PENGALAMAN IBU MENJAGA ANAK HFMD

Assalamualaikum w.b.t buat pembaca farmasimaya.com sekalian. Semoga awak-awak dan seisi keluarga semua berkeadaan sihat walafiat sentiasa. Hermm not bad jugak bila tiba-tiba celik mata ambik henpon untuk create new blog entry. Puas betul rasanya tidur malam tadi lepas dah 4 malam jadi zombi tidur sambil berdiri.

ehmmmm… Rasa lain macam pulak intro kalini.

Agak-agaknya kenapa lah saya tak dapat tidur yang berkualiti beberapa hari lepas ye?

Sebab anak. Lebih tepat lagi anak-anak syurga. Yang melalui mereka Allah kirimkan ujian dan jaminan pahala buat saya.

Throwback balik empat hari lepas bila saya sedikit cuak dengan WhatsApp dari seorang ibu dari Group parents taska Nasuha dan Sufi yang memaklumkan anaknya berumur setahun lebih disahkan hfmd. Berderau darah saya mengenangkan adik Ain Sufi yang ketika itu baru masuk hari ke-5 diletakkan di bawah jagaan taska. Walau bukan dalam kategori newborn, dia paling muda dan kecil jika dibandingkan dengan rakan-rakannya yang lain.

Ada juga berbunyi dua tiga officemate yang minta saya ambil adik Ain secepatnya hari ini, nak mengelak jangkitan sebab dikatakan penyakit yang satu ni sangat mudah menular. Tapi, saya cool, lagi berapa jam saje pun dah nak habis time kerja.

Petang, balik dari pejabat. Saya sedikit lewat kerana melangsaikan tanggugjawab kepada customer tersayang.

Saya ambil kakak Nasuha di taska, diikuti dengan adik Ain yang diletakkan di taska berasingan kerana berbeza kategori umur. Macam biasa, saya rangkul adik dan cium-cium si bulat itu beberapa kali sebaik bertukar tangan dengan sister yang mengasuh. Sebelum kembali ke kereta, saya sempat bertanya :

“eh nak tanya, dekat sini ada budak yang kena HFMD ye?”

“Ye Puan, ada.tapi budak tu tak datang taska hari ni”

“Oh ok. terima kasih ya!”

Itu sahaja. Pendek dan padat.

Sebaik sampai di rumah, saya sambung tilik-tilik mulut, badan dan kaki adik semua. Tersenyum. Tak ada sign. Lega. Adik Ain Sufi pun macam biasa jugaklah, ceria dan memanjang nak ajak orang bersembang dengan dia.

Tengah malamnya saya tersedar bila tiba-tiba tubuh adik panas. Sekali lagi, panas, bukan suam. Panas yang teramat. Bukan sikit-sikit. Rasa macam woww berbahang kulit belakang tangan saya ni bila jamah kepala dan telapak tangan adik yang bersentuhan dengan saya semasa menyusu. Cepat-cepat saya tepuk abi yang sedang nyenyak lenanya. ” Abi, adik demam! ”

Saya sedikit panik. Pertama kali adik demam. Tiba-tiba panas begini. Hari Sabtu 9/9/2015 genap umurnya masuk 4 bulan. Demam beralih bulan kah si jantung hati saya ni???

Apakah dia HFMD ?

Juga dikenali sebagai Hand, Foot and Mouth Disease – Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut.

Simptom penyakit :

  • penghidap mengalami demam panas secara tiba-tiba dengan suhu yang agak tinggi
  • penghidap menjadi seorang yang cukup cerewet dan sering menangis tanpa sebab yang nyata
  • air liurnya meleleh dan dia tidak berselera untuk makan serta minum
  • ruam bersama lepuh terdapat di tangan, kaki dan di kawasan lampin

Keadaan-keadaan tersebut merupakan gejala-gejala biasa bagi masalah seperti sakit kerongkong, mahu tumbuh gigi dan juga jangkitan telinga. Walaubagaimanapun, salah satu daripada kumpulan simptom ini yang biasanya terlepas pandang iaitu ulser di sekitar mulut, merupakan antara tanda utama penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).

Dalam keadaan cuaca semasa yang panas dan kering, bibir melepuh mungkin disilap tafsir sebagai kesan kekurangan air, sekali gus menyebabkan segelintir ibu bapa memandang ringan tanda-tanda berkenaan. Keduanya memang kelihatan seakan sama tetapi ia sebenarnya penyakit yang sangat berbeza!

Penyakit HFM boleh menjangkiti mana-mana kanak-kanak dan di mana saja tanpa mengira kawasan geografi. “Kanak-kanak yang berumur di bawah lima tahun amat mudah dijangkiti penyakit ini di mana, ia juga boleh menjangkiti sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat usia. Penyakit ini juga biasanya menjangkiti kanak-kanak yang berumur di antara dua minggu hingga tiga tahun.

Ini kerana kanak-kanak mempunyai daya tahan badan yang lemah dan mudah dijangkiti berbanding orang dewasa. Namun, ini tidak bermakna, orang dewasa kalis HFMD apatah lagi jika mereka mempunyai sistem imun yang tidak kuat.

Pakar Runding Pediatrik (kanak-kanak), Hospital Pakar Perdana, Kota Bharu, Kelantan, Dr. Mazidah Abd. Rasid berkata :

HFMD adalah sejenis jangkitan virus yang disebabkan oleh beberapa kumpulan virus termasuklah enterovirus. “Jangkitan ini menyebabkan timbulnya ruam berserta lepuh di tekak, tonsil, tangan (tapak tangan), kaki (pada tapak kaki) dan di sekitar kawasan lampin. Biasanya penyakit ini hanya sekadar sakit ringan dan ruam yang timbul itu akan hilang dalam tempoh lima hingga tujuh hari.

Terdapat beberapa jenis virus yang menyebabkan HFMD dengan virus yang biasa adalah Coxsackie A16, yang mencetuskan endemik di Malaysia dan biasanya berlaku pada tahap yang sederhana.

Kadangkala, terdapat jenis kuman virus lain seperti virus coxsackie A atau enterovirus 71 yang boleh mencetuskan penyakit ini. Virus Coxsackie merupakan salah satu jenis virus yang terdapat di dalam kelompok virus yang dikenali sebagai enterovirus seperti virus polio, virus coxsackie dan echovirus. HFMD merupakan penyakit berjangkit sederhana.

Ia merebak melalui sentuhan langsung dengan lelehan yang keluar daripada hidung dan tekak atau najis mereka yang telah dijangkiti kuman ini. Penyakit ini amat mudah berjangkit pada minggu pertama pesakit menghidapinya. Ia tidak boleh merebak kepada atau daripada binatang.

Eh… saya kena stop dulu sini sekejap.. adik panggil tu.

Nanti saya sambung. Will be right back. Tunggguuuuu!!!

:) :) :) :) :)

 Jangan mara aaaaaa….

1,482 total views, 6 views today

2 Thoughts on “PENGALAMAN IBU MENJAGA ANAK HFMD

  1. Pingback: ANAK SELALU TAK SIHAT DEMAM BATUK SELSEMA | Life is a Story

  2. Pingback: CARA MENGATASI ROTAVIRUS ELAK BERJANGKIT | Life is a Story

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation