PETANDA DIABETIS YANG PERLU DIKETAHUI

Symptoms-of-diabetes

Anda sering buang air kecil dan cepat haus?

Tidak pasti samada adakah ia satu petanda penyakit atau sebaliknya?

Penyakit kencing manis adalah satu keadaan di mana terdapat kadar gula yang berlebihan dalam peredaran darah. Ini terjadi kerana badan kekurangan sesuatu hormon yang dipanggil insulin yang diperlukan untuk menukar gula kepada tenaga dalam badan kita. Insulin adalah sejenis hormon yang dihasilkan oleh organ bernama pancreas yang terletak dibawah perut.

Badan kita mengeluarkan tenaga untuk menjalankan tugas harian daripada makanan. Dalam perut, makanan berkanji dan bergula yang dipanggil makanan karbohidrat ditukar kepada bahan gula yang dipanggil glukos dan masuk ke dalam saluran darah di mana ia akan digunakan oleh badan untuk menghasilkan tenaga. Glukos adalah punca utama yang memberi tenaga.

Untuk mendiagnosis adakah ahli keluarga atau diri kita sendiri adalah seorang penghidap kencing manis/diabetes atau tidak tentu tidaklah sekadar diteka-teka. Ada beberapa faktor yang harus diketahui, diperiksa dan dipantau untuk mengenalpasti samada anda atau seseorang dalam hidup anda mengalami penyakit diabetes ini.

Berikut merupakan beberapa tahap untuk mengetahui wujudnya penyakit diabetes pada seseorang.

Ayuh, kita semak bersama!

Apakah Diabetes? 

Apakah petanda diabetis yg perlu diketahui?

Cari dan Tahu Faktor Risiko!

Perkara pertama yang perlu dirisik adalah faktor risiko atau kemungkinan seseorang mengalami diabetes. Ada beberapa faktor risiko yang menyebabkan seseorang menghidap diabetis, di antaranya keturunan, berat badan berlebih atau obesiti, dan hipertensi. Dari ketiga faktor risiko tersebut, faktor keturunan tergolong dalam risiko tertinggi, namun masih boleh dielak dengan menerapkan pola hidup sihat dalam kehidupan seharian.

Apakah Diabetes? Kenali Gejalanya!

Setelah mengetahui adanya faktor risiko, cara lain bagi mengenalpasti penyakit diabetis ini dilakukan dengan cara mengenali gejala-gejala biasa yang kerap dialami oleh penderita diabetes.

Berikut ini merupakan beberapa gejala yang sering dihidapi oleh pesakit diabetes :

• Lebih cepat haus dan lapar sehingga jadual makan menjadi tidak terkawal
• Mulut terasa kering
• Sering mual dan muntah
• Adanya rasa sakit di bahagian perut
• Lebih kerap buang air kecil
• Mengalami penurunan berat badan secara drastik tanpa diet/olahraga
• Lebih cepat merasa letih dan penat
• Mengalami gangguan pelihatan, hingga buta
• Terjadi jangkitan pada saluran kencing, kulit, dan vagina pada wanita
• Tubuh sering menggigil
• Bernafas cepat/laju daripada biasa

Itulah beberapa gejala yang boleh menunjukkan adakah anda menghidap diabetes?

Jika salah satu atau beberapa gejala sering dialami, sebaiknya segera melakukan pemeriksaan doktor untuk mendapatkan rawatan.

Apakah Diabetes? Periksa Kadar/Paras Gula Dalam Darah!

Jadi, apakah cara terakhir untuk memberi sedikit petanda adakah kita tergolong dalam kategori pesakit diabetes, atau berisiko menghidapinya berdasarkan gejala-gejala yang sudah kelihatan? Jawapannya adalah melakukan pemeriksaan paras gula dalam darah. Kadar gula darah normal adalah sekitar 60 mg/dl hingga 125 mg/dl. Jika hasil pemeriksaan menunjukkan jumlah kadar gula darah melebihi angka tersebut, dapat dipastikan Anda mengalami diabetes.Nah, itulah 3 cara untuk mengenalpasti kemungkinan seseorang itu menghidap diabetes? Meskipun Anda memiliki faktor risiko serta sering mengalami gejala diabetes, cara terakhir yang paling tepat adalah dengan memerikasa kandungan/paras gula dalam darah, adakah ia berada di angka normal atau tidak.

Apakah-Diabetes

Semoga artikel ini bermanfaat bagi anda yang masih ragu apakah sebenarnya diabetes atau petanda anda menghidap diabetis.

o-DIABETES-facebook

1,647 total views, 1 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation