PENGEDAR SHAKLEE BANDAR SAUJANA PUTRA DAN KERAMAT AMPANG ULU KELANG

Sejak mula kenal jenama shaklee memang tak pernah sekalipun saya rasa kecewa. Dari kecik-kecik vitamin sampai la ke biji vitamin yang besar semua ada cerita #shakleeeffect masing-masing. Tapi antara banyak-banyak yang paling ohsem ialah si putih bersih ni. Nama panjang dia ostematrix nama pendek pula oste.

Saya percaya, bukan saya sorang yang terjebak dengan Shaklee sebab si dia ni, tapi raaaamai yang terus jatuh hati sama macam saya jugak.

Sebab apa oste ni vitamin #shakleeeffect saya. Haa… di sini saya listkan sebabnya :-

Ostematrix dan Vericose Vein

Herm. Mula-mula dulu nak sebut pun kemain susah sampai tergeliat lidah. Alkisah, masa mengandung anak pertama saya mempunyai masalah vericose vein. Vericose vein atau nama lainnya urat simpul/simpul biawak/tarik mengkarung. Memang azab bagi siapa yang tahu bila kene urat simpul ni. Sehingga kehamilan kedua masalah urat simpul masih tak selesai sehinggalah saya kenal oste dalam set pregnancy shaklee.  Saya rasa setiap wanita perlu kenal vitamin ni sebab menurut fakta wanita adalah golongan yang paling ramai yang mengalami urat simpul berbanding kaum adam sama ada secara warisan ataupun kesan dari kehamilan.

Ostematrix dan gusi berdarah

Dulu-dulu bila berus gigi mesti ada darah. Masa tu belum kenal oste lagi. Saya pula memang jenis tak minum susu langsung. Bila dah tak minum susu sumber kalsium pun kuranglah. Hanya bergantung pada makanan itu pun kalau betul-betul kita ambil makanan yang diyakini khasiatnya masih ada kalau kene dengan cara ia dihasilkan dan juga kaedah masakannya. Sekarang, bila konsisten dengan oste masalah gusi berdarah tiada lagi gigi pulak rasa 100% kuat.

Ostematrix – sumber kalsium utama

Jenis tak minum susu mesti risau bila orang cakap tak minum susu nanti dah tua kena sakit tulang. Tapi saya tak minum susu tak risau pun orang cakap gitu sebab bila ambil oste kena dengan dos yang betul rasa dah sama dengan dos harian orang yang minum susu. So, kalau jenis tekak tak boleh telan susu kita ubah cara ambil pil pulak. Yang penting kita tahu pil yang kita ambil tu diyakini selamat dan tidak mendatangkan mudarat.

Ostematrix STOPKAN sembelit

Masa pantang dulu mak yang jaga. Cerita pantang saya sangat scary sebab mak saya memang sangat strict pasal pangambilan air dan makanan masa pantang. Rules dia nasi kena banyak makan untuk sekali air pula secawan je. Nasi tak boleh tambah air tak boleh refill. Akibatnya hari-hari la sembelit memang azab bila datang je seru nak ‘membuang’ tu. Tapi, lepas consume oste masalah sembelit terus hilang. Seronok sangat bila dah jumpa penawar mujarab sembelit yang ohsem ni.

Ostematrix – ubat lenguh-lenguh sendi

Dulu muda-muda hobi suka tawaf mall. Dah tua ni hobi tu masih setia. Tapi beza dia dulu jalan tak payah kelek anak sekarang kene kelek anak yang berat hampir sama dengan satu beg beras. Huhu memang lenguh pinggang dan segala urat-urat saraf. Rahsia saya sebelum nak mula tawaf saya telan dulu oste hasilnya bila balik rumah badan tak sakit malah saya boleh sambung buat kerja rumah lagi. Amazing kan !!!

Ostematrxi sebagai persediaan menopouse

Dah tahu oste ni ohsem takkan nak stop kalau dah dapat hasil yang hebat. Sehingga kini walau dah hampir masuk tahun ke-3 saya consume oste saya masih meneruskan pengambilannya sebagai persediaan menghadapi menopouse kerana saya sedar wanita adalah kumpulan yang sangat mudah mengalami masalah berkaitan tulang.

Bila dah suka takkan nak guna sorang-sorang ye tak? Kini, saya berkongsi vitamin ohsem ini dengan ibu tercinta pula. Kalau boleh nak sama-sama sihat sebab takde istilah sudah terlewat. Kalau tak percaya kena cuba dulu baru tahu hebat tak hebat.

Inilah #shakleeeffect saya :)

Boleh roger saya untuk sebarang pertanyaan berkenaan produk, cadangan suplemen yang sesuai serta konsultasi tentang Shaklee. 012-6159835

-Puan Ainar Muhamad, Pengedar Shaklee Bandar Saujana Putra, Keramat dan Ampang Ulu Kelang-

253 total views, 1 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation