PESAKIT DIABETIS DAN KENCING MANIS DI SEKELILING KITA, BAGAIMANA SHAKLEE MEMBANTU ???

health-083012-001-617x416

Soalan :
Assalamualaikum Dr Zaki,
Keluarga saya mempunyai masalah diabetes. Ibu, abang, dan nenek saya semuanya mengidap diabetes. Adakah saya juga akan mengidap diabetes?
Abdullah Ubaidah Gombak, Kuala Lumpur
Waalaikumussalam Saudara Abdullah,
Untuk pengetahuan saudara dan pembaca lain, 1 dalam 30 orang mendapat penyakit diabetes.  Dan seseorang yang mempunyai keluarga yang menghidap diabetes adalah lebih tinggi risiko untuk mendapat diabetes. Maka penyakit ini adalah penyakit yang biasa dihidapi oleh masyarakat kita.
Sumber : https://medikdrzaki.wordpress.com

Statistik terbaru menunjukkan 17 peratus daripada penduduk di Malaysia menghidap Diabetes Mellitus atau kencing manis.

Diabetes merupakan salah satu ancaman kepada rakyat Malaysia. Statistik Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan bahawa sebanyak 300 juta orang di seluruh dunia dijangka menghidap diabetes pada tahun 2025 dan satu pertiga daripada jumlah tersebut merupakan pesakit daripada Asia Tenggara.

Diabetes boleh mengakibatkan kerosakan jangka panjang kepada tubuh kita. Ia memberi kesan kepada keupayaan badan untuk menghasilkan atau menggunakan insulin, sejenis hormon yang digunakan untuk memindahkan glukosa yang diperolehi daripada makanan dari saluran darah ke dalam sel-sel di seluruh tubuh. Tahap glukosa dalam darah tinggi boleh merosakkan organ-organ badan yang boleh menyebabkan pelbagai komplikasi penyakit seperti serangan jantung, strok, kerosakan buah pinggang, dan masalah penglihatan, kaki, gigi serta saraf.

Semua sel-sel dalam badan kita terutamanya otak memerlukan bekalan glukosa, oksigen dan mikronutrien tertentu yang berterusan untuk berfungsi dengan normal. Kebanyakan bahagian tubuh kita, termasuk otak, sistem saraf, jantung dan buah pinggang mengambil glukosa terus dari darah.

Glukosa daripada darah akan melalui dinding sel pembuluh darah (kapilari). Walaubagaimanapun, apabila tahap gula dalam darah adalah terlalu tinggi dan sampai ke tahap kronik, adalah sukar untuk kapilari ini berfungsi secara normal. Ia tidak lagi berupaya untuk merawat diri sendiri dan hasilnya, berlaku banyak kebocoran-kebocoran glukosa melalui dinding kapilari dari sehari ke sehari.

Ini akan menjejaskan fungsi organ, sekaligus menghalang nutrien daripada sampai ke sel-sel organ-organ di dalam badan kita. Sel-sel dalam tubuh kita akan kelaparan dan seterusnya mengidamkan sesuatu yang manis. Pada waktu inilah pankreas akan berhadapan dengan masalah seterusnya gagal berfungsi dengan baik bagi meghasilkan hormon insulin yang sangat penting mengawal kadar gula dalam darah.

Bagaimana Shaklee membantu Pesakit Diabetis/Kencing Manis ?

Energizing Protein Shaklee

Energizing Protein Shaklee

ESP – Soy Protein Isolate Powder merupakan sumber protein berasaskan kacang soya premium berkualiti tinggi serta mengandungi 9 jenis asid amino perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia.

Kacang soya yang digunakan adalah Non-GMO (Non-Genetically Modified Organism) yang dihasilkan di bawah Program Identity Preservation Program (IPP), di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses menanam hinggalah saat pemprosesan.

Serbuk ESP Shaklee menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO yang rendah indeks glisemik (3.9 GI). Berbanding protein daripada sumber daging, telur dan tenusu, ESP adalah rendah lemak, bebas laktosa dan kolesterol, tiada asid urik dan sangat mudah untuk diserap oleh tubuh. Ia juga mengandungi lima vitamin B penting, separuh daripada keperluan kalsium harian tubuh kita.

Apakah kepentingan makanan yang Rendah Kadar Indeks Glisemik ?

Indeks Glisemik yang rendah akan membantu memecahkan glukosa sedikit demi sedikit ke dalam darah kita. Ia secara perlahan-lahan akan membebaskan tenaga yang diperlukan tubuh untuk melakukan aktiviti dan tugas seharian. Paras gula yang normal dalam darah akan berada dalam keadaan stabil dan kekal lebih lama, selain rasa kenyang yang juga lebih lama.

Pesakit diabetis menghadapi gangguan fungsi insulin di mana hormon insulin tidak cukup bagi menjalankan tugas menukar gula (glukosa) kepada tenaga. Kesannya, paras gula di dalam darah akan menjadi tinggi dan tidak terkawal.

ESP berupaya menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten. Protein soya bertindak dengan membantu pesakit diabetis/kencing manis mengawal paras gula dalam darah secara semulajadi. Protein yang terkandung dalam ESP akan membantu memperbaiki hormon insulin untuk menjadi lebih sihat dan seterusnya lebih efisien menjalankan tugas menukar gula kepada tenaga. ESP bukan sahaja akan membuatkan pesakit diabetis mendapat bekalan protein yang secukupnya, malah kadar gula di dalam darah juga akan kembali ke tahap normal dan tidak membahayakan.

Pengambilan 3 sudu besar ESP adalah bersamaan dengan 14 gram protein yang diperlukan tubuh dalam diet seharian. ESP Shaklee bukan sahaja sangat sesuai untuk pesakit diabetis, malah ia juga selamat untuk diambil oleh golongan yang mempunyai kadar kolesterol yang tinggi. :)

Zinc Complex Shaklee

Zinc Complex Shaklee

Zinc Complex Shaklee berperanan penting dalam proses metabolisme enzim di dalam tubuh kita. Zinc bertindak sebagai antioksidan dan pada dasarnya terlibat dalam beberapa tindak balas biokimia tubuh. fungsi enzim dan metabolisme karbohidrat. Ia merupakan komponen beberapa enzim yang membantu dalam pertumbuhan sel, sintesis protein, tahap hormon, DNA, fungsi enzim, mengawal selia transkripsi gen serta metabolisme karbohidrat. Ia berfungsi membantu tugas pankreas menghasilkan dan mengekalkan fungsi insulin yang sudah terganggu pada pesakit diabetis. Ia juga berperanan meningkatkan sistem imun dan membantu pemulihan luka agar lebih cepat.

IMG_11171979457912

B-Complex Shaklee berfungsi menukar makanan kepada tenaga iaitu dengan menukar lemak, karbohidrat dan protien kepada tenaga sekaligus mengurangkan masalah keletihan pada pesakit diabetis.

Vitalea Shaklee

Vitalea Shaklee

Vitalea Shaklee mengandungi 28 jenis multivitamin dan multimineral. Ia merupakan imbangan mineral dan nutrien yang lengkap dengan zat besi untuk kesihatan optimum.

GLA Complex Shaklee

GLA Complex Shaklee

GLA Complex memberi kesan positif kepada penghidap diabetic neuropathy. Ia bertindak merendahkan paras gula dan berupaya membaikpulih kerosakan saraf dalam badan yang disebabkan oleh kadar gula yang tinggi dalam darah.

Alfalfa Complex

Alfalfa Complex

Alfalfa merupakan sumber serat terbaik yang membantu menstabilkan kadar gula dalam darah selain membawa fungsi detoksifikasi.

Antara komplikasi akibat daripada penyakit diabetis adalah kesan kepada salur darah yang besar (macrovascular) seperti serangan jantung dan lumpuh, serta kesan kepada salur darah yang kecil (microvascular) seperti kegagalan buah pinggang dan kebutaan pada mata.

Sustained Release Vitamin C

Sustained Release Vitamin C

Sustained Release Vitamin C -merupakan anti-oksidan semulajadi yang mengukuhkan kapilari dan salur darah dalam badan kita. Ia juga berupaya membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka pada pesakit kencing manis.

Vivix

Vivix Shaklee

Vivix Shaklee

Rintangan insulin adalah satu daripada faktor utama yang menyebabkan diabetes. Kandungan resveratrol di dalam Vivix berupaya mengaktifkan enzim yang sangat berkuasa dalam tubuh kita bagi membantu meningkatkan sensitiviti tubuh terhadap hormon insulin. Apabila sensitiviti tubuh terhadap insulin dapat ditingkatkan, kita boleh mengurangkan simptom dan komplikasi diabetes.

 happy

Walaubagaimanapun, pesakit diabetis atau kencing manis juga harus sentiasa mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat seperti :

  1. Makanan dengan sihat – diet yang betul dan seimbang. Boleh menikmati pelbagai jenis makanan, tetapi harus dalam kuantiti yang sederhana, dan tidak berlebihan. Makanlah dengan teratur dan mengikut waktu. Pilihlah makanan berdasarkan piramid makanan, rendah garam, gula dan lemak.
  2. Melakukan aktiviti fizikal – merangkumi semua pergerakan badan yang menggunakan tenaga dalam kehidupan seharian seperti bekerja, berekreasi, bersenam, beriadah dan bersukan.
  3. Belajar menangani stress kerana stress juga akan menjejaskan kesihatan. Kemarahan adalah satu masalah utama emosi akibat stres. Stres dialami oleh semua orang sama ada di rumah, sekolah atau tempat kerja. Stres, apabila keterlaluan, berpanjangan dan anda tidak ada kemampuan daya tindak akan membawa kepada kemarahan.
  4. Tidak merokok. Merokok meningkatkan risiko sehingga 10 kali ganda, mendapat lebih daripada 40 jenis penyakit serius seperti kanser paru-paru, emfisima, penyakit jantung dan angina ahmar. Merokok boleh menjejaskan hampir semua organ dan tisu di dalam badan. Asap rokok mengandungi 4,000 bahan kimia iaitu 200 beracun dan 63 boleh menyebabkan kanser (karsinogenik)
  5. Berdoa untuk sentiasa dianugerahkan kesihatan yang baik.

Bagi yang disahkan menghidapi diabetes, ia bukan sebagai suatu penamat dalam usaha memerangi penyakit tersebut. Pengurusan penyakit diabetes penting dalam mengatasi komplikasi yang lebih teruk yang akhirnya boleh mengganggu kualiti kehidupan. Apapun keadaan, penyakit yang datang itu harus dianggap sebagai ujian. Apabila ujian menjenguk kita, hadapilah ia dengan tenang.  Bersangka baik dan bersyukurlah kerana Allah SWT sentiasa memberi suntikan sebagai tanda ingatan kepada kita agar  tidak terus leka dan alpa. Dalam ingatan itu, wajar terus disebatikan dengan penjagaan kesihatan yang baik, menguruskan rawatan diabetes mengikut saranan doktor dan penjagaan pemakanan yang betul dan seimbang.

1,009 total views, 2 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation