PENGALAMAN EMERGENCY CAESAREAN, TAK PERNAH TERLINTAS AKAN LALUI SITUASI INI!

Sakit tak bersalin CZER?

Mana lagi sakit dengan bersalin normal?

Kalau tanya Kak Ebah, dua-dua pun sakit, cuma sakit dengan cara berbeza.

Sakit bersalin ni, tak ada sesiapa pun boleh escape. Siapa kata tak sakit, dia tipu.

Normal atau kena bedah, tidak sedikit pun merendahkan martabat seorang ibu. Kedua-duanya pun bertarung nyawa antara hidup dan mati.

APRIL, bulan kesedaran cesarean sedunia.

Kalau dulu, pernah terdetik dalam hati, “Janganlah aku yang kena”, tapiii Allah Maha Tahu. Dia bagi Kak Ebah rasa sendiri pengalaman tu. Allahuakbar.

Dah lama simpan cerita ni. Belum pernah lagi tulis untuk orang baca. Daripada masa kat dalam wad dulu lagi duk rasa nak tulis, tapi belum tertulis juga.

Hari ini, beliau pun dah hampir setahun umurnya.

Kisah bersalin anak nombor tiga

25 Ramadhan, 38 weeks pregnancy

Pagi Selasa tu, bangun sahur macam biasa, minum mighty 3 gems, bersiap nak pergi kerja macam biasa. Habis episod pekik anak dara dua orang yang kalau tak main air masa mandi, mesti berebut ubat gigi. Siap semua, masuk kereta nak pergi kerja pun macam biasa.

Hantar 2 beradik tu pergi sekolah, then kami teruskan perjalanan route biasa, menuju ke Cyberjaya. Memang tak drive sendiri, sejak mengandung sulung terus dapat pak supir yang angkut pergi balik office hari-hari.

Masa tengah laju di laluan kontra, ada rasa sakit sikit-sikit. “Rasa macam dah start contraction la abi”, makyung buka mulut dalam senget-senget duk kontrol sakit. Sakit yang bukan biashe-biashe.

Sampai office, salam kawan-kawan geng bawang semua, angkut kerepek, tart nenas dan kuah kacang instant yang dah siap beratur nak bawa balik. Lagi berapa hari je kot nak raya.

Sambil peluk cium maaf zahir batin tu sempatlah menangis 2-3 round. Takut kot. Tak dapat imagine situation dalam labor room sekejap lagi macam mana.

Sampai hospital An-Nur pukul 9 lebih, masa tu dah 3cm dilated. Abi kata, sebelum tengahari ni keluar lah anak jantan. Paling lambat pun, lepas Zohor. Senang je dia mencongak, sebab dah anak nombor 3 katanya.

Lansung tak terfikir nak berbuka sebab tak sedar pun tengah puasa. Memang tak ada rasa letih atau lapar sikit pun. Perasaan takut dan berdebar mengatasi semua yang lain.

Kusangka panas hingga ke petang, rupanya tengahari pun mendung aja tak hujan-hujan…

Seharian tahan sakit contraction, orang pun dah habis 8 jam kerja, baby belum juga dapat keluar. Poor progress. Dah pukul 5 petang, bukaan baru sekitar 5-6 cm. Bacaan CTG dah tak cun. Heartbeat baby dah drop, doktor start suggest emergency ceaser.

Meraung dalam labour room tak sudi nak masuk operation theatre. Tapi tetap akur sign surat setuju sambil menangis. Sakit contraction masih menggila, lagi sakit membayangkan apa yang baby tengah tanggung masa tu.

Fetal distress. Indicating the fetus is not well, uncommon complication of labor yang jadi bila baby tak dapat oksigen yang cukup. Doktor kata, “awak mungkin boleh bertahan, tapi baby kat dalam belum tentu lagi”

Terketar-ketar dalam bilik operation tahan sejuk. Kiri kanan paut tangan nurse minta kesian. Kemain azab nak cucuk spinal bius dengan contraction yang datang tak sampai 5 minit sekali. Memang tak dapat lupa momen dan keadaan saya masa tu.

Long story cut short, jam 5.36 petang, keluarlah hero yang dinanti. Mujur menangis elok walaupun dah biru sikit masa tu. Sempat aku jeling budak 3.3kg tu dibawa keluar dari OT.

Sekelip mata je rasa semua berlaku. Tau-tau perut dah kempis. Dari pinggang ke kaki dah tak rasa apa-apa.

Happy April Cesarean Awareness Month
Tiba-tiba terobek.

Bila tengok botol Vivix ni, lagilah syahdu terus membayangkan how blessed I am to fall in love with this brand.

vivix untuk berpantang czer

#lovescar #thirdborn #mybirthstory
#myoneandonly #makanakempat
#kisahbersalinkakebah #cesareanawaressmonth

63 total views, 3 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation