Masalah biasa yang berlaku di kalangan kanak-kanak di negara ini ialah terlalu suka makan sehingga mengakibatkan obesiti dan tidak mahu makan sehingga tidak cukup zat dan terlalu kurus.
Peranan ibu sebagai tunggak yang memilih dan merancang menu harian tidak dinafikan. Secara tidak sedar, sejak kita kecil pun ibu lah yang mengajar kita makan, apa yang kita suka makan sehingga menjadi makanan kegemaran dan trademark keluarga kita sampai dewasa pun.
Tanyalah suami masing-masing selepas kahwin, sekalipun kita sebagai isterinya sendiri seorang chef terkenal, masih air tangan ibunya adalah yang terbaik. Ya benar, ibu lah yang bertanggungjawab membentuk anak dengan kehidupan sihat melalui amalan pemakanan keluarga di rumah sehari-hari.
Ada juga segelintir ibu bapa yang tidak prihatin mengenai keperluan nutrisi yang betul mengikut carta piramid makanan yang disyorkan, antara sebab yang mendedahkan kanak-kanak kepada tabiat pemakanan tidak sihat. Lebih memburukkan lagi keadaan dengan kewujudan restoran dan gerai makanan yang beroperasi 24 jam sehari. Ianya seperti menggalakkan lagi tabiat buruk pemakanan masyarakat kita hari ini.
Masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak semakin serius apabila dianggarkan 40 peratus berlaku berikutan gaya hidup ibu bapa yang gemar membawa keluarga makan di luar terutama pada waktu malam.
Pakar Perunding Pediatrik, Datuk Dr Zulkifli Ismail.
Kanak-kanak dianggap kurang mendapat zat makanan apabila mereka tidak mendapat cukup tenaga daripada makanan. Ini juga boleh mengakibatkan kekurangan pengambilan pelbagai nutrien penting. Kanak-kanak ini lebih mudah mendapat jangkitan dan selalunya tidak mencapai potensi pertumbuhan yang optimum.
Tumpukan perhatian pada tabiat makan mereka dan sentiasa galakkan anak anda untuk memilih makanan yang kaya dengan nutrien di kantin sekolah. Ajar mereka untuk sentiasa memilih makanan-makanan yang berkhasiat seperti :
Pengambilan suplemen atau makanan tambahan adalah menjadi suatu keperluan sebagai pelengkap kepada zat yang diperlukan oleh anak-anak kita terutamanya yang terlalu memilih makanan.
Ibu bapa harus sedar, alam kanak-kanak adalah tempoh kritikal kerana pada masa inilah mereka memupuk tabiat suka kepada sesuatu makanan. Kecenderungan menikmati makanan segera dengan kerap akan membahayakan kesihatan kerana mengandungi kalori, lemak, garam dan gula yang tinggi.
Semaikan tabiat makan yang sihat dalam diri anak kita. Sebagai ibu, kitalah memainkan peranan yang sangat penting. Rancang dan tentukan apa yang perlu dimasak dan dihidangkan untuk keluarga kerana ianya lebih mudah dibentuk ketika mereka masih kecil. Ibu bapa harus sedar, zaman kanak-kanak adalah tempoh kritikal kerana pada masa inilah mereka memupuk tabiat suka kepada sesuatu makanan tidak kiralah samada mereka masih di taska atau tadika sekalipun.
3,454 total views, 1 views today
KELEBIHAN MENJADI AHLI SHAKLEE
PROMOSI TERKINI
KATEGORI
ENTRI POPULAR
ARKIB
APA KATA MEREKA TENTANG VIVIX
APA LAGI YANG MEREKA KATA PASAL VIVIX
HOT LINKS
LIVE TRAFIK
JUMLAH PENGUNJUNG SEJAK NOVEMBER 2015
You’re the writer of your life
JANA PENDAPATAN DARI RUMAH DENGAN KAMI