PERUT, PUASA DAN KESIHATAN

Perut kembung

Menjaga kesihatan adalah dituntut oleh Agama. Banyak cara menjaga kesihatan tubuh badan dari segi sains, mahupun yang telah terdahulu diajar oleh Al-Quran. Antaranya adalah seperti :

  1. Bersenam @ beriadah.
  2. Mengawal makanan.

Para penyelidik dan pakar ilmu perubatan juga mengakui bahawa puasa dapat membuang toksin dari badan dan secara tidak langsung meningkatkan sistem imunisasi tubuh dalam melawan penyakit. Makan terlalu banyak atau berlebihan juga menjadi punca kepada wujudnya pelbagai jenis penyakit di dalam tubuh seperti banyak yang kita dengar dilaporkan pada hari ini. Ada diantara penyakit-penyakit itu yang kita lansung tak pernah dengar dan tahu pun!

” Berpuasalah nescaya kamu akan sihat”   (Hadis riwayat Ibnu Sunni dan Abu Naim dari Abu Hurairah)

“Makan dan minumlah kamu dan jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berlebih-lebihan”   ( Surah al-A’raf:31)

Menurut  ilmu biologi, ketika perut dan usus melakukan proses pencernaan, otak tidak dapat berfungsi dengan baik. Ini kerana tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada kerja-kerja penghadaman makanan. Sebab itulah apabila seseorang itu makan sehingga terlalu kenyang, otak  akan menjadi lemah untuk berfikir dan tubuh pun akan rasa mengantuk dan malas. Ya, amat benar.. bila tiba bulan Ramadhan atau hari saya berpeluang berpuasa sunat, saya akan rasa perbezaan yang ketara, tubuh akan rasa lebih sihat dan lebih cergas walaupun tanpa sebungkus nasi lemak berlaukkan sotong kering di pagi harinya!

Ironinya, ketika berpuasa, tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada otak. Ini menjadikan otak dapat bekerja dengan lancar dan memberi peluang kepada diri kita untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang menggunakan mental dan fizikal yang berkesan.

Ada orang yang beranggapan bahawa mengapa perlu risau dan takut kerana setiap penyakit yang datang ada ubatnya sebangaimana Nabi SAW bersabda:

Tiap-tiap penyakit itu (ada) ubatnya . Apabila menepati ubat itu akan penyakit tersebut, maka sembuhlah dengan keizinan Allah” ( Hadis riwayat Muslim dan Ahmad)

” Tiadalah Allah menurunkan sesuatu penyakit melainkan Allah menurunkan (juga) baginya penawar” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Ibnu Majah , Nasaie dan Al-Hakim)

Islam itu sememangnya indah. Memang benar apa yang disabdakan oleh baginda Rasulullah SAW itu, namun Nabi juga menasihatkan kita bahawa menjaga dan memelihara kesihatan itu nyata adalah lebih baik dari mengubati penyakit. Dengan ertikata lain mencegah lebih baik dari merawat.

Saya sayang perut saya.. yang terkandung di dalamnya pelbagai organ lagi yang diciptakan Allah dengan sangat unik dan semolek-molek kejadian.. Saya kasihankan usus saya yang sering terbeban dengan pelbagai tugas memproses dan mencerna semua jenis hidupan yang saya makan saban hari..

Sejak timbulnya kesedaran ini, saya sering menambah ilmu melalui pembacaan, mendalami kepentingan penjagaan kesihatan, kemudaratan mengabaikan kepentingan nutrient tubuh dan menambah baik gaya hidup dan pemakanan seharian. Itu adalah tanggungjawab saya dan semestinya menjadi tanggungjawab setiap daripada kita juga!

Sumber Credited to : www.jais.gov.my

1,089 total views, 1 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation