PENGALAMAN PERTAMA BERPANTANG DENGAN SET BERSALIN YANG LENGKAP DAN TERBAIK

#Throwback memories : August – October 2012.

Baru ada masa nak update dan buat review skit pasal topik ni.. So far saya berpuas hati dan dah pasang niat, letakkan ia jadi prioriti sebagai pilihan saya untuk kelahiran-kelahiran akan datang juga! :)

Tak Kenal Maka Tak Cinta, bila dah Kenal, haruslah terus JATUH CINTA!

Persiapan bersalin almost lengkap semuanya (ini ayat masa counting days). Berkesempatan update belog harini. Topiknya kita cerita Pengalaman Pertama yang indah & Set Bersalin Pilihan.. Waktu ni dah rasa rindu pulak nak preggy lagi..syoknya bau baby..

ehhh..apakah??? hehehe…

Memperkenalkan Set Bersalin Shaklee yang menjadi pilihan sewaktu berpantang saya.

SET BERPANTANG DALAMAN & SET MENYUSU SHAKLEE

1379805_10201487046231727_541470585_n

DAN

Set Berpantang Luaran NONA ROGUY

rangkaian herbanika bersalin

Dalam kesemua pilihan-pilihan ini, yang saya paling paling suka..da most i like adalah…….

 

hihihi.. tak boleh tipu-tipu sebab…

semua suka sebenarnya. sebab? semuanya lansung tak buat saya serik melahirkan dan terasa ingin melahirkan lagi walaupun masih dalam tempoh berpantang. semua bersikap baik terhadap saya sepanjang tempoh berpantang (yg kebanyakan ibu-ibu tak sabar nak habiskan)

Jadi, untuk bersikap adil, kita susun ikut turutan ye.. Mari kita lihat siapa yang kena :

  1. Uncang Cuci Herbanika NR

 

Memastikan luka luaran Cik V lekas sihat dan luka cepat kering. dan yang paling saya jaga ialah supaya ia tak bernanah atau terdapat jangkitan kuman..eii..ngeri… saya guna uncang ni jimat-jimat sbb harganya mahal.. kalau ikut instruction, dia suruh rendam 2 uncang setiap kali guna, tapi saya terbalikkan kepada 1 uncang untuk 2 kali guna..memang masih ok dan warna nya pun masih pekat..hehehe..

2. Vitamin B-Complex Shaklee

Membantu membekalkan semua keperluan Vitamin B yang lengkap untuk keperluan tubuh sekaligus mengelakkan stress ketika menjalani tempoh post-natal dan confinement. Saya juga dapat menikmati tidur yang lena, puas dan berkualiti walau cuma sekejap-sekejap setiap sesi.. Saya ambil sebiji, satu kali sehari selepas breakfast.

3. Ostematrix – Tablet Kalsium Shaklee

Membantu membekalkan keperluan kalsium tubuh untuk diri sendiri dan bayi saya yang menyusu badan secara eksklusif. Mengelak sakit pinggang dan otot.. Saya ambil 4 biji, sekali sehari setiap malam sebelum tidur. Pinggang dan lutut tak rasa sakit-sakit, badan pun tak lenguh. Tulang baby kuat pulak tu. :)

4. Zinc Complex Shaklee

Mempercepat penyembuhan luka jahitan dan memperkuat folikel rambut saya yang sudah mula gugur, yang sedang mengalami tindakbalas hormon. Saya ambil sebiji, sekali sehari sebelummakan tengahari untuk penyerapan optimum.

5. Vitalea Shaklee – multivitamin

Mengandungi 28 vitamin lengkap, nutrisi serta zat tambahan untuk tubuh saya yang sedang melalui proses penyembuhan. Membekalkan tenaga segera dan menyokong keperluan zat besi saya yang telah banyak kehilangan darah sewaktu melahirkan.. Saya ambil sebiji, sekali sehari selepas sarapan pagi setiap hari.

6. Sustained Release Vitamin C Plus Shaklee

Mempercepat proses penyembuhan luka dalaman dan luaran saya. Bertindak menyokong sistem imun saya dan Iman Nasuha yang menyusu badan penuh selama tempoh berpantang 40 hari. :) Saya ambil sebiji, sekali sehari selepas lunch.

7. Energizing Soy Protein Shaklee

ESP – Energy Soy Protein. Membekalkan tenaga berpanjangan sepanjang tempoh berpantang. Setiap 2 jam bangun menyusukan si kecil dan masih mampu mengepam cik B yang selalu cepat bengkak tengah-tengah malam. Jumlah stok EBM yang berjaya saya kumpul 2 bulan bercuti mencecah lebih 500 oz tau!

8. Alfalfa Complex Shaklee

Saya ambil tablet alfalfa ni lebih kurang selepas 20 hari pantang.. Membantu meningkatkan penghasilan susu, melawaskan dan menjalankan fungsi detoks. Berat badan saya juga cepat beransur turun daripada 57kg ke 45 kg.. saya tak pernah sangka dan tak pernah bayangkan saya dapat semula berat semasa zaman belajar dulu.. sekarang jangan tanya lah, sebab berkat pengambilan vitamin detox raja segala tumbuhan yang satu ni, kg saya cuma tinggal 41 kg saje.. :)

9. Sabun DHIA NR

277

Saya guna dua ketul sabun ni.. memang best! ada lumut-lumut dan pasir so boleh buat mcm lulur.. Menanggalkan kekotoran dan daki pada seluruh badan yang sentiasa berlumur dengan minyak urut dan minyak bengkung..

10. Minyak Herbanika (purple)

198

Yang ini saya guna setiap kali masa berurut dan sapu dekat perut sebelum lilit dengan bengkung.. Minyak urut dan bengkung dengan aroma yang saya suka sangat-sangat!

Mak bidan pencen yang urut saya tu mulut dia memang pot pet pot pet.. tapi yang saya suka adalah, dia berkongsi tips yang sangat banyak.. FREE CONSULTATION yang saya dapat bersekali dengan pakej berurut, bertungku, dan mandi baby.. Part ni memang saya teruja sangat sebab sejak Iman Nasuha balik rumah atuk dia, setiap kali mandi mesti menangis kuat bukan main.. tapi, sekali mak nab urut tunjuk skills dia, terus tak berbunyi lansung si kenit ni..memang powerrr.. katanya, baby kalau nangis masa mandi, 2 sebab je samada air terlalu sejuk atau terlebih suam.. :) habis urut tiga hari, abi dengan begitu pakar dah boleh mandikan Iman sambil letak video rakaman kat sebelah.. ni limited edition tau!

Maknab suruh cari minyak ni, dia kata aroma dia lagi best dan lagi mujarab!

22

Saya dah ada minyak yang satu tu, so yang ini mungkin nanti-nanti anda boleh cuba!

REVIEW :

Saya sangat-sangat berpuas hati dengan SET LENGKAP BERPANTANG SHAKLEE dan SET BERPANTANG LUARAN NONA ROGUY yang saya ambil semasa berpantang kali ini. Saya bertekad untuk setia dengan set ini untuk kehamilan dan proses berpantang akan datang juga! Semoga sedikit sebanyak akan dapat membantu untuk beri sedikit sebanyak input atau sebagai testimoni untuk bakal-bakal ibu di luar sana yang ingin menikmati 40 atau 44 hari tempoh berpantang dengan senyuman dan keterujaan.. :)

For me, I really love it!

Ada rasa teringin nak cuba?

Ya, anda juga boleh dapatkan SET BERSALIN & BERPANTANG SHAKLEE yang ohsem beserta konsultasi eksklusif daripada saya untuk kelahiran akan datang.

Set Berpantang Premium Shaklee

 

 

 

 

 

Pengedar sah Shaklee seluruh Malaysia

COD sekitar Kajang, Bangi, Cyberjaya dan Putrajaya

Nusaybah Anuwar 019-3832656

3,006 total views, 3 views today

2 Thoughts on “PENGALAMAN PERTAMA BERPANTANG DENGAN SET BERSALIN YANG LENGKAP DAN TERBAIK

  1. Pingback: Kepentingan berpantang selepas bersalin | Nasuha Vita Life

  2. Pingback: PANDUAN BERPANTANG SENDIRI TANPA MAK | Life is a Story

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation