PENGALAMAN IBU MENJAGA ANAK HFMD PART 2

OK.

Harini kita sambung balik entry yang tak sempat habis dengan sempurna.

Now kita flashback semula apa yang dah terjadi pada adik baby saya.

Jumaat Petang, 3.40 PM.

Saya terima beberapa makluman melalui WhatsApp Parents Group Taska tentang beberapa orang anak yang telah disahkan positif HFMD.

Hati rasa sedikit goyang bila terkenangkan adik yang pada waktu itu baru genap 4 hari dalam jagaan Taska. Sebelum ni, atuk yang jaga adik sepeninggalan ibu ke tempat kerja. Tapi, perjanjiannya cuma sebulan.

Tengah malam semasa tersedar tika ingin menyusukan adik, saya sedikit panik apabila tapak tangan, kepala dan badannya panas. Sangat panas. Belum pernah dia begini. Adik demam!! Saya kejutkan abi dan kami jerlum kepala adik dengan air. Saya basahkan kain dan lap sekitar tubuhnya. Adik mula tak senang duduk, tak lena tidur dan menangis!

Sabtu, 5.00 AM

Adik agak pasif. Suhu badan masih panas. Saya akhirnya akur dan beri adik ubat demam kerana suhunya agak membimbangkan. Tak turun-turun. Rasa macam nak melecur bila sentuh. Panas sungguh! Buah hati ibu tak seperti biasa sepanjang hari ni. Semua serba tak kena. Tidur sekejap-sekejap. Asyik mahu didakap.

Ahad Pagi. 10.30 AM.

Adik tak henti-henti menangis, merengek, reject feeding dan sentiasa mahu didukung walaupun suhunya sudah turun menjunam. Demam lansung tiada.

Tiba-tiba, saya terlihat sesuatu.

20150111 hfmd1 20150111 hfmd2

Blisters!

Sebaik sahaja saya notice ade signs of HFMD di area sekitar bibir dan mulut adik, kami decide nak bawa adik ke klinik untuk pengesahan seseorang yang lebih pakar.

Saya cuba tilik dalam mulut adik, mencari-cari kewujudan ulser yang dikatakan sangat sinonim dengan Hand, Foot and Mouth Disease. Tapi tiada.

Melalui pembacaan saya, dikatakan selepas seseorang itu dijangkiti kuman dan virus ini, tempoh pengeramannya adalah di antara dua hingga enam hari. Menurut rakan-rakan ibu lain yang pernah berkongsi tentang HFMD, gejala seperti demam dan ketidakselesaan pada mulut biasanya akan hilang pada hari ketiga atau keempat. Ulser mulut akan hilang pada hari kelima hingga ketujuh tetapi lepuh dan bintik-bintik merah di tangan, kaki akan hanya hilang dalam tempoh 10 hari.

Kesian adik. Belum pun mencecah 4 bulan.

After all, dua kali kami ke klinik. Dua kali.

Untuk dapatkan second and third opinion.

1st opinion dah dapat awal-awal lagi daripada doktor online, pembacaaan sendiri dan pengalaman live rakan-rakan ibu lain yang pernah mengalami.

Memang Confirmed. Sinonim dengan bayi dan kanak-kanak dan ia sangat mudah berjangkit,

Walaupun ubat yang diberi berbeza, tapi advice dan butir nasihat yang kami dapat sama.

  • Tiada ubat spesifik. Akan sembuh sendiri.
  • Perlu pengasingan – kuarantin. sama seperti campak.
  • Terdapat kemungkinan berlakunya sawan berikutan suhu demam panas yang terlalu tinggi
  • Boleh menyebabkan komplikasi kekeringan air dalam badan (dehidrasi) apabila ulser di mulut menyebabkan anak tidak makan dan minum
  • Kebiasaannya ia akan sembuh dalam tempoh sekitar seminggu

Cuma komplikasi ini yang agak membimbangkan saya kerana adik tak mahu menyusu. Kata doktor lagi, jika adik lansung tak mahu menyusu, saya boleh gunakan alternatif lain seperti cup feeding atau cringe. Kena paksa juga macam nak beri makan ubat. Jika tidak, kena admit di hospital. Tak ada pilihan lagi. Kena monitor pampers juga. Kalau adik reject feeding, pampers kering, itu tandanya dia dah dehydrate.

Saya risau. Doktor bagi ubat spray untuk buat mulut adik kebas. Untuk bantu adik telan susu kerana ulser adik ada di kawasan yang dekat dengan kerongkong. Bukan di kawasan gusi dan permukaan mulut atau lidah.

Virus enterovirus boleh menyerang sistem saraf, otak dan jantung mangsa menyebabkan radang otak meningitis dan inflamasi serta keradangan otot jantung. Kesemua kebarangkalian berkenaan komplikasi ini harus sentiasa dipantau kerana ia sangat berbahaya dan boleh membawa maut.

Lagi details tentang penyakit HFMD. Klik SINI

Apa yang kami buat untuk bantu adik ?

Antara rawatan di rumah yang saya buat untuk bantu adik Ain Sufi melalui HFMD dan menghidari kakak Nasuha daripada jangkitan:

  1. Mandikan dengan bancuhan air garam laut mati. (saya beli di cosway). Rendam adik selama 5-10 minit dan bilasan terakhir juga dengan bancuhan air garam yang telah diasingkan.
  2. Sapuan krim serbaguna Herbal Blend Shaklee pada kawasan sekitar yang terkena jangkitan dan terdapat blister supaya tidak berasa gatal atau meninggalkan parut. Sangat Mujarab! Lagi kisah tentang Herbal Blend klik SINI
  3. Jaga kebersihan kawasan permainan anak – cuci barangan yang digunakan, permainan dan bilik air selepas digunakan
  4. Spray ubat ulser relief (bebas alkohol) untuk memberi rasa kebas
  5. Menyusukan adik dengan lebih kerap

Sekiranya anak dah start solid, berikan makanan seperti sup atau bubur yang mudah ditelan memandangkan pada ketika ini mulutnya sedang sakit.

Pastikan juga anak minum air elektrolit seperti performance drink supaya tidak berlaku dehidrasi.

Saya turut mandikan kakak dengan air garam. Petua ini saya dapat daripada Maknah, owner Taska Al-Humaira yang sejak dulu selalu berkongsi parenting tips buat kami, ibu bapa muda. Muda ke?? :)

Salah satu sebab saya masih setia dengan Maknah sehingga anak kedua ini. Saya sangat suka dengan cara dan prektis yang digunakan di taska budak-budak ni. Termasuklah amalan minum minyak zaitun dan suap makan sendiri sejak umur setahun. Also no televisyen, nak tengok kartun kat rumah mak pak masing-masing.

Disebabkan Ain Sufi baru berusia 4 bulan dan masih menyusu badan penuh, saya mengamalkan pengambilan suplemen seperti omega-guard, zink, garlic, vitamin C dan kapsul habbatus sauda agar nutrisi yang terkandung dalam susu ibu tersebut dapat disalurkan kepada adik untuk membantu sistem pertahanan tubuhnya membentuk antibodi.

Dan yang saya paaaaling suka ialah nutriferon – penggalak imun pertama di dunia, dicipta oleh pakar imunologi, Dr.Yasuhito Kojima.

Selain itu, saya bersihkan lantai rumah dan bilik air dengan lebih kerap, bilas baju dan mainan anak-anak dengan Basic-H Shaklee yang dicairkan.

Alhamdulillah, adik getting better. Seingat saya, cuma sekali saya beri adik ubat demam kerana waktu itu suhu adik sangat panas.

Speedy recovery! Syukur..syukurr…

And..satu lagi yang buat saya benar-benar lega ialah…

Kakak Nasuha terhindar dari jangkitan wabak yang dikatakan sangat mudah menular ini. Dia tidak berjangkit dengan adik, walau setiap hari peluk cium adik dan terkena air liur adik yang tak sudah-sudah meleleh sampai hari ini pun. :)

Pengalaman betul kali ni. Pengalaman pertama buat kami sebab sejak lahir Iman Nasuha belum pernah terjebak dengan penyakit seumpama ini. Sekalipun chicken-pox atau campak. Calamine lotion yang ada pun sebab ruam panas.

Mencemaskan tapi saya suka! :)

Semoga sedikit perkongsian saya ini boleh membantu rakan-rakan ibu di luar yang menghadapi ujian yang sama!

Semoga ketemu lagi di lain entry. Daaaaa…. :) :) :)

4,190 total views, 4 views today

One Thought on “PENGALAMAN IBU MENJAGA ANAK HFMD PART 2

  1. Pingback: CARA MENGATASI ROTAVIRUS ELAK BERJANGKIT | Life is a Story

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation