PENYAKIT MUKA SENGET SEBELAH BELL’S PALSY – LUMPUH YANG BUKAN LUMPUH

Sylvester Stallone, seorang bintang hebat kelahiran New York yang pernah menjadi fenomena dan mencipta nama dalam genre aksi lasak.

Dikenali sebagai rambo selepas kejayaan besar filem lakonannya, beliau mempunyai kelebihan kerana berbadan tegap dan sasa, serta bertuah kerana turut memiliki wajah kacak (yang menjadi kegilaan peminat)

*Saya sebenarnya tak berapa kenal sangat artis-artis Hollywood ni. Sebabnya, memang jenis jarang tengok filem atau wayang. Kalau tengok pun, selepas beberapa tahun, lepas tu mulut sibuk duk tanya macam-macam sebab tak faham. hahaha.

sylvesterstallone bell palsy

Oh, bukan nak cerita pasal sejarah, pencapaian atau biodata si dia, tapi ulasan sikit tentang penyakit saraf muka yang dihidapi oleh aktor serta pengarah filem terkenal ini.

Ada perasan sesuatu kelainan tak pada raut wajah dia dalam gambar tu?!

Ya, Sylvester Stallone adalah seorang selebriti terkenal yang juga mengalami Bell’s Palsy.

Apakah Bell’s Palsy

Bell’s palsy adalah sejenis penyakit saraf yang berkait dengan saraf muka (facial nerve) yang menyebabkan penghidapnya mengalami kerosakan (kecacatan) di bahagian muka.

Penyakit kelumpuhan muka idiopatik (tidak diketahui punca) akibat kegagalan saraf muka yang mengakibatkan ketidakupayaan mengawal otot muka pada bahagian yang terjejas.

Dengan kata lain, ia adalah lumpuh atau lemah pada bahagian sebelah otot di muka yang yang bersifat sementara. Keadaan ini menyebabkan salah satu sisi wajah akan kelihatan melayut.

Setakat ini belum ada fakta yang khusus dan jelas berkenaan punca ia berlaku, namun pada kebiasaannya Bell’s palsy terjadi pada wanita hamil, penghidap diabetes dan pesakit HIV.

Keadaan ini menyebabkan hanya salah satu sisi wajah penghidapnya yang boleh tersenyum atau cuma sebelah mata saja yang dapat ditutup dengan sempurna.

Saraf yang telah rosak di bahagian muka akan menjejaskan deria rasa serta bagaimana cara tubuh kita menghasilkan air mata dan air liur. Apa yang menakutkan, kes Bell’s palsy ini datang secara tiba-tiba dan tanpa gejala.

Perbezaan Bell’s Palsy dan Lumpuh/Strok

Pesakit yang mengalami lumpuh (strok) kebiasaannya akan mengalami kelumpuhan bukan saja pada wajah, malah tangan dan beberapa anggota badan yang lain juga turut terjejas.

Berbeza dengan Bell’s palsy di mana pesakitnya hanya mengalami lumpuh di bahagian sebelah muka yang bukan berpunca daripada tekanan darah tinggi, diabetes atau penyakit kronik yang lain.

Penyakit ini diberi nama Bell’s Palsy bersempena dengan seorang pakar anatomi Scotland bernama Charles Bell yang pertama kali menggambarkan keadaan tersebut sebagai penyakit mononeuropati akut (penyakit yang melibatkan hanya satu saraf).

Antara punca yang berkait rapat adalah ia mungkin disebabkan oleh radang akibat jangkitan virus herpes yang tersebar menyebabkan saraf muka bergerak melalui tengkorak dalam saluran tulang kecil di bawah telinga menyebabkannya menjadi bengkak. Pembengkakan yang berlaku dalam saluran tulang yang sempit itulah yang dikatakan penyebab kepada kerosakan atau kecacatan saraf tersebut.

“Namun itu hanya sebahagian daripada punca yang dikenalpasti kerana punca sebenar masih tidak diketahui.

Selain itu, beberapa punca mungkin mempunyai kaitan dengan serangan Bell’s palsy seperti trauma, faktor sekeliling, emosi dan ketidakstabilan metabolik.

Bell’s palsy dikenalpasti melalui bentuk muka yang seakan jatuh sebelah. Kegagalan saraf 7 berfungsi dengan baik menyebabkan mata pesakit tidak boleh dikerdip dan ditutup, senyuman dan pergerakan bibir terganggu, lidah mengeras, kening juga seperti berkerut dan terangkat, air liur meleleh dan hidung kelihatan seakan kendur pada bahagian yang terjejas.

Sesetengah pesakit boleh merasai kelainan pada wajahnya beberapa hari sebelum diserang Bell’s palsy seperti rasa kebas, sakit di bahagian telinga dan rasa kelainan pada lidah.

Ia turut diakui oleh pesakit yang pernah mengalami serangan penyakit ini di mana ia juga boleh terjadi berulang kali.

“Ada pesakit yang mengalaminya lebih daripada tiga kali walaupun keadaan wajahnya sudah kembali seperti normal.

Biasanya, Bell’s palsy menyerang mereka yang berusia, wanita selepas bersalin atau ketika kedatangan haid, remaja dan mereka yang mengalami stres.

Statistik Kes

2 : 10,000, bermaksud dalam 10,000 orang – 2 kes Bell’s Palsy dilaporkan.

Hampir 50 % pesakit boleh pulih dalam masa dua hingga tiga minggu

Ada yang menunjukkan pemulihan dalam tempoh 10 hari tanpa sebarang rawatan khusus.

35 – 40 % mengambil masa lebih kurang setahun untuk pulih

5% tidak pulih sepenuhnya – wajah mereka kekal menunjukkan mengalami Bell’s palsy.

Antara komplikasi yang mungkin terjadi dan paling dibimbangkan oleh penderita Bell’s Palsy adalah:

  • Kerosakan saraf wajah yang tidak dapat pulih kembali seperti sediakala
  • Gangguan kekal pada mata dan sebahagian hidung
  • Kesukaran untuk makan, minum, dan bercakap
  • Lemah/lumpuh pada otot menyebabkan kedutan sebelum usia
  • Kemampuan deria rasa mula menurun
  • Pertumbuhan saraf yang tidak sepatutnya sehingga menyebabkan pergerakan yang tidak dapat dikawal pada wajah
  • Buta sebelah mata atau keduanya akibat kornea mata yang kering (mata yang tidak boleh ditutup)

Untuk diagnosis Bell’s palsy, doktor akan bertanya tentang gejala yang dialami pesakit. Pemeriksaan fizikal dan saraf juga akan turut dilakukan untuk mengetahui sejauh mana fungsi saraf wajah yang telah terjejas. Ujian MRI, atau CT scan akan menyusul sekiranya gejala yang dialami tidak jelas dan memerlukan pemeriksaan yang lebih terperinci.

Rawatan Bell’s Palsy

Untuk mengurangkan bengkak yang terjadi pada saraf wajah, ubat steroid seperti prednisolone atau prednison akan diberikan. Rawatan lain yang berkitan adalah fisioterapi dan eye drops untuk mengelakkan terjadinya masalah baru yang lebih teruk pada mata yang tidak boleh ditutup.

Ubat-ubat ini mungkin boleh mengurangkan bengkak dan mengurangkan tekanan pada saraf muka. Walaubagaimanapun, pesakit disarankan mengambilnya secepat mungkin (seboleh-bolehnya dalam masa 24 jam apabila gejala bermula) untuk kesan yang lebih baik. Namun begitu, tidak ada kajian saintifik yang menunjukkan ubat-ubat ini boleh mempercepatkan proses pemulihan daripada Bell’s palsy.

Tempoh pemulihan adalah berbeza-beza bagi setiap orang bergantung kepada usia dan sejauh mana kerosakan saraf yang berlaku.

Selain itu, pesakit juga haruslah memastikan mereka :

  • mendapat rehat yang cukup
  • gunakan kacamata sebagai pelindung daripada habuk dan cahaya supaya tidak kering
  • titiskan eye drops seperti eyemo secara konsisten
  • tutuplah mata dengan bantuan tangan semasa tidur
  • letakkan tuala atau tungku panas di bahagian wajah yang sakit selama 20 minit setiap hari
  • gunakan terapi haba (tungku panas) untuk melancarkan aliran darah di sekitar otot muka
  • lakukan urutan wajah yang sakit ke arah atas dengan menggunakan tangan dari bahagian muka yang sihat
  • praktikkan latihan meniup lilin, berkumur, makan dengan mengunyah di bahagian muka yang sakit, minum dengan sedutan, mengunyah, berlatih untuk tersenyum, mengangkat kening, ataupun menarik pipi

Lakukan juga senaman berupa stimulasi pada otot untuk mencegah terjadinya kekejangan otot sementara menunggu proses regenerasi sel/ tisu baru dan memperkuat otot yang masih lemah, melatih fungsi otot baru, meningkatkan perjalanan darah serta meregangkan sendi-sendi

Elakkan tabiat suka mandi di malam hari. Hindari kebiasaan jika sebelum ini selalu terus mandi atau mencuci muka sebaik sahaja habis bersenam atau bersukan

Hindari angin kuat terus ke muka, terutamanya angin yang dingin di waktu malam – untuk memperbaiki system pertahanan tubuh (system imun). Jadi, elakkan berada di luar rumah ketika malam hari untuk mengelakkan terdedah kepada bayu sejuk.

Walaupun punca utamanya belum dapat dikenalpasti, 60-70% pencetusnya adalah disebabkan oleh virus herpes (yang pernah berada dan masih kekal dalam tubuh kita semasa diserang demam cacar). Seperti yang diketahui, virus bersifat self limiting disease (penyakit yang boleh sembuh dengan sendirinya jika kita memiliki system pertahanan tubuh yang baik).

Benar, sistem pertahanan tubuh yang baik sangat membantu badan kita segera pulih dan menggalak tentera-tentera penentang untuk melawan virus yang sedang menyerang dan mengganas.

Baca Juga : Serbuk Biji Labu Sedap untuk Sistem Imun yang Kuat

Testimoni Bell’s Palsy kembali sembuh dengan izin Allah melalui Vivix!

Alhamdullilah…

2 Oktober 2015

Saya bangun, sebelah muka dah jatuh.

Dengan tiba-tiba.

Tak boleh senyum.
Mata tak boleh tutup.
Air mata mengalir macam menangis.
Sakit. Rasa tegang je.

Doktor sahkan saya diserang bellpalsy.
Bukan STROKE.
tapi kelemahan sebelah otot muka.

Saya di steroid.

Punca UNKNOWN
Tapi maybe sebab saya menyusukan dan baru lepas bersalin.

Saya tidak mengambil sebarang steroid lagi selepas tu..

Consume SPECIAL DOSE vivix
Dan consume:
Omega guard,
Bcomplex,
Vitamin E,
dengan begitu extreme

Saya juga menjalani fisioterapi

Alhamdullilah selepas 90 hari
Saya diberi kesempatan SENYUM kembali

Share la
Saya izinkan
Kalau ada ahli keluarga / sahabat handai yang mengalaminya, berikan support.
Ia bukan mudah seperti dijangka.

Saya dan sahabat #bellpalsy sahaja yang tahu apa yang kami rasa..
Actually its more to self confidence/esteem
Tapi serius is SANGAT MANIS untuk diingati
Dalam kalendar dan diari kehidupan
Hadiah dari Allah
Harap ia akan dapat menghapus dosa-dosa

Credit to : Faiza Suhada

testimoni bell palsy dan vivix

Vivix mengandungi 4 bahan utama termasuk anggur muscadine dan purple carrot yang kaya dengan anti-oksidan, bertindak terus ke dalam sel-sel. Memberi makanan kepada sel, komponen yang paling penting dalam tubuh kita.

Vivix berfungsi membantu penghasilan sel-sel baru dan memperbaiki DNA sel-sel yang telah rosak supaya gejala dan komplikasi penyakit dapat dikurangkan.

Jika kita berada di tempat mereka-mereka ini, tentu kita faham apa yang mereka rasa.

Ianya bukan mudah.

lagi testimoni vivix dan bell palsy

lagi testimoni vivix dan bell palsy

Baca Juga : Kehebatan Vivix yang Semua Orang Patut Tahu

Sirap botani vivix mampu mengurangkan risiko penyaki kronik, sekaligus memperbaiki taraf kesihatan.

Kesihatan itu mahal harganya. Berikhtiarlah selagi kita punya daya.

Hubungi SID PRO Anda!

Pengedar Shaklee seluruh Malaysia.

COD sekitar Bangi, Cyberjaya dan Putrajaya.

Pengedar sah shaklee Bandar Baru Bangi dan Kajang

5,299 total views, 9 views today

One Thought on “PENYAKIT MUKA SENGET SEBELAH BELL’S PALSY – LUMPUH YANG BUKAN LUMPUH

  1. Pingback: PETANDA DAN PUNCA MINI ATAU MINOR STROK | Life is a Story

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation