PENAPIS AIR COMEL, FLEKSIBEL DAN MAMPU MILIK UNTUK RUANG DAPUR YANG SEKANGKANG KERA

Terkekek-kekek ahkak dengan pak suami baca viral dekat facebook yang sepasang pengantin muda tu dapat hadiah tong gas. hehehe. Comel je tau. Gelak-gelak jugak, tapi bila fikir-fikir memang relevan sangat hadiah tu dengan orang yang baru kahwin. Elok kan bagi barang yang diorang sangat perlu. At least dah kurang fikir pasal kelengkapan selepas duduk serumah nanti.

Yang selalu dapat.. kalau tak pinggan-mangkuk, haruslah cawan. Lepas tu barang letrik macam seterika dengan cerek. Kenkadang tu sampai berkotak-kotak dalam stor. Ada yang advanced sikit, barang-barang baby. Kiuttt je rasa. :)

Apa pun barang yang orang hadiahkan kat kita, yang paling penting ialah yang memberi manfaat dan kita dapat guna secepat mungkin dalam melayari bahtera rumahtangga. ececehh. Barulah si pemberi tu akan dikenang sampai ke anak cucu khenn.

Saya secara peribadinya memang setuju sangat bab ni sebab lepas kahwin, memang banyak barang-barang yang nak kena beli. Masa ni lah nak tunjuk segala skills gitu. hehehe.

Antara barang-barang kelengkapan rumah yang paling diperlukan ialah penapis air.

Pernah tak dapat hadiah penapis air?

Jarang sekali ada yang bagi hadiah macamni kan. Sebab, selain harga yang “tak mampu milik”, water filter ni biasanya berat dan bulky (besar gedabak). Jenuh nak mengangkut. Plus, kebanyakannya jenis ada perjanjian berkontrak macam sewa-beli. Jenuh pulak lah kawan tu nak membayar untuk kita setiap bulan kann.

Ehemm.. tak sabar sebenarnya nak bagitau ni, selain vitamin yang bertaraf dunia Shaklee pun ada produk dalam kategori penapis air tau!

Penapis air?

YES.

Tapi nama dia lain cikit.. kami panggil water pitcher – sebab dia dalam bentuk jug.

penapis-air-murah-shaklee

Ringan?

Memang sangat ringan.

Fleksibel?

Betul. Ia boleh dibawa ke mana sahaja tanpa perlu sambungan elektrik.

Harga?

Sangat mampu milik. Bukan seribu, bukan dua ribu, bukan tiga ribu, tapi cuma ratus-ratus. :)

Rupanya ada juga yang tak tahu Shaklee bukan sahaja ada suplemen semulajadi yang selamat, malah turut mempunyai produk kesihatan kediaman yang best gila ni!

Saya sebenarnya baru selesai membasuh mobile pitcher ni. Lama dah rasa nak share pasal produk hot ni. Tapi dulu masa mula-mula guna memang tak perasan pun apa perbezaan sebelum dan selepas masukkan air paip ke dalam jag plastik ni. Plus, tak ada gelas jernih nak snap picture sebagai bukti.

Nak kasi nampak beza kena lah guna clear glass yang plain, tak ada gambar bunga or daun or corak abstrak. Gelas-gelas kat umah ni yang ada semua cantik-cantik belaka. Hadiah hat orang bagi masa kenduri kahwin pun duk ada lagi.

Ni yang boleh buat teringat ni bila ada sorang customer merangkap kawan satu office telah sudi berkongsi kepuasan hatinya menggunakan Shaklee Get Clean Water Pitcher ni. Bila tengok picture tu walllaaa… saya sendiri rasa terkejut dan teruja!

Cuba pergi ke sinki dapur, pusingkan kepala paip dan lihatlah air yang keluar.

Putih bersih?

Airnya mungkin nampak jernih dan bersih tetapi setakat manakah ianya selamat untuk diminum oleh suami dan anak-anak kita?

Sedar tak selama ni kita menghidangkan nasi klorin pada seisi keluarga yang kita sayang?

Tak sedar kot, sebab ramai dah yang paling cikai pun akan beli air Reverse Osmosis (RO) dekat mesin.

Masing-masing dah tahu air yang direct keluar daripada batang paip tu tak selamat diminum. Masing-masing takut dan tak berani.

Rata-rata rakyat Malaysia memang dah sedia maklum betapa bahayanya air minuman yang keluar terus daripada paip di rumah. Boleh dikatakan juga setiap rumah sudah dipasang sekurang-kurangnya satu penapis air yang ditugaskan memperbaiki kualiti air yang hendak diminum atau digunakan untuk tujuan memasak.

Tapi tapi tapi, kebanyakan jenama penapis air atau water filter yang dijual di pasaran harganya sangat tinggi dan perlu ada sokongan penyelenggaraan oleh agen bertauliah. Siap kena bagi copy payslip lagi nak apply penapis air sebab kaedah bayarannya secara installment.

Yang kena buat loan pun ada. Kita ni nak tak nak, kena nak jugak supaya waranti terjamin. Katanya sekali subscribe tu sekali dengan kos maintenance. Kita tak payah fikir dah, semua syarikat penapis air yang akan tanggung dan buat jadual untuk penggantian spare parts.

Betul dah tu. Lagi kurang fikir lagi orang suka kan.

Tak salah dah tu, tapi tak semua orang rasa mampu.

Lagi-lagi part nak buat servis tu, bukan semua orang jugak yang ada kepakaran.

Bukannya sebab tak kisah pasal air yang diminum hari-hari, tapi sebab tak ada pilihan yang memihak kepada diri kita.

Lagi-lagi yang baru kahwin tu. Banyak lagi duit yang nak pakai buat beli itu-ini.

Lagi-lagi kalau rumah yang kita duduk tu rumah sewa je.

Kalau rumah sendiri pun, dapurnye kecik cenonet je tak tahu kat mana nak letak penapis air yang canggih manggih tu.

Banyak betul masalahnya kan.

Oleh sebab itulah, ada juga rumah-rumah yang masih belum menggunakan sebarang penapis air, sebaliknya mereka beli RO water (air RO) yang banyak dijual di mesin-mesin di luar (disebabkan harganya yang agak murah) tanpa mengetahui bahawa ianya kurang sesuai dijadikan air minuman.

Samada baru tahu atau selama ini memang tahu tapi buat-buat tak tahu, mesin Air RO ini asalnya diciptakan adalah untuk digunakan oleh sektor industri sahaja. Oleh kerana itulah ia tidak lagi mengandungi mineral dan zat galian yang diperlukan oleh tubuh disebabkan ianya sudah ditapis keluar bagi mendapatkan air yang benar-benar tulen.

Walaupun air yang dihasilkan oleh Sistem Osmosis Berbalik (Air RO) ini benar-benar bersih dan tulen, tetapi ianya “tidak mesra” dengan tubuh manusia kerana air yang dihasilkan tidak mengandungi garam galian yang amat diperlukan. Kesannya, ia akan menyerap elektrolit, natrium, kalium, klorida, kalsium dan magnesium daripada tubuh tanpa menghilangkan rasa dahaga.

Penapis air penting untuk air yang dijamin kualitinya, tapi pengetahuan tentang air pun kita kena ambil tahu.

Tak payah susah-susah fikir, water pitcher Shaklee yang murah dan bijaksana ni ada semua yang anda perlukan.

Air yang LEBIH BERSIH, SEDAP dan SIHAT tersedia untuk keluarga comel anda selama 365 hari.

Betul, satu set Get Clean Water Pitcher Shaklee ni boleh bertahan sehingga satu tahun penggunaan.

Sememangnya PILIHAN yang sangat BIJAK!

Pek Permulaan Get Clean Water dengan 3 pek isian semula penuras air.

  • Menuras lebih daripada 5000 gelas air(250ml) pada kadar hanya beberapa sen segelas.
  • Mengurangkan lebih daripada 2400 botol plastik dari tempat pelupusan sampah.
  • Semestinya mesra alam!

Hubungi SID bertauliah dan mesra pengguna yang pasti membantu.

Pengedar sah Shaklee seluruh Malaysia

COD sekitar Bangi, Kajang dan Cyberjaya

Nusaybah Anuwar 019-3832656

410 total views, 5 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation