PANDUAN KENAIKAN BERAT SEMASA HAMIL ELAK DIPAKSA DAN TERPAKSA MINUM AIR GULA

kenaikan berat badan yang berlebihan meningkatkan risiko gestational diabetis

 

 

 

 

Mengandung dan gemuk bukanlah sesuatu yang cool. Tambahan pula bila ada mulut-mulut sinis yang mempersoalkan selera makan dan penjagaan kesihatan semasa mengandung. Memang boleh bikin sedih. Itu belum kira lagi cakap-cakap yang berbunyi seperti

Eh, besarnya perut, mesti banyak berat naik ni. mengandung kembar ke?

Sebenarnya nak take care pasal saiz badan, tapi perut pulak yang ditegurnya. Motif sangat.

Eh, lainnya engkau skrg, serius tak kenal. Preggy ke? Takut pulak rasa nak mengandung.

Erkk..boleh pilih-pilih eah nak macam tu ke macam ni masa mengandung. Sepuluh kali mengandung pun, belum tentu semua sama.

Itu belum campur lagi concern-concern lain yang selalu buat hati tak boleh nak jadik husnuzzon. Tak terjangkau dek fikiran beb.

Belum masuk lagi bab regular checkup yang kena minum air gula lagi dan lagi sampaikan macam-macam idea kreatif percubaan nak menipu nurse-nurse yang dah hadam sangat dengan taktik mak-mak buyung yang seboleh-boleh nak mengelat tanak minum air gula.

Apa masalah sebenarnya ni ?

Normal ke tak sebenarnya bila berat badan naik mencanak-canak masa mengandung ?

Kenapa ada je kawan lain yang mengandung jugak, tapi tak pernah merasa pun betapa azabnya nak telan air gula macam saya ?

Terdapat beberapa keadaan yang menyebabkan ibu-ibu hamil perlu melakukan ujian minum air gula, termasuklah

Mengapakah sewaktu hamil ibu akan bertambah berat badannya?

kenaikan berat badan semasa mengandung harus dikawal untuk mengelakkan risiko gestational diabetis mellitus

Ibu hamil membawa bayi di dalam rahim pada tubuhnya yang semakin hari semakin membesar. Pertambahan berat badan semasa mengandung pasti berlaku bagi pembentukan fizikal bayi di dalam rahim, penambahan saiz organ-organ ibu untuk menyokong proses kehamilan, seterusnya sebagai persediaan menyimpan tenaga yang sangat diperlukan ketika proses kelahiran kelak.

Berapakah kenaikan berat badan yang sihat dan sebaiknya semasa mengandung?

Pada asasnya kenaikan berat badan sepanjang tempoh kehamilan ini bergantung kepada tinggi dan berat badan ibu sebelum berlakunya kehamilan. Ia dapat dikategorikan mengikut skala seperti berikut :

1. Jika ibu memiliki berat badan yang kurang sebelum hamil (underweight), maka adalah disarankan supaya berat badannya dinaikkan antara 13-18 kilogram.

2. Sebaliknya, jika berat badan ibu berada pada skala normal (ideal) sebelum hamil, maka kenaikan berat badan yang disarankan pula adalah antara 11-16 kilogram.

3. Manakala jika berat badan ibu sudah melebihi (overweight) sebelum kehamilan, maka kenaikan berat badan yang disarankan adalah antara 7-11 kilogram.

4. Sebaliknya jika ibu hamil sudah berstatus obesiti sebelum terjadinya kehamilan, 5-9 kilogram kenaikan berat badan adalah sudah memadai.

4. Seterusnya bagi kehamilan kembar, kenaikan berat yang sihat adalah sekitar 15-20 kilogram.

Mengapakah kenaikan berat badan ini bergantung kepada berat sebelum kehamilan?

Ini adalah kerana, ia boleh memberi kesan baik atau buruk kepada kesihatan ibu dan bayi yang dikandung. Jika ibu telah mempunyai berat badan yang berlebihan sejak sebelum hamil lagi, maka pertambahan yang dibenarkan harus lebih kecil daripada ibu yang mempunyai berat badan ideal kerana ibu hamil dengan status overweight akan berhadapan dengan komplikasi kehamilan dan gestational diabetis atau preeklamsia yang boleh membahayakan kedua-dua ibu dan bayi dalam kandungan. Ibu juga berisiko melahirkan bayi besar yang akan menyukarkan proses kelahiran nanti.

Gestational Diabetis

Juga dikenali sebagai kencing manis yang hanya dihidapi oleh golongan ibu hamil. 2 hingga 14 peratus ibu hamil diserang penyakit ini. Semasa kehamilan, tubuh akan menghasilkan lebih insulin untuk memenuhi keperluan bayi terutamanya sejak dari fasa pertengahan kehamilan dan seterusnya. Jika tubuh ibu tidak dapat menyediakan insulin tambahan ini, ibu tersebut akan mempunyai terlalu banyak gula dalam darah dan mengakibatkan terjadianya Gestational Diabetis.

Lagi tentang Gestational Diabetis (Kencing Manis) dan Preeklamsia (Darah Tinggi) yang sering berlaku semasa hamil di SINI.

Ujian yang disarankan untuk mendiagnosis Gestational Diabetis adalah Ujian Toleransi Glukosa Oral atau juga dikenali sebagai Ujian Meminum Air Gula yang sangat-sangat digeruni oleh bakal-bakal ibu. Sekiranya ibu berada dalam kumpulan yang berisiko tinggi mendapat Gestational Diabetis (termasuklah latar belakang keluarga terdahulu), anda akan diberikan ujian ini antara minggu ke 24 dan 28 kehamilan.

Doktor akan membuat ujian air kencing untuk memeriksa kandungan gula dalam tubuh ibu sekurang-kurangnya pada 2 sesi temu antenatal checkup yang telah dijadualkan. Jika terdapat gula dalam urin, ini mungkin satu petanda ibu menghidap Gestational Diabetis, walaupun masih terdapat beberapa prosedur lain yang perlu dijalankan dan cara ini bukanlah yang terbaik untuk mengesan penyakit ini.

Masalah utama jika ibu hamil mempunyai terlalu banyak gula dalam darah ialah ia akan merentasi plasenta ke bayi anda, iaitu terdapat sedikit risiko bahawa bayi akan menjadi terlalu besar. Saiz bayi yang terlalu besar akan menyukarkan proses kelahiran dan kadang-kala, pembedahan caesaran perlu dilakukan bagi mengeluarkan bayi. Berbeza pula dengan preeklamsia di mana bayi yang lahir dengan berat badan yang rendah.

Bayi-bayi yang menerima terlalu banyak gula dalam darah semasa kehamilan akan mempunyai masalah kesihatan selepas kelahiran seperti gula dalam darah yang rendam (hipoglisemia) dan jaundis. Tahap gula dalam darah bayi mungkin perlu diawasi untuk sementara waktu di unit neonatal.

Bayi-bayi yang dilahirkan oleh ibu-ibu yang mempunyai kencing manis juga didapati cenderung kepada risiko obesiti dan diabetis jenis 2 di kemudian hari nanti.

Secara kesimpulannya, pertambahan berat badan yang sihat boleh dibahagikan mengikut trimester kehamilan :

  1. Trimester pertama (1 hingga 3 bulan) – 1 hingga 2 kg sebulan
  2. Trimester kedua (4 hingga 6 bulan) – 0.5 kg seminggu
  3. Trimester ketiga (7 hingga 9 bulan) – kurang 1 kg sebulan

Semakin hampir dengan tarikh jangkaan bersalin, badan ibu juga akan menjadi semakin besar. 1/3 daripada  berat badan tambahan ini adalah daripada bayi, plasenta dan air ketuban (cecair amniotik) manakala baki 2/3 lagi adalah lapisan otot pada rahim, isi padu darah, lebihan cecair dalam badan, berat payudara serta termasuklah lemak yang akan memberi tenaga untuk menyusukan bayi selepas kelahiran.

Walaubagaimanapun, perkara yang paling penting semasa tempoh kehamilan ialah nutrisi yang cukup dan zat yang seimbang. Nutrisi yang lengkap dan seimbang daripada set suplemen kehamilan yang sihat boleh membantu mengawal berat badan dengan berkesan.

Jangan terlalu bimbang akan kenaikan berat badan selagi ia berada dalam julat normal dan tidak tersasar bergantung kepada corak pemakanan dan gaya hidup ibu.

Setiap ibu hamil semestinya akan dan harus mengalami pertambahan berat badan. Oleh yang demikian, tempoh kehamilan bukanlah waktunya untuk bakal ibu berasa khuatir dan bimbang kerana anda sememangnya akan kelihatan lebih besar daripada kebiasaan dan sebelum hamil.

Bergelar seorang ibu hamil adalah seronok dan seharusnya dilalui dengan keseronokan kerana selain berpeluang potong queue ketika beratur membeli barang atau prioriti tempat duduk ketika menaiki kenderaan awam, anda juga berkesempatan mendapat layanan bak seorang puteri raja oleh bakal ayah yang teruja menantikan kelahiran.

Lebih menyeronokkan jika perjalanan kehamilan tidak menjadi penghalang untuk ibu melakukan rutin harian seperti biasa, sentiasa kelihatan cantik dan sihat tentunya kerana hamil itu bukanlah suatu penyakit bawaan virus, tetapi ia adalah benih cinta pasangan suami isteri dalam rumahtangga yang telah dibina.

Bak kata orang tua-tua, penyakit buatan orang yang membahagiakan!  :)

Sumber :

  1. http://www.mmgazette.com/diabetes-ketika-hamil-punca-kesannya-dr-muhammad-izzat/
  2. http://www.babycenter.com.my/a1052238/penambahan-berat
  3. Panduan Lengkap Kehamilan – Diari Hamil

1,871 total views, 1 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation