KENAPA PENTING SANGAT KENA BUAT DETOKS?

Ramai yang telah mencuba vitamin semulajadi Shaklee..

Baru-baru ini saya terbaca satu status salah seorang rakan di FB bercakap mengenai proses detoks tubuh. Katanya,

tengah membaca cara membuang toksin dalam badan, sekali terjumpa detox dengan Shaklee.. Lagi-lagi Shaklee. MLM di mana-mana katanya…

Apakah?

Bunyi macam marah betul tu.

MLM pulak yang jadi isu. hehehe.

Tapi agaknya lah kan maksudnya apa tu?

Positif kah positif?

Tak ada pilihan lain.. memang positif..

Semakin ramai sedar dan tahu akan pentingnya kesihatan alami selain mengharapkan ubat dari hospital semata-mata.

Semakin ramai juga yang faham kebaikan mencegah adalah lebih baik dari mengubati atau merawat sesuatu penyakit.

Sistem pencernaan manusia

Maksud detoks

Detoks ialah proses semulajadi tubuh badan kita bagi menenutralkan toksin dan memperbaikinya agar toksin dapat dinyahkan daripada tubuh melalui proses “pembersihan” yang berlaku pada organ.

Detoks penting bagi membaikpulih sistem dalaman tubuh dan lahirkan semula diri kita yang baru, yang lebih sihat dan bersemangat. Detoks boleh berlaku pada beberapa bahagian organ seperti hati, ginjal, usus, paru-paru, dan kelenjar peluh kulit.

Walaun kita rasa badan kita sihat, tapi sebenarnya ada banyak benda dan unsur tersembunyi dan bertindak secara senyap dalam badan kita. Apakah dia?

TOKSIN!

Pengumpulan toksin di dalam badan kita ni memang berlaku sepanjang masa. Macam yang kita sedia tahu, benda yang berkumpul, lama-kelamaan akan menjadi “kerak” atau “keladak”.

Jadi memang sangat perlu kita bertindak untuk membersihkannya semula dan proses inilah yang dipanggil detoks.

Detoks membolehkan badan dibersihkan semula daripada timbunan toksin bagi memulihkan semula sel-sel agar dapat berfungsi dengan baik.

Toksin ni pula dalam macam-macam sumber. Bukan setakat dari apa yang kita makan, tapi juga apa yang kita hidu, sentuh, sapu pada kulit dan gunakan dalam rutin seharian.

Sebab itulah, walaupun tak ada penyakit, walaupun badan rasa sihat tip-top, tetaplah wajib buat detoks. Lebih mujarab lagi dengan disertakan sekali detoks jiwa. Ia memang hebat kerana mampu menjadikan kesan detoks lebih mujarab dan diri kita lebih hebat tanpa perlu pergi program penyucian jiwa pun. Boleh buat sendiri kat rumah je. Yang bestnya detoks cara ini lebih berkesan juga. :)

Bila orang sebut detoks, ia tak merujuk kepada satu-satu jenis teknik je. Ada macam-macam jenis detoks yang boleh dilakukan. Ada orang detoks dengan menggunakan lemon, ada orang dengan garam, ada orang dengan minyak, ada orang dengan herba, ada orang dengan ais dan macam-macam lagi. Jadi tak kisahlah detoks dengan bahan apa sekalipun pun, semua tu cuma ikut cara masing-masing.

Yang paling famous sekarang ni apa?

Air detoks.

Atau infused water.

Percaya atau tidak, sedar atau tidak, hampir kesemua masalah yang penyakit yang timbul rata-ratanya adalah disebabkan oleh penimbunan toksin di dalam tubuh yang tidak disedari.

Bertimbun-timbun dalam badan sampai tak tahu dah nak pegi mana. Makanya daripada organ terus tuju dekat sel-sel untuk ganggu fungsi tubuh manusia.

Menjejaskan sel, menjangkiti organ, seterusnya menjadi mudarat.

Selalu dengar kan berita pasal kanser yang jadi pembunuh dalam diam?

Kanser atau istilah lainnya ketumbuhan atau tumor.

Antara sebabnya ialah tidak tahu diri sakit sehingga simptom sakit mula muncul masa dah sampai stage kronik 3 dan 4 yang “makan dalam” seperti kanser yang jadi pembunuh senyap. Nauzubillah..

So, kalau ada yang dah mula rasa selalu letih, penat yang melampau, sakit kepala.. cubalah bawak-bawak berdetoks.

Ataupun, yang dah lama hadapa masalah sembelit sampai berejam duduk dalam bilik termenung tu, startlah buat detoks.

Yang berjerawat tak setel-setel, ada alahan dan alergi kulit semua tu detoks mungkin penyelesaian yang dicari-cari selama ini.

Better safe than sorry.

Bukan kereta je yang kena selalu servis dan buat overhaul. Badan kita pun sama.

Detoks sebelum sakit. Detoks supaya makin lawa. :)

994 total views, 1 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation