; kanak-kanak di bawah 6 tahun tidak disyorkan untuk diberi ubat batuk dan selsema.

Doktorbudak.com

Di masa kini terdapat pelbagai produk yang membantu ibubapa untuk menangani masalah hidung tersumbat si comel. Selain itu, terdapat petua–petua yang boleh membantu si comel anda menyelesaikan masalah ini hanya dengan menggunakan beberapa peralatan dirumah. Dan sudah semestinya kaedah alami ini harus dipraktikkan oleh kedua ibu atau bapanya.

MARI KITA SEMAK APAKAH IA ?

Rawatan air garam

infant-cold
Air masin merupakan satu lagi petua untuk mengubati hidung tersumbat untuk bayi. Ibu-ibu boleh membeli siap kit air masin di farmasi atau menyediakan satu di rumah. Untuk menghasilkan air masin buatan sendiri, kita hanya perlu menyediakan campuran satu cawan air panas dan satu sudu teh separuh daripada garam. Dengan menggunakan dropper, letakkan beberapa titik air masin ke dalam hidung bayi (satu titik dalam setiap hidung sudah mencukupi untuk kebanyakan kes). Kemudian, urut hidung bayi secara lembut dan perlahan lahan. Akhir sekali, pastikan bahawa hujung dropper disterilkan untuk memastikan kebersihan sentiasa terjaga.

Rawatan Wap

wap
Pernafasan wap atau mandi wap merupakan salah satu cara terbaik untuk melegakan hidung tersumbat pada bayi. Pendedahan kepada wap boleh membantu melonggarkan mukus yg menyekat hidung bayi. Mukus kemudian akan menitis keluar dengan sendiri, membersihkan laluan hidung dan membuat bayi lebih mudah untuk bernafas. Kaedah ini tidak perlu sehingga memandikan kanak-kanak, hanya duduk berhampiran tab panas, wap air boleh berfungsi sebagai humidifier (membersihkan hidungnya). Kita juga boleh menyediakan beberapa wap, air panas di dalam bekas dan memegang dengan teliti berhampiran hidung bayi, selagi mana anda rasa selamat untuk bayi anda. Setelah itu, kita disarankan agar melakukan teknik tepukan percussion di belakang bayi agar rongga-rongga di dalam paru-paru akan lebih mudah longgar seterusnya mengeluarkan mukus dan lendir supaya ia keluar sebagai najis bayi.

Nasal aspirator

babycomfynose-nasal-aspirator
Nasal aspirator merupakan sejenis alat penyedut hingus khusus untuk bayi. Bentuknya sama seperti pipet atau paip plastik yang lembut dengan hujung berupa getah pembersih. Sebelum menggunakan alat ini bersihkan bahagian yang akan dimasukkan ke hidung bayi dengan cara disteril (dengan alat steril botol). Kemudian, tenangkan bayi sebelum penyedutan dilakukan agar anda boleh memasukkan alat dengan tepat. Masukkan alat ke dalam hidung bayi, tetapi jangan terlalu dalam. Semasa memasukkan pembersih, hujung getah yang berfungsi untuk menyedut harus dalam keadaan ditekan, lalu dilepaskan secara perlahan apabila ia sudah berada di dalam hidung bayi. Lakukan dengan lembut, agar bayi selesa dan gembira.

Anak saya yang sulung pernah dimasukkan ke wad kerana masalah berkaitan hidung dan pernafasan. Kata doktor, ia sebenarnya adalah biasa kerana saluran pernafasan bayi diusia begitu adalah masih kecil dan sempit. Tidak semua bunyi yang kita dengar adalah berpunca daripada paru-paru (wheezing) dan perlu dibimbangkan.

Bagi bayi dan kanak-kanak yang lebih kecil, perlu diketahui bahawa batuk dan selsema tersebut mungkin adalah gejala atau petanda kepada penyakit yang lebih serius seperti broncholitis atau jangkitan paru-paru (pneumonia). Sekiranya, keadaan kanak-kanak semakin semakin membimbangkan, bertambah teruk atau didapati berterusan lebih lama daripada yang dijangkakan, mereka seharusnya segera dibawa ke klinik atau hospital untuk dirujuk kepada yang lebih pakar.

Kalau ada bajet, sebaiknya bawak terus ke paed atau doktor budak utk further check sebab mengikut pengalaman, treatment mereka-mereka ini sangatlah berbeza dgn doktor biasa mahupun panel klinik yg kampeni cover tu. Dan of course kita akan berpeluang dapat lebih banyak tips yg semestinya akan buat kita lebih puas hati.

Walaubagaimanapun, sebagai ibu bapa kita seharusnya sentiasa peka dan mengawasi tanda-tanda awal penyakit yg mungkin dihidapi oleh bayi bagi membolehkan setidak-tidaknya tindakan natural home remedies diambil terlebih dahulu seterusnya dapat mengelakkan gejala yg lebih serius.

Sentiasalah berusaha untuk menambah ilmu pengurusan bayi dan kanak-kanak supaya kesihatan mereka menjadi yang paling utama!

essential-oils-for-babies

Atau dapatkan produk-produk ini di kedai-kedai bayi berdekatan kediaman anda.

KASIH IBU

MANJAKU

FABULOUS MOM

ONE BABY WORLD

Vicks Baby Balsam

d9996bef-d46c-4720-93bb-788ac269e3ca

Euky Bear Inhalant

vYz9eH5TeWWiIO1VI1S2lWOZ26cWOPS3Q7o7GMhv5ql-I5NX_aNZRRTHTuupOIMsV_f0oGJkDEQ15PklAVf-lFO3PfkeR9k8ny_vhl8DpRKL=w500-h500-nc

Euky Bear Eucalyptus Oil and Rub Cream

20141028_175551

Iliadin and Sterimar Nasal Drop

ILIADIN  sterimar-isotonic-50ml

Dr. Sneez Tumeric Cream

1468671_10151786617686938_16261669_n

29,042 total views, 1 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation