PANDUAN MEREDAKAN KEMBUNG PERUT BAYI

SEDUTAN DARI LAMAN DOKTORBUDAK.COM

Q: Anak saya hampir 2 bulan kebanyakan kanak-kanak mengalami kembung, begitu juga anak saya. Soalan saya, apakah cara yang betul untuk menghilangkan kembung ? Jika menggunakan kaedah urutan,dibahagian manakah harus dilakukan urutan itu??

Ada yang mengatakan mengetuk dengan sisi tangan di belakang bayi dapat menghalangkannya, tetapi kaedah ini seperti menyakitkan walaupun bayi saya tdak menangis. ( Ibu Hana )

A: Salam sejahtera Ibu Hana,

Masalah kembung perut sememangnya suatu keadaan yang kerap berlaku pada bayi, terutama sekali mereka yang berumur kurang daripada 6 bulan. Oleh kerana ruang dalam abdomen ( abdominal cavity ) masih kecil berbanding dengan saiz organ dalam abdomen ( usus, perut, hati, limpa,pundi air kencing), abdomen bayi boleh kelihatan seolah-olah kembung walaupun sebenarnya normal.

Adakah kembung perut normal ?

Biasanya kita mengaitkan kembung perut dengan masalah ‘colic’, iaitu keadaan di mana bayi akan menangis untuk beberapa jam tanpa henti, kelihatan sangat tidak selesa tanpa sebab yang spesifik, dan kemudian akan kembali normal selepas itu. Ini berlaku untuk beberapa kali dalam seminggu dan semakin bayi membesar, kejadian ini semakin kurang, dan bayi membesar dan menyusu dengan baik.  Sekiranya demikian, ibu-bapa tidak perlu gelisah mengenai masalah ini.

Panduan meredakan kembung perut bayi:

Apabila bayi menangis terlalu kuat dan suaranya menekan ke dalam, cuba pastikan sama ada dia mengalami kembung perut atau tidak. Cuba usahakan untuk mengeluarkan gas dari perut bayi dengan cara membuatnya sendawa. Hal ini sangat efektif untuk menghilangkan ketidakselesaan itu.

imagesCM5J4DV2

Terdapat pelbagai cara boleh dilakukan untuk me­ngeluarkan gas, sekaligus membuatkannya sendawa antaranya:

1. Tepuk punggung bayi perlahan-lahan sambil menggerakkan paha anda.

2. Letakkan bayi dengan perut di atas bahu kemudian gerakkan bahu anda (perlahan-lahan).

3. Bayi diletakkan dengan kedudukan di atas lengan dan tapak tangan menyokong dada bayi, gerakkan tangan ke hadapan dan belakang seperti mendodoi.

4. Kedudukan bayi berada dalam keadaan meniarap, urut seluruh bahagian belakang terutama pinggang dengan lembut bagi mengeluarkan angin.

5. Kedudukan bayi dalam keadaan telentang, urut lembut bahagian perut bayi.

Sekiranya anda menyusukan bayi, elakkan makanan yang boleh menyebabkan kembung seperti kacang, sayuran berangin seperti kubis dan kangkung, dadih, jagung dan telur. Usahakan agar bayi menyusu sambil berbaring untuk mengurangi jumlah udara yang masuk ke bahagian pencernaan. Sentiasa sapu minyak panas pada bahagian perut dan tapak kaki bagi memberi kehangatan kepada bayi anda.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/05

1,967 total views, 1 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation