PENGEDAR SHAKLEE AMPANG, AMPANG PARK, AMPANG POINT DAN KAWASAN SEKITAR

Saya mula-mula kenal Shaklee dengan Vitamin C. Masa tu semua orang nak makan Vitamin C kononnya sebab nak cantik. Vitamin C ni kan boleh meransang penghasilan kolagen dalam badan kita. Ececehh.. dah pandai sekarang cakap pasal fakta nutrisi.

Saya ada masalah masa tu.. saya kena alergi yang sangat teruk di muka sampai jadi merah-merah dan pedih. Vitamin C memang dah start makan cuma waktu tu saya setakat makan je tapi tak konsisten. Biasa lah kann nak cepat baik dan tak sabar. Bila dah baik stop macamtu jek tak makan dah.

Lepas tu saya di kenalkan sekali lagi dengan vitamin Shaklee yang lain pulak. Kali ni dengan info dan maklumat yang lebih padat. Baru saya tau, banyak rupanya vitamin yang Shaklee ni ada.

Kisahnya saya mengandung luar rahim dan kandungan saya tu pecah pada usia 8 minggu. Sakitnya memang tak terkata dan saya sampai demam-demam dalam keadaan tak tahu yang saya sebenarnya mengandung tapi tak normal. Saya kena operate dan ovari kanan saya tak dapat diselamatkan lagi. Kesedihan saya masa tu memang tak terluah sebab saya memang masih mahukan zuriat. Siapa yang tak sedih kan, kalau salah satu daripada kilang telur terpaksa dibuang.

Lepas operation yang penuh debaran itulah, saya mula makan zinc-complex, vita-lea, bcomplex dan gla complex yang fungsinya boleh menstabilkan emosi, membantu proses baikpulih luka dan meransang hormon kewanitaan.

Orang kata, kalau kilang kita tinggal sebelah je.. lambat nak dapat baby sebab susah dah nak mengandung terpaksa bergantung dengan satu tiub je. Memang saya tawakkal dan ikhtiar.

Tapi alhamdulillah.. kuasa Allah mengatasi segalanya. Lepas saya amalkan GLA 3 bulan sebaik selesainya operation tu, saya mengandung lagi. Syukur sangat-sangat tapi episod ini tak berakhir di situ.

Selepas 15 tahun tak mengandung, saya rasa seperti mengandung anak pertama. Kali ni macam-macamlah penyakit yang keluar. Al-maklumlah, saya ni pun bukannya jenis yang makan semua benda. Banyak pantang larang yang tekak ni takboleh terima. hehehe…

Salah satu yang saya tak dapat lupa dan paling teruk ialah kena buasir masa dah nak dekat bersalin. Ya Allah tuhan je la yang tahu masa tu apa yang saya rasa. Buasir akibat sembelit masa mengandung memang mengerikan.

Sekali lagi saya diperkenalkan dengan ostematrix dan omega oleh adik ipar yang memang pengguna dan pengedar sah Shaklee. Selama hari ini pun, memang dialah tempat saya ambil stok dan cuba satu demi satu vitamin Shaklee yang memang ohsem semuanya.

Alhmdulillah, buasir saya akhirnya mengalah dan sembuh sebelum sempat saya bersalin. Takut weh, kalau dia “tersembul” keluar lagi teruk masa meneran. Saya selamat bersalin normal tanpa sebarang komplikasi.

Sehingga hari ini pun saya masih juga pengguna tegar yang mengamalkan bcomplex, vitamin c, vita-lea dan ostematrix Shaklee. Memang rasa lainlah badan ni kalau tinggal.

Saya nak share pengalaman saya ni sebab saya rasa ramai lagi ibu-ibu atau wanita-wanita kat luar sana yang mencari-cari vitamin yang sesuai dengan harga yang sangat berpatutan. Saya sendiri rasa tanggapan orang yang vitamin Shaklee ni mahal adalah sangat tidak benar. Banyak kot tablet dalam satu botol tu. Boleh tahan berbulan-bulan.

In fact, saya sendiri pun cuma continue makan vitamin yang sama je sepanjang masa berpantang anak keempat ni. Tak payah dah nak beli jamu atau set berpantang lain. Lagipun si adik baby ni ada isu kuning masa awal-awal kelahirannya dulu. So, jamu dan herba-herba memang dilarang keras.

Oh ye, lupa nak bagitau saya sekarang tengah cuti pantang. Jangan main-main tau, walaupun cuma ada sebelah yang berfungsi, ia masih “berbisa” tau. hehehe…

Sambung sikit lagi kenapa saya rasa nak teruskan berkongsi dengan lagi ramai orang ialah.. Bila saya share, rupanya ramai ibu-ibu dan wanita-wanita di luar sana yang mempunyai masalah seperti saya.

Seronok pulak bila dalam masa yang sama saya boleh menjana pendapatan dengan berkongsi apa yang saya dah alami ni. Saya sukakan produk Shaklee kerana ia vitamin semulajadi yang dan terbukti dapat menambahbaik kesihatan ramai orang sejak mula tertubuh pada tahun 1956 dulu. Dah lebih setengah abad pun usianya. Bukan setakat masih stabil, malah makin viral pulak sebab kualitinya yang bertaraf makmal antarabangsa, dengan ujian klinikal pada setiap produk.

Keberkesanan Shaklee memang dah dirasai seawal minggu pertama saya jadi pengguna. Saya sendiri dah alaminya dan saya mahu lebih ramai lagi sama-sama merasai apa yang saya rasa. Nak buat keputusan untuk pilih produk suplemen bukan perkara main-main. Kita memperjudikan kesihatan kita tau!

Saya berani cakap siapa yang dah start makan vitamin Shaklee dan rasa #shakleeeffect macam saya ni pasti akan buat apa yang saya buat. 

Daripada hanya dengan sebotol vitamin C dulu, sehingga kini dah banyak vitamin Shaklee yang saya makan. Omega guard, GLA-complex, zinc complex, Vitalea, B-complex dan Ostematrix dah jadi sebahagian daripada rutin diet harian saya. Rasa macam tak percaya pulak.

Bermula untuk diri sendiri, sekarang ni misi saya ialah untuk sebarkan sikit demi sikit perbezaan Shaklee dan terapkan pada ahli keluarga yang lain pula.

Kalau kita dah rasa manfaatnya pada diri kita, kenapa tidak kita kongsikannya pula pada orang lain yang mungkin memerlukannya kan?!

Boleh roger saya untuk sebarang pertanyaan berkenaan produk, cadangan suplemen yang sesuai serta konsultasi tentang Shaklee. 019-6496478

-Puan Azlinda, Pengedar Shaklee Ampang, Ampang Point, Ampang Park dan kawasan sekitar-

277 total views, 1 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation