PENGALAMAN ANAK DIJANGKITI VIRUS INFLUENZA A, BAHAYA KE ?

Akhirnya, selesai sudah episod “spring cleaning” rumahku syurgaku. Semua cadar, sarung bantal, lapik tilam termasuklah carpet kami tanggalkan dan basuh.

Seminggu lebih jugalah kami anak beranak jadi kaum nomad sekejap dalam rumah sendiri. Sekejap tidur atas, lepas tu bawah lepas tu dalam bilik, lepas tu keluar balik tidur depan ruang tamu. hahaha.

Puncanya baby Nu’man yang mula-mula nya cuma batuk, selsema dan tiba-tiba melarat sampai demam pula. Boleh tahan panasnya, masa decide pergi ke Paed tu, result suhu 39.4 degree. Terus kena sumbat ubat bontot.

Terkejut tak habis lagi ni sebab tau-tau je doktor kata boboi kena Influenza A. Bukan main cuaklah ibu dia ni masa dengar tu. Terus terbayangkan berita dalam TV pasal H1N1. Mujurlah tak melalak depan doktor masa tu.

Apa sebenarnya Influenza A ni. Betulkah bukan H1N1?

Sebelum tu, kita kenal dulu apa itu Influenza.

Ia berlaku di seluruh dunia terutamanya di kawasan beriklim sederhana. Ramai orang yang salah faham dan keliru antara influenza (flu) dengan selesema biasa.

Beza yang paling ketara, flu adalah jauh lebih serius, merbahaya serta boleh menimbulkan pelbagai komplikasi jika dibandingkan dengan selesema biasa. Ada juga kes sampai menyebabkan kematian.

Agen penyebab :

Virus influenza jenis A, B dan C.

Cara jangkitan :

Virus tersebar melalui bawaan udara terutamanya di tempat sesak dan tertutup. Jangkitan juga berlaku melalui :

  • hubungan secara langsung dengan titisan cecair yang tersebar semasa batuk dan bersin serta
  • tangan yang tercemar

Tempoh pengeraman :

1 hingga 3 hari.

Kalau di negara Barat, influenza ni berkait dengan musim sejuk di mana kes dan kematian akibat flu akan meningkat ketika musim ini.

Di Malaysia pula sebagai negara tropika, ia adalah penyakit tidak bermusim dan boleh berlaku pada sesiaapa, bila-bila masa, walaupun selalu kita dengar orang kata “anak kau selsema? Oh biasalah.. memang tengah musim ni.”

Kan kan kan?

Sempat saya sendiri tanya doktor masa follow-up ambil gas nebulizer di Megaklinik Zahran.

“Doktor, anak saya ni positif influenza A, H1N1 ke doktor?”

Kemain. Advanced sangat kan soalan. Confident itu penting. Hahaha.

Nasib lah doktor yang kami jumpa tu baik lagi budiman. Dalam senyum, dia cerita yang ada beribu-ribu jenis influenza dalam dunia ni. Virus jenis A lah penyebab utama flu pada manusia dan haiwan.

Influenza A tu yang paling biasa, paling banyak dan paling mudah berjangkit. Most probably Nu’man dijangkiti daripada orang lain. Samada daripada kawan-kawan kat taska atau kakak nombor dua dia yang baru je baik selsema. Adat jadi hero handsome, selalu ajelah kena cium-cium sampai penuh air liur atas muka. hehehe. Kesian dia.

So, bukan eh.

Tak sama dengan H1N1. Jangan nak merepek sangat duhai Nusaybah. hahaha.

Tanda dan gejala influenza ni tak sama dengan selesema biasa tapi memang sipi-sipi. Simptom flu biasanya lebih serius dan perlukan pesakit berehat daripada tugas harian dan muncul dengan tiba-tiba.

Pesakit biasanya akan menghidap demam yang tinggi, batuk, sakit kerongkong, berhingus, sakit otot dan badan, sakit kepala dan keletihan yang melampau. Gejala ini boleh juga menyebabkan kemurungan dan anak yang dijangkiti jadi pasif. Yelah, orang tengah tak sedap badan, kan.

Yang dirisaukan bab influenza ni ialah komplikasi sebenarnya. Dah namanya pun flu, influenza ni sejenis penyakit yang berkait rapat dengan saluran pernafasan. Sebab itulah antara komplikasi yang sangat kerap berlaku ialah pneumonia, atau orang kampung macam saya panggil radang paru-paru.

Inilah yang berlaku pada Nu’man. Jangkitan atau radang paru-paru.

Dia memang merengek je, sebab kesannya bukan setakat flu tapi melarat sampai ke sendi dan paru-paru sampaikan budak tu rasa tak selesa, nak senyum pun tak larat apa lagi nak main. Pity him.

Kalau dirujuk apa yang doktor beritahu, influenza ni sejenis penyakit bawaan virus. Kalau sebelumnya orang yang dijangkiti tu sihat, tabiat pemakanannya baik, tak makan banyak makanan diproses, biasanya memang dia akan pulih dengan sendirinya tanpa komplikasi.

Yang membezakan ialah sistem imun seseorang, macam mana tubuh badannya bertindakbalas.

Boleh ditingkatkan dengan pengambilan suplemen berupa immune booster dan makanan sihat. Elakkan terlalu banyak ambil paracetamol atau ubat tahan sakit kecuali mendapat saranan dari doktor yang merawat (makan hanya bila perlu).

Saya sendiri memang ambil nutriferon – interferon semulajadi untuk satu keluarga termasuklah kakak-kanaknya yang berdua tu. Adat diletakkan dalam jagaan taska, memang sentiasa terdedah dengan virus yang boleh berjangkit.

Baca : Kenapa sistem imun yang kuat sangat penting untuk tumbesaran yang sihat

Untuk Nu’man, memandangkan sistem pertahanan badan dia baru nak develop, belum kuat lagi macam kakak-kakak, ibu ikut cakap doktor untuk “ON” kan ubat antibiotik dan anti-viral selama 5 hari.

Dalam masa yang sama, saya kerapkan direct feeding, ambil makanan dan vitamin yang boleh bantu tingkatkan sistem imun kami sekeleluarga supaya tak berjangkit sama.

Virus influenza biasanya masuk ke dalam tubuh melalui mulut, hidung atau mata. Bila seseorang yang dah ada virus influenza batuk atau bersin, virus itu pula akan tersebar melalui udara dan dipindahkan kepada orang lain di sekeliling.

Samalah juga kalau yang dah dijangkiti flu tu memegang benda yang telah tercemar dengan virus influenza dan kemudian menyentuh hidung, mata atau mulut.

Risiko jangkitan memang akan lebih tinggi di tempat yang ramai orang, macam di sekolah, asrama, taska, pasar, tempat kerja dan lain-lain. Gejala flu akan mula nampak mulai dari 1 -4 hari setelah dijangkiti virus.

Komplikasi lain yang tak kurang bahaya ialah sinus dan jangkitan telinga. Ada sorang kawan saya cerita sebelum ni, anak dia nyaris-nyaris dah nak pekak. Telinga berair dan dah ada nanah. Jangkitan-jangkitan ni semua boleh memburukkan lagi penyakit kronik sedia ada seperti asma atau penyakit berkaitan sistem respiratori.

Yes, orang dewasa pun boleh dijangkiti.

Influenza A dan Pneumonia

Gejala-gejala flu yang mungkin muncul :

  • Demam (biasanya tinggi)
  • Rasa sakit di kawasan sendi, otot dan sekitar mata
  • Lemah atau lesu di sekujur tubuh
  • Batuk kering
  • Hidung berair

Influenza A ni memang banyak berkait dengan pneumonia. Kalau dalam bahasa doktornya, pneumonia adalah salah satu komplikasi daripada serangan virus influenza A itu sendiri.

Macam saya sendiri, pengalaman dua anak dara yang terdahulu pun memang both ada masalah berkaitan paru-paru ni.

Yang sulung bronchopneumonia, yang tengah tu bronchiolitis. So dah boleh tau apa nak buat, tanpa cuak sangat dah macam 5 tahun dulu.

Dah anak 3 sekarang, kan. So kerek sikit dah. Lagi-lagi lepas dah tahu apa sebenarnya influenza A tu. Hehehe.

Life is a Story
Facebook: Nusaybah Anuwar
FB Page: i-Nutrisi / Tips Hamil Sihat dan Cantik
Emel: imanusaybah@gmail.com
Contact No: 019-3832656

“You’re the writer of your life”

2,606 total views, 4 views today

2 Thoughts on “PENGALAMAN ANAK DIJANGKITI VIRUS INFLUENZA A, BAHAYA KE ?

  1. anrisa on 12/02/2018 at 3:22 PM said:

    nak tahu.. waktu tu anak keme warded ke.. sbb anak kite baru confirm kene influenza A and doc nak admit tp I xnak admit sbb anak kat rumah nnt xde org jaga.. so nak tahu anak. u admitted ke.. kalau x.. mmg kuarantin kat rumah je lah ye?

    • nasuha on 20/02/2018 at 10:05 AM said:

      Doc ada advice suruh warded kan juga masa tu, tapi dia bagi option. So, saya pilih not to warded, sebab macam-macam sebab (anak kat rumah, ada banyak urusan etc etc)

      Masa tu memang tengok depan mata sendiri result test – faint line je dah (influenza test tu rupa dia macam pregnancy test yg kita titis urine tu jugak). So, doktor minta kuarantin kat rumah je, jangan bawak keluar jalan.

      Alhamdulillah, tak sampai seminggu pun dah fully recover. Kena complete 5 days antiviral dan antibiotik.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation