PERIUK KUALI KAKNGAH RESEPI MEE UDANG GALAH ISTIMEWA

Semalam petang berkesempatan pergi ke Pasar Putrajaya dengan Encik Abi. Laju-laju bergegas punch card sebab memang dah lama nak pergi tapi tak pergi-pergi jugak. Al-maklum, hari jumaat memang macam-macam hal.. terpaksa balik lambat lah, jalan jem lah.. jadi kali ni, mata asik tilik jam dan bila cukup time saje, goshhhh…. balikkk!!!!

Hasil tuaian di Putrajaya saya beli 2 pinggan udang galah yg setiap satunya lebih kurang sebesar tapak tangan saya. (memang kena mention saiz tapak tangan siapa, sebab kalau besar tapak tangan abi, harga nya sure melambungggg!!!) Yang ini saya dpt lebih kurang 14 ekor udang dengan harga cuma RM40. MURAH KAN? :)

Hajatnya nak buat masak lemak Udang Galah, lawankan dengan nenas, menu lunch tengahari Sabtu.. tetapi… mama abah penuh jemputan kenduri pulak. dah kalau masak, siapa yg nak makan..setakat kami berdua, memang banyak sangat-sangat si udang nih..berlebih-lebih! dan kalau disimpan-simpan lama lagi nanti rasanya sure kureng dan dah kurang manis..

Jadi, saya asingkan 4 ekor daripada kumpulan udang tu, buat juge gulai campur nenas.

Dan bakinya saya nak buat MEE UDANG!

Here we go

Bahan-bahan :

  • 2 bungkus mee kuning (untuk hidangan 8-10 orang)
  • 10 ekor udang galah (dibersihkan, dilumur garam & kunyit, digoreng sebentar)
  • 1 kilo udang kertas (dibuang kepala, kulit dan direbus – airnya ditapis, diambil utk stok)
  • 5 ulas bawang merah – (dikisar)
  • 3 ulas bawang putih – (dikisar)
  • 1 ketul ketumbar (sebesar empat jari) – (dikisar)
  • segenggam udang kering – (dikisar)
  • 3 sudu besar cili kering kisar
  • 2 biji ubi keledek (dikisar)
  • 1 biji ubi kentang (dikisar)
  • 3-4 sudu besar cili kering kisar (tahap kepedasan ikut suka)
  • sedikit minyak utk menumis (saya guna baki minyak menggoreng udang galah)

Untuk Hiasan :

  • Segenggam taugeh
  • Telur rebus
  • Sayur sawi dicelur
  • Tauhu digoreng dan dipotong nipis
  • Bawang goreng
  • Daun sup/daun bawang (jika suka)
  • Cili hijau/merah dihiris menyerong

Cara-cara :

  1. Tumis semua bahan yg dikisar (kecuali kentang dan keledek) sehingga garing dan terbit minyak
  2. Masukkan air rebusan stok udang dan biarkan mendidih
  3. Masukkan rebusan kentang dan keledek yang telah dikisar
  4. Tambahkan air lagi untuk lebih kuah (mengikut kepekatan yang disukai)
  5. Boleh tambahkan beberapa ekor udang kertas untuk lebih rasa udang
  6. Perasakan dengan garam dan gula
  7. Masukkan mee dan bahan hiasan ke dalam mangkuk termasuk udang galah yg telah digoreng terlebih dahulu
  8. Curahkan kuah mee udang yang telah siap
  9. Taburkan bawang goreng dan daun sup/bawang/hirisan cili
  10. Sedia dinikmati!

20140215_181110

719 total views, 1 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation