PENYUSUAN DAN KENAPA HARUS SUSU IBU

breastfeeding-quote

Selain menjadi isteri, momen yang paling ingin dinikmati walaupun tidaklah “senikmat” mana jika difikirkan penat dan letih ialah menjadi seorang ibu. Selepas bergelar ibu pula, dapat menyusukan anak sendiri menjadi salah satu target yang ingin dicapai.

Asas paling penting kepada kejayaan sesuatu penyusuan ialah teknik dan kedudukan semasa penyusuan. Dan, sudah tentulah kesemua ini harus diperolehi melalui ilmu dan pembacaan. Ia juga perlu sentiasa ditambah baik melalui praktis hari demi hari bermula sejak hari pertama bertukar status menjadi ibu.

Kita tidak dilahirkan terus tahu bagaimana menguruskan bayi. Yang halus, kecil dan lembik.
Kita tidak diciptakan terus cekap menyusui bayi sebaik ia melihat dunia. Tetapi ia adalah proses semulajadi. Secara automatik, bayi akan kenal bagaimana bau si ibu dan akan tau mencari puting ibu.

Tetapi ia SATU PERJALANAN yang berlaku secara semulajadi di mana kita dan dia akan bersatu dan serasi seperti juga hubungan bayi dan urinya.

Biasa jika kita dengar tentang up and down dalam penyusuan.
Biasa jika kita dengar tentang airmata dalam penyusuan.
Biasa jika kita dengar tentang susu merudum dalam penyusuan.
Biasa jika kita dengar tentang payudara bengkak dan berdarah dalam penyusuan.

Aik..semuanya BIASA? Habis tu, apa yg LUAR BIASA?
Jawabnya, KITA lah yang LUAR BIASA.
Si ibu yang mengandung dan melahirkan selama 9 bulan 10 hari.
Mana mungkin bayi itu boleh keluar dari rahim tanpa ibu nya?
Ciptaan Maha Suci Allah itu unik dan Maha Cantik.
Tanggungjawab kitalah utk melaksanakannya sebaik mungkin.

Semakin berliku perjalanan penyusuan itu, semakin bererti lah pabila kita meraih kejayaan 2 tahun menyusui bayi dgn air susu sendiri. Melihat matanya, jari-jemarinya, rambut dan seluruh anggota bayi kita membesar dgn susu kita. Titisan mutiara bonda!

baby4

MANFAAT SUSU IBU

  • Mudah dihadamkan oleh bayi.
  • Tidak perlu disediakan. Tidak perlu air panas.
  • Easy to Travel. Semudah 1-2-3. Cuma buka dan hisap. (dah mcm vending machine)
  • Kaum bapa tidak perlu bangun malam. (part ni best kan abi?)
  • Tidak memerlukan perbelanjaan dan sentiasa terdapat bekalan yang mencukupi
  • Ia baik untuk alam sekitar kerana tidak memerlukan botol, tin dan kotak yang perlu dibuang ke dalam tong sampah.

Penyusuan susu ibu juga dapat memberikan sentuhan fizikal, menjalin kemesraan dan mengeratkan ikatan kasih sayang antara ibu dan bayinya. Bonding time ini memang tak dapat dibanding-bandingkan. Ternyata bayi yg minum susu ibu lebih mudah diasuh dan manja dgn sang ibu.

Dari segi kesihatan terdapat banyak faedahnya:

  • Membakar lebih banyak kalori si ibu. Sehari sebanyak 500 kcal dibakar setiap kali ibu menyusui bayi atau mengepam.
  • Membantu mengembalikan semula berat badan anda yang dahulu dengan lebih cepat.
  • Mengurangkan risiko mendapat kanser ovari dan
  • Mengurangkan risiko mendapat kanser payu dara di kalangan wanita yang belum putus haid.
  • Membina kekuatan tulang
  • Mencegah kepatahan tulang ketika usia lanjut.
  • Melambatkan kedatangan semula haid selepas bersalin, oleh itu dapat menjarakkan kehamilan (anda perlu ingat bahawa menyusukan bayi sahaja tidak dapat mencegah kehamilan).
  • Membantu rahim kembali kepada saiz asalnya dengan cepat

Jarang sekali berlaku seseorang ibu itu kekurangan susu secara semula jadinya. Ini TIDAK BENAR. Kebanyakan masalah yang wujud di awal-awal minggu penyusuan adalah sementara. Ini akan pulih apabila aktiviti penyusuan menjadi stabil. Bekalan susu yang tidak mencukupi selalunya boleh disebabkan oleh banyak faktor.

PUNCA KEKURANGAN SUSU :

PENGHANTARAN VS PENGHASILAN / SUPPLY VS DEMAND

Buah dada dicipta untuk menghasilkan susu bagi memenuhi keperluan bayi anda.
Lebih banyak bayi menyusu, lebih banyak susu yang anda akan dihasilkan.

Bayi yang baru lahir perlu menyusu sekurang-kurangnya 10 -12 kali sehari. Tetapi kebanyakan bayi akan menyusu lebih dari itu. Semakin kerap bayi menyusu semakin cepat payu dara anda “kosong” dan semakin banyaklah susu dihasilkan. Kebanyakan bayi akan mengambil masa selama 30-40 minit untuk setiap penyusuan. Biarkan bayi anda yang mengawal penyusuan sehingga ia sendiri melepaskan puting susu itu setelah puas dan bersedia.

Untuk meningkatkan bekalan susu : (edited from BabyCenter.Com)

  • Biarkan bayi anda menyusu seberapa kerap & seberapa lama yang dia mahu
  • Berikan kedua-dua buah dada anda setiap kali menyusukan bayi
  • Berikan bayi HANYA susu badan sahaja kerana jika kita sudah mula mencampurkan pemberian susu formula, ia akan mengganggu perjalanan penyusuan dan mengurangkan permintaan terhadap payudara
  • Elakkan daripada menggunakan puting tiruan sebab ia akan mengurangkan masa bayi menyusu.
  • Jangan cari jalan mudah dengan membancuh susu formula utk kononnya mengenyangkan bayi (ini dikatakan “melengkapkan”)
  • Bekalan susu anda akan selaras apabila badan kita menyesuaikan diri dengan permintaan bayi.
  • Ulangkaji semula prinsip asas penyusuan : DEMAND VS SUPPLY.
  • Jika si ibu mengenyangkan bayi dgn susu formula, bayi tidak akan membuat permintaan susu yg banyak dan bekalan susu anda akan menurun. (ini antara kesalahan para ibu yg sering beranggapan “susu saya sikit, bayi saya tidak kenyang sbb susu tak cukup!”)
  • Dalam masa anda mencuba memperbaiki cara pelekapan bayi anda, anda juga boleh cuba memerah baki susu selepas setiap penyusuan.
  • Memerah keluar baki susu seberapa yang boleh akan membantu merangsang bekalan susu anda. (Ini praktis saya masa dlm pantang juga, pam cik B yg sebelah lg bila baby ketiduran tanpa sempat menyusu di kedua-dua belah breast.)
  • Jika anda telah menyimpan susu perahan ini di dalam peti ais atau penyejuk beku, anda boleh menggunakan susu badan anda sendiri untuk memberi susu tambahan kepada bayi anda pada masa dia berasa amat lapar, mungkin pada waktu petang atau bila bayi bangun di tengah malam. Dgn cara ini, ibu boleh lepaskan diri utk si bapak² ambil alih tugas menyusui bayi dari dlm botol TETAPI kandungannya masih juga AIR SUSU IBU!
  • Sesetengah herba (seperti halba) dikatakan boleh menambahkan bekalan susu ibu – ia dikenali sebagai galactagogues, atau perangsang penghasilan susu. Tetapi, tidak terdapat bukti dari mana-mana kajian untuk menyokong penggunaannya. (Salah satu makanan dlm pantang saya ialah KARI IKAN yg ditumis bersama halba dan saya sgt suka!!)
  • Begitu juga, betik muda dan sup ikan. Walaupun tidak pernah dibuktikan secara saintifik dapat menambah bekalan susu, namun begitu, generasi tua dan pengasuh pantang tradisional China menaruh penuh kepercayaan kepadanya.
  • Anda harus maklum bahawa kebanyakan ahli farmasi dan farmakologi akan menasihatkan anda supaya tidak menggunakan ubatan herba semasa kehamilan dan penyusuan.
  • Ibu harus menggalakkan bayi menyusu dengan lebih kerap dlm keadaan yg selesa.
  • Bekalan susu akan berkurangan apabila bayi kurang disusukan

nursing11

1,494 total views, 1 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation