PERBEZAAN VITAMIN SHAKLEE DAN VITAMIN DI FARMASI

Vitamin adalah bahan bukan ubat yang membantu tubuh kita untuk berkembang, tumbuh dengan sihat dan menjalani proses penyembuhan. Tanpa mereka, badan kita tidak boleh bekerja dan menjalankan tugas dengan betul, baik dan sempurna.

Suplemen pula adalah makanan tambahan dalam bentuk makanan atau minuman. Ia adalah kombinasi beberapa jenis vitamin dan mineral yang diambil dengan tujuan menambahbaik kesihatan dan melengkapkan kekurangan nutrien daripada pemakanan seharian kita.

Suplemen boleh wujud dalam bentuk sama ada vitamin, mineral, herba atau tumbuhan lain, atau komponen dalam makanan yang kita makan setiap hari. Ia juga boleh wujud dalam bentuk pil, kapsul, cecair, atau tablet.

Ciri-ciri Vitamin :

  1. Kebanyakan vitamin telah disintesis secara buatan
  2. Sesetengah vitamin larut dalam air dan lain-lain nya adalah larut lemak .
  3. Sesetengah vitamin disintesiskan dalam badan (seperti mikroorganisma dalam saluran usus).
  4. Vitamin sebahagiannya akan dimusnahkan dan sebahagiannya pula dikumuhkan melalui peluh dan air kencing.
  5. Vitamin boleh disimpan di dalam badan di tahap tertentu, contohnya vitamin larut lemak disimpan dalam hati dan tisu lapisan lemak di bawah lapisan kulit
  6. Vitamin boleh melakukan kerja mereka dalam kuantiti yang sangat kecil. Oleh itu , jumlah keperluan harian yg diperlukan biasanya juga sangat kecil

Sempena promosi Vitamin Kecantikan dan Kesuburan ni, ramailah yang bertanya apakah beza antara Vitamin Shaklee dan vitamin-vitamin lain yang banyak dijual di farmasi.

Wah, soalan yang bagus, dan jawapannya pula sudah pasti menarik!

Obses terhadap makanan tambahan atau suplemen tanpa mengetahui maksud dan fungsi sebenar untuk tubuh badan hanya akan membawa keburukan berbanding kebaikan yang ingin dinikmati. Jika dilihat di sekeliling kita, suplemen dijual dengan sangat meluas. Semua orang boleh mendapatkannya sama ada di farmasi, kedai ubat, kedai makanan kesihatan, pasaraya, kiosk jamu, melalui online di internet dan sebagainya.

Memang banyak sekali perbezaanya. Mari kita semak satu-persatu.

Perbezaan Vitamin Shaklee dan Vitamin di Farmasi :

1. Semulajadi (natural) VS Sintetik (tiruan)

vitamins absorbtion

Semulajadi – diekstrak daripada sumber sebenar/semulajadi/asli. Sebagai contoh ia mempunyai rasa dan tekstur buah atau sayuran, hampir sama seperti memakan buah atau sayuran yg sebenar.

Sintetik – dihasilkan berdasarkan kandungan yang terdapat di dalam sumber asli dan ditiru, dibuat dengan campuran bahan kimia dalam lab bagi menghasilkan vitamin yang seakan-akan sumber asal. Contoh : kordial berperisa buah, keropok berperisa ayam.

Walaubagaimanapun, ada juga yang masih belum faham dan hadam dengan terma – vitamin semulajadi atau natural vitamin.

Ikut mana naturalnya kalau dah diproses?

Semulajadi di sini maksudnya Shaklee menggunakan sumber asal/sumber alam/sumber natural untuk menghasilkan sesuatu produk (vitamin, detergen dsb). Yakni sejak dari semaian biji benih, sehinggalah ia tumbuh membesar, mengeluarkan hasil dedaun, kekacang dan akar, tidak menggunakan bahan-bahan sintetik/bahan-bahan kimia. Misalnya vitamin C Shaklee – diambil daripada jagung, omega guard – diambil daripada ikan laut dalam dan vitamin E – diambil daripada kacang soya.

Benar, vitamin yang terkandung di dalam botol Shaklee telah menjalani fasa pemprosesan. Processed food sama sekali tidak sama maksud dengan makanan tambahan atau suplemen yang terhasil daripada ekstrak tumbuhan/bahan semulajadi untuk diambil khasiat vitaminnya. Ia bukanlah kategori processed food.

Contoh, ayam goreng kunyit.

  • Ayam = ayam organik, tidak disuntik hormon, diberi makan bertih jagung yang kita tanam, tuai dan keringkan sendiri.
  • Kunyit = kunyit hidup yg ditanam di belakang rumah dengan nutrien air basuhan ikan, tanpa racun serangga atau baja kimia.
  • Proses memasak = menggoreng menggunakan extra virgin olive oil api sederhana (suhu disukat menggunakan termometer) bagi menjaga kualiti dan rasa ayam sebenar.

Proses memasak ayam dengan kaedah menggoreng samada sumber ayam adalah daripada ayam cucuk yang makan nasi basi dan cacing atau ayam organik yang sihat masih juga menghasilkan sepinggan ayam goreng kunyit tetapi dengan khasiat yang jauh berbeza walaupun rasanya hampir sama.

Begitu juga halnya apabila kita ambil buah limau, kita perah-perah jusnya buat jadi air oren. Di sini, memerah adalah satu proses, tetapi ia tidak bermakna air itu tidak lagi semulajadi. Kalau tak perah, tak dapatlah minum air oren, kan?! :)

2. Kandungan zat, nutrien, mineral dan bahan

kandungan dalam vitamin

kandungan dalam vitamin

Kebanyakan vitamin yang bersumber semulajadi dihasilkan daripada ekstrak tumbuh-tumbuhan yang semestinya selamat dan lebih serasi dengan sel-sel tubuh badan kita.

Gabungan beberapa jenis vitamin bersama mineral tambahan di dalam setiap kapsul, tablet, serbuk atau cecair mampu melengkapkan fungsi sesuatu vitamin dan membantu kadar penyerapan yang lebih baik ke dalam tubuh kita.

Sebagai contoh, tablet vitamin C Shaklee terhasil daripada ekstrak jagung yang mempunyai molekul yang paling hampir sekali dengan buah oren. Ia juga mengandungi bioflavonoid yang berperanan mencegah pengoksidaan vitamin C di dalam tubuh kita dan mengekalkan kolesterol sihat LDL, selain meningkan fungsi vitamin C itu sendiri.

Gabungan Vitamin E dan selenium di dalam Vitamin E Shaklee (tidak terdapat dalam vitamin E biasa) pula berperanan mengoptimumkan manfaat baik vitamin E yang terbukti berupaya meningkatkan kemampuan reproduktif lelaki. Dengan kata lain ia membantu meningkatkan kesuburan.

3. Proses penghasilan – teknik pembuatan vitamin

pharmaseuticals

pharmaseuticals

Vitamin semulajadi seperti Shaklee dihasilkan daripada ekstrak bahan-bahan semulajadi yang mengasingkan serat, lalu mengambil khasiat dan intipati yang diperlukan daripada bahan tersebut. Contohnya seperti proses pembuatan Vitamin C Shaklee yang dihasilkan daripada sari jus buah oren (pati asid askorbik semulajadi) dan menyingkirkan serat yang tidak diperlukan.

Manakala vitamin sintetik dihasilkan daripada manipulasi bahan dan sebatian kimia dengan ciri seakan-akan bahan yang terdapat di dalam sumber semulajadi. Contohnya, asid askorbik yang terkandung dalam Vitamin C biasa mengandungi formula empirik C6H806, terhasil daripada gabungan molekul-molekul karbon, hidrogen dan oksigen.

2. Keserasian dengan tubuh

sumber asli vitamin

sumber asli vitamin

Vitamin semulajadi dihasilkan daripada bahan-bahan makanan kita seperti buah-buahan, rempah herba dan sayur-sayuran, jadi ia lebih mudah diserap dan serasi dengan tubuh badan kita. Ia juga bertindak dengan lebih baik dan semulajadi dengan tubuh serta tidak mendatangkan kesan sampingan yang membahayakan. Manakala vitamin sintetik terhasil daripada sumber bukan makanan sebaliknya sebatian kimia. Walaupun dari segi kimia ianya kelihatan sama, tapi dari sudut struktur ia ternyata sangat jauh berbeza.

4. Kesan pada tubuh

kesan sampingan

kesan sampingan

Oleh kerana proses pembuatannya adalah bagi menghasilkan sejenis bahan tertentu daripada gabungan bahan kimia, maka kebanyakan daripada vitamin sintetik datang dalam bentuk “solo”. Contohnya kalsium tanpa Vitamin D dan magnesium. Kita harus mendapatkan vitamin dan mineral tambahan daripada sumber lain untuk penyerapan yang lebih baik, mendapatkan kesan optimum dan mengelakkannya termendap pada buah pinggang seterusnya boleh mengakibatkan penyakit batu karang. Begitu juga dengan  vitamin-vitamin lain yang lebih efektif sekiranya didatangkan secara berkumpulan gabungan daripada beberapa jenis vitamin dan galian lain untuk tindakbalas yang lebih baik.

Vitamin semulajadi tidak meninggalkan kesan sampingan kerana ia terhasil daripada sumber asli dan semulajadi yang serasi dengan tubuh kita. Manipulasi daripada sebatian kimia akan menyebabkan kesan jangka panjang pada kesihatan kita memandangkan proses penghasilan vitamin itu sendiri yang “meniru” daripada sumber asal.

4. Harga

perbezaan harga

perbezaan harga

Harga vitamin semulajadi tentunya lebih mahal kerana penghasilannya adalah daripada sumber bahan semulajadi dengan proses pembuatan yang teliti dan dikawal rapi. Vitamin sintetik adalah lebih murah dari segi harga kerana komponennya adalah dari sebatian kimia dan ada kalanya juga hanya diberi percuma. Kebanyakan syarikat tidak menjual vitamin semulajadi kerana kos pembuatannya yang sukar dan harganya yang lebih tinggi.

Walaubagaimanapun, ketahuilah bahawa harga ahli yang ditawarkan pada pengedar-pengedar Shaklee adalah jauh lebih murah dengan penjimatan sehingga 25%. :)

Klik di SINI untuk tatacara menjadi AHLI SHAKLEE.

Atau hello hello kita sembang panjang bagaimana.

SMS/Call/WhatsApp/Telegram :

Nusaybah Anuwar – 019.383.2656

3,731 total views, 4 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation