KENAPA PERLU MINUM CUKUP AIR JIKA AMBIL SUPLEMEN ATAU MAKAN TAMBAHAN

Kedengaran sangat cliche jika setiap kali bayaran dibuat dan produk yang dibeli bertukar tangan, si penjual akan berkata :

Bila makan suplemen ni, awak kena minum banyak air tau!

Ada ke yang menyampah dengar?

Atau tak percaya?

Terutama sekali yang bergelar penjual vitamin Shaklee. Tak abis-abis.. Sama je consultation. Macam ada training standard greeting pulak. Ada sesetengah pelanggan yang tau sebab dan musabab pesanan yang ditinggalkan, serta tak kurang juga yang hanya sekadar mengangguk tetapi langsung tidak mengerti maksud di sebalik pesanan si penjual, seterusnya tidak ambil endah untuk minum banyak air seperti yang disarankan!

Mengapa perlu minum air yang cukup bila ambil suplemen?

vits

Air merupakan keperluan utama makhluk hidup. 70% daripada tubuh kita adalah air dan otak manusia sahaja mengandungi 75 % air. Dalam sistuasi biasa sekalipun, kita perlu minum sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong sehari bersamaan lebih kurang 3 liter bagi menyokong keperluan tubuh.

Terdapat pelbagai kesan dan gejala kekurangan air termasuklah letih dan kurang tumpuan, pening, sembelit, air kencing kotor, mulut berbau, bibir kering dan penyah-hidaratan.

Lebih-lebih lagi jika kita mengambil makanan tambahan atau suplemen. Tak kisahlah dalam bentuk tablet atau liquid.

Pengambilan supplemen dalam bentuk cecair concentrated (yang sangat pekat), serbuk atau tablet yang diisi di dalam kapsul sangat memerlukan pembantu untuk membolehkannya diserap dengan baik oleh badan kita.

Kesan kekurangan air

Kekurangan air akan menyebabkan darah menjadi pekat. Ia umpama mengacau satu senduk gula di dalam sebiji cawan, jadi ia memerlukan bekas yang lebih besar iaitu jag supaya gula mudah larut dan air yang dibancuh juga tidak terlalu manis. Oleh itu sememangnya menjadi keperluan untuk minum air yang banyak sesuai dengan keperluan tubuh kita pada ketika itu.

Selain itu, air amat diperlukan bagi memaksimumkan penyerapan nutrisi tambahan yang kita ambil, disamping akan memudahkan proses penyingkiran toksin daripada tubuh badan.

Kekurangan air akan mengakibatkan tubuh yg mengandungi banyak kandungan toksin menjadi lemah dan keletihan kerana kekurangan air utk mengeluarkannya dari tubuh.

Gejala pening akibat kekurangan air adalah diantara simptom kriris penyembuhan yang sering dialami. Otak manusia yang terkandung 75% air sangat memerlukan fungsi air bagi menyahtoksin. Oleh itu, walaupun kita hanya mengalami kekurangan sedikit air, ia berpotensi menyebabkan kepala pening.

Air yang diminum secukupnya juga dapat mengelakkan berlaku sembelit serta masalah pencernaan dan penghadaman. Hampir 180 liter air dikitar semula oleh buah pinggang setiap hari kerana ia adalah penapis bahan buangan dari darah. Tanpa air, pengeluaran air kencing akan berkurangan menyebabkan bahan buangan menjadi lebih pekat dan menghasilkan kencing kotor. Selain penyakit kencing kotor yang dapat dielakkan, ia juga dapat menjaga kesihatan buah pinggang.

Kandungan cecair atau bendalir yang tidak mencukupi di dalam mulut akan menjejaskan kesihatan sistem oral. Air diperlukan untuk membersihkan sisa makanan. Adalah berisiko membiarkan bakteria di dalam tekak dan mulut yang akhirnya akan menyebabkan kerosakan gusi dan mulut berbau busuk. Masalah bibir kering juga akan kerap berlaku apabila kurang minum air kerana air liur adalah pelincir mulut. Penyah-hidratan hanya mengurangkan jumlah air liur.

Wahhh.. banyak kan kebaikan minum air secukupnya untuk makhluk hidup macam kita ni?

Tak kiralah ambil suplemen atau tidak.

Tak kiralah makan vitamin atau pun tidak.

Begitulah bagi mereka yang memang mengamalkan makanan tambahan.

Dan yang lebih penting, pastikan suplemen yang kita pilih itu selamat dan semulajadi. :)

Baca Juga : Bukti bahawa Shaklee satu-satunya vitamin yang terbaik di pasaran

Healing crisis (krisis penyembuhan) pun akan jadi lebih teruk kalau kuantiti air yang sepatutnya diminum tidak mencukupi.

Baca Juga : Healing Crisis atau Krisis Penyembuhan – petanda badan kita sedang membaik

Ia bukanlah semata-mata kerana pengambilan suplemen sehari-hari, tetapi ia adalah keperluan asas yang sangat penting untuk dipenuhi untuk manfaat kesihatan secara optimum.

Lets drink to enjoy our life to the fullest!

 

Jangan takut ambil suplemen.

Pengedar sah Shaklee seluruh Malaysia

COD sekitar Kajang, Bangi dan kawasan sekitar

Nusaybah Anuwar

019-3832656

4,863 total views, 1 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation