PENGALAMAN CABUT GIGI BONGSU : PART 2

Inilah tablet yang Kak Ebah makan selama 3 hari (last telan, tengahari kelmarin) seperti yang dicadangkan.

Anti-inflammatory cum painkiller yang recommended by dentist, tapi kena pergi beli sendiri dekat farmasi sebab klinik punya dah kehabisan stok 😂

Bengkak mulanya makin teruk, tapi as for today dah slowly berkurang tapi memang masih lagi nampak jelas pipi mengembung sebelah rahang kiri.

Rata-rata yang pernah ada pengalaman sama cabut geraham bongsu menasihatkan supaya jangan miss makan ubat on time, turutkan saja semua advice doktor.

Baikkk. Saya yang menurut perintah.

Takut uiii.

Entah kenapa dia punya ngeri kena kopak gusi tu lagi dahsyat daripada kena toreh perut masa bersalin caesar. Mungkin sebab dalam mulut punya hal, nak makan pun susah, dengan bengkak segala bla bla bla. Hilang satu nikmat dunia, tak dapat menikmati makanan dengan perut yang lapar. huwaaaaaa!!

Sejak hari pertama post tooth extraction Isnin lepas lagi dah rasa susu kurang dan makin hari makin teruk dia punya drop. Bermati-matian duk ingat sebab ubat (tapi ku telan jua) tanpa berfikir panjang or tanya siapa-siapa/google the info sebab the pain is so real.

Finally terjawab sudah petang tadi. Dihuraikan dengan panjang lebar oleh mereka yang ahli.

Crystal clear. Lega terus. Sungguh.

Memang lansung tak terfikir kemungkinan yang satu ni. Sebabnya sakit tu dah bearable bila makan ubat. Tapi rupanya, sedar tak sedar the entire body system affected bersama emosi. Tang nasihat orang pandai, bila kena kat diri sendiri kau terus lupa kesemuanya 😅😅😅

Ini antara yang bagus bila kita surround ourselves dengan circle kawan-kawan yang begini.

Beruntung sangat rasanya to be in this group. Baaaaaanyak ilmu dan pengalaman baru yang dapat. Seronok!

Dengar-dengar ramai juga yang sepatutnya kena cabut tapi masih tegar duk tahan dan simpan lama geraham paling hujung dalam mulut ni sebab belum berjaya atasi ketakutan.

Satu soalan,
Patut tak Kak Ebah teruskan share pasal wisdom tooth/teeth a.k.a geraham bongsu ni?

Ada yang nak follow?

210 total views, 1 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation