PENGALAMAN BERPANTANG DENGAN SET BERPANTANG YANG SUPER BEST – HIGHLY RECOMMENDED!

Kalau ada orang nak interview saya, memang saya sudi sangat. Seribu kali sudi. Kecil tapak tangan, dulang saya tadahkan. Tengok, terus kasi pantun. Maksudnya sangat-sangat berbesar hati nak share pengalaman yang tak seberapa ni. Yang baru 2 kali ni. Eh tapi, dulang dengan nyiru mana lagi besar ekk??

Flashback balik kisah saya. Boleh dikatakan saya tak ambil set berpantang pun lepas bersalin. Betul. Sebab, apa yang saya makan masa dalam pantang cuma vitamin-vitamin sama yang saya ambil masa mengandung jugak. Memang masih banyak yang berbaki dan saya cuma sambung makan macam biasa, takde pantang-pantang pun, takut panas ka.. takut baby kuning ka.. takde..takde..

Set berpantang ni adalah a part of vitamin yang saya memang dah amalkan sejak selepas bersalinkan anak yang sulung lagi. Kerana apa? Sebab, apa yang terkandung dalam set ini adalah vitamin-vitamin asas yang sememangnya diperlukan oleh tubuh kita setiap hari.

Waktu terbaik ambil suplemen tentunya semasa kita sihat. Untuk meningkatkan sistem pertahanan badan, untuk mengelak jangkitan penyakit, dan sekiranya tidak sihat, diambil supaya lekas sembuh.

Tambahan pula, saya waktu itu menyusukan bayi. Jadi, nutrisi yang lengkap memang sangat-sangat penting untuk disalurkan pula kepada anak saya yang menyusu badan. Kebetulan, saya sejak terjebak dengan vitamin Shaklee masa penghujung pregnancy anak pertama dulu, memang tak pernah putus stok. Al-maklum, lepas mengandung, bersalin, lepas tu menyusu, mengandung, bersalin lagi, menyusu.. Ni tengah dekat cycle kedua. hehehe..

berpantang dengan set bersalin shaklee

Mula-mula saya memang tak yakin sangat nak makan vitamin je masa berpantang. Jadi, saya belilah jugak Set Berpantang Lengkap Nona Roguy yang ada siap dengan pil phytonatal untuk ditelan. Walhal masa tu dah ada hampir separuh vitamin kalau nak proceed dengan Shaklee aje..

Google punya google, bersepah orang duk sebut pasal Shaklee. Penat nak tapis. Asyik jumpa Shaklee saje. Sudahnya saya beli jugaklah Trial Set Berpantang Shaklee. Dalam hati duk kata, “cuba jelah manatau kot OK, kalau tak best pun..takdelah rugi sangat” hehehe..

Nak tau apa yang jadi dengan tablet phytonatal saya? Tak sampai pun separuh, saya dah buat-buat lupa nak makan bersungguh-sungguh. hahaha. Teruk kan? Bukan apa, sebab saya rasa bau dan rasanya terlalu kuat sampaikan bila sendawa pun masih lekat di tekak. Plus, saya mula makan pun dah agak lewat. Kakak Iman Nasuha ada kuning pasalnya. So, doktor dan nurse larang saya dari ambil apa-apa ubat berunsurkan jamu.

Lagipun, saya memang ada standby Set Menyusu Shaklee sebagai yang mengandungi vitamin tambahan alfalfa yang juga dikatakan sebagai teman baik wanita. Untuk kesihatan dalaman katanya.

Antara fungsi vitamin yang best dalam Set Berpantang Shaklee :

B-Complex

  • Membekalkan sumber vitamin B yang diperlukan ibu dan bayi yang menyusu badan
  • Kumpulan vitamin B lengkap yang sangat penting untuk menjaga kesihatan saraf
  • Memberi tenaga kepada ibu yang sedang berpantang yang waktu tidurnya tidak menentu
  • Membantu mengelakkan ibu daripada menghadapi tekanan/meroyan
  • Meningkatkan kadar metabolisme ibu agar tidak cepat p

Vitalea (multivitamin)

  • Multivitamin terbaik yang padat dengan vitamin dan mineral yang diperlukan oleh ibu
  • Membantu ibu-ibu mendapat zat dan nutrisi yang lengkap sepanjang tempoh berpantang
  • Mengandungi zat besi yang penting untuk pembentukan sel-sel darah merah bagi menggantikan kehilangan darah yang banyak semasa bersalin
  • Membantu mengekalkan komposisi zat besi dalam susu ibu pada paras yang mencukupi untuk keperluan tumbesaran bayi
  • Memberi stamina dan tenaga untuk ibu yang perlu berjaga malam

Zinc Complex

  • Mineral yang sangat penting untuk membantu penyembuhan luka luaran dan dalaman
  • Membantu
  • Mengelakkan rambut ibu daripada gugur terlalu banyak

Vitamin C

  • Bersifat Sustained-Release – setiap 100 mg dilepaskan pada setiap jam bagi memenuhi keperluan vitamin C secara berterusan dalam tubuh ibu
  • Membina antibodi dalam badan ibu dan menyalurkannya kepada bayi melalui penyusuan susu ibu
  • Membantu menyembuhkan luka jahitan dengan lebih cepat
  • Membantu meningkatkan penyerapan vitamin C dengan lebih efektif

Ostematrix (kalsium)

  • Mengandungi kalsium yang merupakan komponen penting dalam susu ibu selain protein dan air
  • Membantu ibu mendapat rehat yang mencukupi dan tidur yang berkualiti (lebih nyenyak)
  • Melegakan otot dan saraf ibu serta mengelakkan terjadinya tekanan
  • Mengelakkan ibu daripada berasa lenguh dan sakit gigi akibat kekurangan kalsium
  • Mengandungi magnesium yang dapat membantu ibu terhindar daripada sembelit

Jom tengok apa pula kata kakak yang kononnya serik berpantang selepas bersalin anak pertama ni.

Amalan Pantang Selepas Bersalin Elak Mimpi Ngeri Sakit Sembelit from iReach HD on Vimeo.

Haaa.. sebelum ni serik. Tapi lepas dah “terkena” penangan berpantang dengan vitamin, happy pulak dia berpantang ye..

Saya pun dah rasai sendiri pengalaman berpantang dengan Set Berpantang Shaklee. After all apa yang saya boleh kata, saya memang puas hati dan ia sangat menggembirakanlah!

Dah 2 kali (baru 2 kali) saya guna Set Berpantang Shaklee sebagai peneman tempoh 40 hari saya. Tidak terkecuali semasa saya berpantang sendiri tanpa ketiadaan mama dan abah yang pergi menunaikan fardhu haji. Memang rasa tak confideng jugaklah awal-awal tu. Tapi tak sangka, saya boleh laluinya dengan baik. Yang lagi best, berat pun turun dengan sangat hebat. :) Alhamdulillah..

Lagi sebab untuk saya terus menggunakan Shaklee sebagai suplemen tambahan dalam diet seharian dan kehidupan berkeluarga saya.

Pengedar sah Shaklee seluruh Malaysia.

COD sekitar Bangi, Cyberjaya dan Putrajaya

Nusaybah Anuwar 019-3832656

1,185 total views, 1 views today

4 Thoughts on “PENGALAMAN BERPANTANG DENGAN SET BERPANTANG YANG SUPER BEST – HIGHLY RECOMMENDED!

  1. Pingback: 11 TIPS UNTUK AYAH SAMBUT KELAHIRAN ADIK BARU | Life is a Story

  2. Pingback: PANDUAN BERPANTANG SENDIRI TANPA MAK | Life is a Story

  3. Pingback: PERSIAPAN PENTING SAMBUT KELAHIRAN BAYI | Life is a Story

  4. Pingback: FAKTA TENTANG EPIDURAL SEMASA BERSALIN | Life is a Story

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation