PENGALAMAN PERTAMA MINUM AIR GULA UNTUK UJIAN MGTT MASA MENGANDUNG

Apakah dia Ujian MGTT?

Pertama kali jugak sebenarnya saya dengar istilah ni. Selalunya biasa sebut minum air gula minum air gula jee.

MGGT atau (Modified glucose Tolerance Test) adalah satu prosedur yang melibatkan ibu-ibu mengandung untuk ujian mengesan bacaan gula dalam darah ibu. Mereka akan diminta untuk berpuasa pada malam sebelumnya (sekurang-kurangnnya 8-10 jam sebelum appointment di klinik hari esok)

Pagi esoknya, sebelum jam 8 pagi darah kira-kira 2-3 ml akan diambil buat pertama kali untuk dibuat ujian kandungan glukosa.

Prosedur pengujian ni dipanggil FBS (Fasting Blood Sugar) – Bacaan pertama diambil pada sampel darah masa kita mula-mula sampai di klinik. Bacaan Normal : 3.5 mmol/L – 5.5 mmol/L

2 Jam selepas minum glukos – Bacaan yang diambil pada sampel darah selepas 2 jam ibu hamil minum air glukos/air gula. Bacaan Normal : di bawah 7.8 mmol/L

Kenapa kena minum air gula ?

Tujuan minum air gula ni sebenarnya adalah untuk menguji samada insulin dalam badan ibu dapat berfungsi menjalankan tugasnya dengan baik atau tidak bila kita makan. Ingat kan, setiap makanan yang kita makan tu akan ditukarkan menjadi gula = tenaga.

Jadi, dalam prosedur ini air gula yang digunakan tu bertindak sebagai makanan yang ibu makan.

Sperti yang diketahui, diabetes terjadi disebabkan oleh kegagalan pankreas menghasilkan hormon insulin yang mencukupi. Insulin bertindak mengawal jumlah gula dalam darah dan membolehkan badan kita menyimpan gula yang berlebihan dan tidak diperlukan untuk menghasilkan tenaga.

Badan ibu perlu menghasilkan insulin tambahan untuk memenuhi keperluan bayi semasa sedang hamil, terutamanya bermula kira-kira bulan kelima usia kehamilan di mana ketika ini tumbesaran bayi sedang berlaku dengan pesat. Jika badan ibu tidak dapat menyaingi perkembangan ini, ibu mungkin akan menghidap gestational diabetis mellitus (GDM).

Bayi kita memerlukan gula dalam bentuk glukosa untuk membantunya membesar, tetapi terlalu banyak gula pula boleh menyebabkan saiznya lebih besar daripada yang sepatutnya, terutamanya di bahagian bahu, dada dan abdomen yang akan menyukarkan prose kelahiran secara normal.

Sekitar 2-14 % wanita hamil menghidap GDM di mana ibu akan dinasihatkan untuk mengikuti diet yang sihat dan bersenam bagi mengelakkan terjadinya kes mereka-mereka ini terpaksa menyuntik diri mereka sendiri dengan insulin untuk mengawal penyakit ini daripada menjadi lebih kronik.

Pengalaman Sendiri

Al-kisahnya pregnancy yang keempat ni, akak dah kerek sikit. Masuk bulan keempat jadi makyong barulah terhegeh-hegeh nak buat buku pink. Kalini buat kesekian kali, saya masih juga memilih Dr.Khamsiah, gynae kesayangan di An-Nur as someone yang ada authority untuk belek-belek perut comel ku ini.

Tak ada orang suruh pun sebenarnya buat ujian MGTT ni tapi saya yang nak buat. Masa isi buku rekod kesihatan ibu dan family tu ada tambahan info dekat column father – remarksnya diabetic. Hak ah, lebih kurang setahun yang lepas abah baru dapat kencing manis.

Gara-gara ku rasa berat sangat banyak naik kalini. Cuma tak sure bahawasanya memang berat yang betul-betul banyak naik atau saya sendiri yang tak perasan berapa KG sebenarnya berat saya sebelum dapat tau positive pregnant.

Punyalah kalut bila tau nak kena minum air gula ni. Padahal diri sendiri yang menyerah dekat doktor kata saya nak buat test gula. hehehe. Biarlah menyerah diri pun. Kalau dah memang tak ada masalah, kompem terlepas punya. Tapi kalau sangkut, so at least kita dah tau awal dan boleh lebih berhati-hati dengan pemakanan masa mengadung ni kan.

Banyak petua dan tips yang saya dapat daripada kawan-kawan yang dah ada pengalaman minum air gula yang mengerikan ni. Antaranya :

  1. Kena puasa betul-betul, jangan sesekali cuba-cuba nak mengelat
  2. Minum air tu sekaligus je (seteguk) je, jangan berhenti-berhenti nanti lagi rasa nak muntah
  3. Jangan makan apa-apa pun benda manis malam sebelum nak puasa tu. Buah pun elakkan.

Lagi satu diorang kata, takyah takut laaa sebab kalau dekat Swasta, air gula nya tu sedap, ada flavour :)

kencing manis masa mengandung minum air gula masa mengandung

Dannn… jangan tak tau, memang semua tips tu saya praktikkan habis-habisan tanpa ragu-ragu. Kebetulan rumah kami memang dah lama stop gula putih dan hanya guna beras Faiza yang diabetic tu je sekarang. Bolehlah saya makan nasi dengan gembiranya malam sebelum kena puasa tu. Punyalah takut termuntah balik dan kena minum lagi sekali kann.

So far memang benar bagai dikata, perjalanan minum air gula dan checkup hari tu memang berjalan lancar sangat. Sikit pun takde rasa nak muntah atau pening-pening. Tambah happy bila dapat tengok gender baby dengan jelas masa buat ultrasound. :)

Makanya, sebelum balik haritu doktor kata “Nusaybah, untuk result MGTT ni nanti klinik akan call bagitau samada sangkut ke tak dalam 3 hari waktu bekerja. Yang lain-lain semua OK.”

Berat saya takde naik banyak pun actually. After 5 weeks gap dengan last checkup berat saya naik about 1.5 kg je which is doktor kata normal. :)

Mungkin jugak saya je yang syok sendiri konon-konon berat naik berganda-ganda preggy kalini sedangkan memang lansung tak timbang pun lepas dapat tau preggy tu. Kebetulan lepas je adik genap 2 tahun memang saya dah stop pam susu sebelum tu, so maybe jugaklah dah ada kenaikan yang saya taktau. Ameen harap begitulah.

Vitamins macam biasa, doktor tak bagi apa-apa dekat saya sebab dia tahu yang saya pengamal Shaklee. Tak payah top-up apa-apa dah vitamin klinik pun dia OK je sebab so far selama ni memang bacaan semua cun melecunnnss :) Sempat dia bergurau kata, “wah, vitamin mahal tu. OK boleh continue” :) :) :)

Vitalea untuk hB, B-Complex untuk asid folik dan saraf emosi, ESP untuk bekalan protein, ostematrix untuk kalsium, vitamin C untuk imun dan salur darah dan omega guard untuk baby punya eyes and brain memang just the best untuk saya terus makan sampai final trimester dan sehinggalah hari bersalin nanti. Walaupun dah masuk kali ketiga dan tahun keempat, masih rasa besttt sangat makan vitamin-vitamin ni.

Boleh hubungi saya melalui no telefon tertera untuk medapatkan Set Ibu Hamil Shaklee ini atau klik je ikon kat bawah :

set mengandung shaklee

Debaran checkup berakhir dengan senyuman dan kelaparan. Dah dapat result test nanti saya share lagi sini yea! Tungguuuuuu….

Untuk cadangan, pertanyaan atau konsultasi berkenaan produk Shaklee boleh hubungi saya.

Pengedar sah Shaklee seluruh Malaysia – Nusaybah Anuwar 019-3823656

COD available sekitar Kajang dan Bangi serta Penghantaran melalui pos ke seluruh kawasan menggunakan kurier terpilih.

5,492 total views, 2 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation