PENGALAMAN DIJANGKITI VIRUS DENGGI SAMPAI 11 BOTOL DRIP AIR

Pagi tadi berderau darah dengar berita di radio pasal kes denggi yang makin menjadi-jadi. Sana-sini nampak ada je asap forging dekat kawasan rumah saya ni pun. Antara langkah-langkah menghalang pembiakan naymuk Aedes yang diambil oleh pihak Kementerian Kesihatan.

Pengalaman sendiri sebagai Pesakit Demam Denggi

Teringat kisah 5 tahun dulu, pengalaman saya sendiri terkena jangkitan virus denggi. Masa tu berstatus tunangan orang. Baru lepas dating makan lunch sesama tengahari tu, tetiba malamnya dah kena demam panas. Memang lansung tak sangka sebab siang hari tu memang elok je, sihat walafiat. Aish, takkan demam rindu kot!

Demam yang tiba-tiba datang mengejut yang panasnya tahap boleh terasa nafas yang berhaba bila menghembus. Nak telan air liur pun takboleh sebab tekak sakit, rasa payau je. Macam-macam mama masak tak jalan jugak. Sup ketam yang selama ni favourite pun tak selera nak telan. Dengan sakit kepala yang berdenyut-denyut dahsyat, sendi yang sengal-sengal, loya muntah segala. Memang lemah dan lembik.

Sedikit info tentang Demam Denggi :

  • Kebiasaannya demam akan terjadi pada hari ketiga hingga ke 14 selepas digigit oleh nyamuk yang dijangkiti, kebiasaannya di antara 4 hingga 7 hari.
  • Selalunya ia akan bermula dengan demam kuat yang mengejut, sakit kepala yang teruk/kuat, sakit pada bahagian belakang mata serta otot-otot dan sendi-sendi serta ruam merah di kulit juga.
  • Demam ini boleh mencapai suhu 40 – 41 C, dan selalunya akan berlarutan selama 2 hingga 7 hari. Ia juga boleh menyebabkan serangan sawan dikalangan kanak-kanak di bawah umur 6 tahun. Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot dan sendi-sendi. Juga dikenali sebagai “breakbone fever”.
  • Ruam selalunya akan tumbuh pada hari ke 3 dan 4 selepas bermulanya demam selain muntah dan kurang selera makan.

Sumber : http://www.myhealth.gov.my

Saya bertahan 3 hari kat rumah sebab masa tu saya tengah dalam exam nak confirm jawatan dekat company. Tahun 2010. Kepala berat, sakit sana-sini. Badan tak ada tenaga lansung sebab nak makan tak ada selera. Study sambil baring, meniarap, terlentang. Terpaksa mintak tolong adik bacakan nota. Kerisauan melanda sebab lansung tak dapat prepare untuk menghadap paper. Yes, tak proper, tapi saya terpaksa.

Pagi-pagi sebelum start exam mkn ubat dulu. Siap pakai sweater sebab tak tahan sejuk walopun exam hall taklah sejuk mana pun. Buat apa yang mampu je sebab masa tu fikir kalo terus surrender tak amik exam lansung kompem lambat confirm sebab kena re-sit semula dengan batch lain yang entah bila. Menggigil-gigil menulis jawapan. Dahlah semua subjektif. So tawakkal je buat. Jawab pun sekadar yang boleh sebab ngam-ngam lps abis exam suhu badan panas balik. Dengan perut kosongnye. Yelah, bukannya makan sangat.

Betul. Menyedihkan sungguh bila fikir balik. Tapi entah kenapa rasa kuat masa tu. Jiwa yang kuat, walau fizikally memang saya sakit teruk. Yes, cuma demam denggi, tapi seriously ia sangat menyakitkan. Siapa yang pernah kena dan rasa dia akan tau betapa siksa nya menjadi mangsa denggi. Saya sendiri taktau dari mana datang kekuatan tu. Mujur ada kawan-kawan yang baik hati, hantar nota-nota handout daripada kelas tambahan free yang Training Officer buat untuk soalan-soalan target.

After last paper, terus saya serah diri dekat Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah sebab memang dah boleh agak akan kena tahan. Platlet memang dah drop teruk and klinik memang dah suruh refer ke hospital. Immediately doktor masukkan drip air dekat bilik emergency sementara tunggu wad ready untuk saya check-in masuk. Memang masa tu saya dah takleh berdiri lama sebab lutut lembik rasa nak jatuh terkulai ke lantai je. Flat habis.

Di hospital, saya asyik tidur dan tidur. Itu saja yang saya mampu buat. Saya tak boleh bergerak sangat, bukan sebab tak larat tapi sebab ada tiub wayar yang terlekat di tangan. Solat sambil duduk atas kerusi.

Apa saja makanan yang mama bawak, saya cuma mampu makan semulut-dua. Termasuklah sup ketam yang selama ini jadi all time favourite. Ada ketikanya saya bawak saja botol air dah tiang besi tu bersama ke toilet. Mujur tak jauh, cuma di depan katil saya je. Masa tu berkongsi bilik twinbed. Tangan saya yang sedia kecik, kurus dan langsing ni tiba-tiba boleh jadi kembung sebab terlalu banyak air yang dah masuk. Sampai saya rasa kebas dan minta nurse tukarkan drip point ke tangan sebelah lagi.

Finally, 11 botol air. 5 hari admitted. Fuh!

Bila result keluar, 1 paper je kena repeat. Dalam hati kata, mujur amik jugak exam. Kalo tak, semua paper kena amik balik sebab tak datang exam lansung. Ni atleast dah ada experience menjawab walopun kecundang sikit. Amazing sangat rasa. Dengan tak study mana pun masa tu. Kalau tak, mesti dapat straight A’s kan. Hehehe.. Memang Allah nak tolong and I do put hope on miracles yang Dia nak bagi kalau Dia mahu. Plus, masa tu memang selalu doa minta Allah ringankan rasa sakit dan beri kesembuhan. Fitrah manusia kan, bila sakit, kita akan ingat pada Pencipta lebih daripada semuanya. Nak mohon segera sembuh.

Dah 5 tahun berlalu. Saya dah jadi senior pun kat sinih. Hihihi.. Serik sangat kalau dikenang-kenang balik. Siksa betul rasanya masa tu.

Memang sampai sekarang pun belum ada ubat spesifik untuk rawatan denggi selain home remedies. Tapi.. kalaulah masa tu saya tau ada option begini…

Nak Rawat Demam Denggi Tanpa Ubat? Ini Membantu… from iReach HD on Vimeo.

Testimoni pesakit denggi yang kembali pulih hanya dalam tempoh 2 hari setelah mengambil Performance Drink, Nutriferon dan Sustained-Release Vitamin C yang terkandung dalam SET DEMAM DENGGI SHAKLEE.

Set Demam Denggi

Demam panas-suhu tinggi sehingga 41 darjah, platlet turun mendadak daripada 37 ke 31, masuk drip 8 botol air, sehingga terjadi bengkak hati dan didiagnosed pula terdapat simptom kencing tikus@leptospirosis.

Platlet naik semula perlahan-lahan, demam kebah, bertenaga, drip dicabut, keputusan kencing tikus -Ve dan mula berselera makan sampai bertambah!

Saya puas dan sangat seronok bila dapat bantu mereka-mereka yang mendapat jangkitan denggi sebegini. Kerana saya tahu betapa sakit dan siksanya mengharungi wabak dan virus nyamuk yang belum ada penawarnya yang khusus sehingga kini.

Hubungi saya SEGERA sekiranya anda berhadapan dengan masalah yang sama.

Konsultasi dan panduan pemakanan yang betul akan diberikan secara berterusan dengan PERCUMA!

Pengedar sah Shaklee di seluruh Malaysia.

COD sekitar Bangi, Cyberjaya dan Putrajaya

Nusaybah 019-3832656

1,291 total views, 4 views today

2 Thoughts on “PENGALAMAN DIJANGKITI VIRUS DENGGI SAMPAI 11 BOTOL DRIP AIR

  1. Pingback: TESTIMONI DEMAM DENGGI DENGAN VITAMIN SHAKLEE | Life is a Story

  2. Pingback: VIRUS ZIKA DAN KESAN PADA IBU MENGANDUNG | Life is a Story

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation