OSTEOPOROSIS, STATISTIK PENYAKIT PALING TINGGI WANITA SELAIN KANSER YANG MENJADI PEMBUNUH NO.1

Selain kanser yang tidak lagi digelar penyakit “jarang dengar”, kerapuhan tulang atau osteoporosis adalah gejala yang sering disebut-sebut sebagai penyakit paling popular di kalangan wanita pada hari ini.

Statistik di Malaysia

Hasil penemuan penyelidikan bersama UPM dan Universiti Otago, New Zealand menunjukkan bahawa kebanyakan wanita di Malaysia mendapat kurang daripada 50% jumlah kalsium yang disarankan untuk kesihatan tulang.

Pengambilan kalsium yang tidak cukup merupakan antara faktor risiko utama yang menyumbang kepada berlakunya penyakit osteoporosis yang bermaksud ‘tulang poros’ atau “rapuh”. Wanita Malaysia diingatkan supaya menjaga kesihatan tulang bagi menghindari osteoporosis yang boleh menyebabkan kehilangan upaya dan kecacatan kekal.

Wanita Malaysia?

Ya. Awaklah. Awak wanita Malaysia, kan? :)

Osteoporosis adalah sejenis penyakit yang datang secara senyap tetapi serius. Kebanyakan wanita hanya mengetahui mereka menghidapinya selepas mengalami retak atau patah tulang.

Kesihatan tulang manusia merosot secara berperingkat dan beransur-ansur sejak dari umur 30-an. Namun, ianya belum terlambat untuk mula menjaga kesihatan tulang kita dengan membekalkan keperluan kalsium harian dengan secukupnya.

Sumber makanan yang tinggi kalsium datangnya daripada produk tenusu seperti susu segar, keju dan yogurt. Walaubagaimanapun, produk tenusu seperti ini jarang-jarang dijadikan sebagai diet ruji penduduk negara ini.

-Pakar Runding Ortopedik dan Pakar Bedah Trauma, Dr. Chin Chee Howe-

Betul. Salah seorang wanita itu ialah saya.

Hanya sedar kepentingan kalsium selepas dah rasa sendiri betapa siksanya mengandung tanpa minum susu mahupun makan si lembik kuning yang bernama cheese.

Pandai sangat. Tekak melayu katanya. Tak tahu ke tulang tetap akan mereput tak kira awak kaum apa dan dari negara mana?

Osteoporosis boleh dicegah

Osteoporosis tidak boleh disembuhkan dengan mudah tetapi ia dapat dicegah. Pengetahuan dan kesedaran sejak di peringkat awal boleh mengurangkan risiko kes sebegini.

Eh, osteoporosis ni bukanlah sejenis wabak penyakit sebenarnya.. tapi lebih kepada kesan atau gejala kesakitan akibat kekurangan kalsium yang tidak diambil kisah ketika di usia muda.

Retak atau patah tulang pinggul merupakan antara yang paling biasa berlaku di kalangan penghidap osteoporosis. Ia kebiasaannya akan menyebabkan pesakit dimasukkan ke wad setelah jatuh atau terlibat dalam kemalangan. Juga boleh membawa maut dalam dengan nisbah satu daripada setiap lima kes (20%).

30 – 50 % kes yang melibatkan patah tulang pinggul berkemungkinan besar mengalami kecacatan kekal yang kelak akan mengganggu pergerakan harian. Dan yes, kebanyakan kes yang berlaku adalah di kalangan wanita yang menggalas tanggungjawab sebagai ibu.

Kaum lelaki tidak terkecuali, tetapi mereka mempunyai sedikit kelebihan kerana secara semulajadinya lelaki mempunyai jisim tulang yang lebih tinggi berbanding wanita. Kebanyakan daripada mereka juga aktif bersenam dan banyak terlibat dengan aktiviti fizikal.

Jisim atau kepadatan tulang ditentukan oleh bilangan sel tulang yang ada pada tulang rangka badan. Tulang yang mempunyai jisim lebih besar adalah tulang yang lebih kuat.

Jisim tulang ini banyak dipengaruhi oleh faktor genetik. Namun, kesan persekitaran dan pengambilan ubat tertentu juga turut mempengaruhinya. Kepadatan tulang akan mula berkumpul dan dikumpulkan sejak zaman kanak-kanak dan mencapai kemuncaknya (klimaks) pada usia 25-30 tahun.

Keseimbangan jisim tulang kemudiannya akan kekal untuk 10 tahun sebelum perlahan-lahan menurun mengikut usia, pemakanan dan aktiviti fizikal individu. Kemudian, penurunan jisim tulang akan berlaku secara mendadak. (walaupun dalam tempoh tersebut pun tulang akan tetap mengalami penyusutan). Oleh sebab itu, jika kita tidak mendapatkan sumber kalsium yang cukup, penyusutan tulang yang berlaku ini akan menjadi tidak seimbang, sekaligus meningkatkan risiko osteoporosis.

Kiranya tulang ni ibarat macam bank kalsium lah. Akan capai tempoh matang bila kita dah cecah umur 30 tahun, lepas tu sumber kalsium yang kita makan tubuh dah tak disimpan, sebaliknya akan digunakan terus hari-hari. Tak cukup, akan diambil daripada simpanan. Boleh imagine tak kalau tak ada simpanan macamana?

So, mak-mak mengandung, mak-mak menyusu kena watch-out sebab awak berkongsi dengan baby.

Tak ada istilah dah terlewat. Mahu atau tidak kalsium memang mesti cukup untuk cover keperluan awak sendiri yang period setiap bulan dan baby yang menumpang sama nutrien daripada awak.

Gejala awal kekurangan kalsium adalah seperti lesu, kerap berpeluh, gelisah, sesak nafas, kekebalan imun merosot, kurang selera makan, sembelit, sukar tidur lena, kejang otot dan sebagainya.

Kesimpulannya tulang ni macam tabunglah. Kalsium tu simpanan yang kita kena buat sebagai backup untuk kegunaan di hari-hari tua nanti. Boleh digunakan semula masa menopause dan selepas dah pencen nanti. Kalau tak pernah menabung sejak di usia muda, bayangkanlah kot mana nak korek simpanan kalsium dalam tabung, kan?

So, orang perempuan yang “bone loss” berlaku setiap bulan tu, jagalah “bone mass” atau kepadatan tulang dengan bekalan kalsium yang cukup. Jangan derhaka dah, nanti tua esok menyesal tak sudah.

Makanya saya nak berkongsi 3 nama vitamin yang mendapat undian paling tinggi di kalangan pelanggan-pelanggan wanita saya, termasuklah saya sendiri yang bukan setakat menjual, tetapi juga pengamal tegar. :)

Ostematrix

Jadikan ostematrix sebagai satu vitamin wajib untuk semua yang bernama wanita, terutamanya mak-mak muda yang menyusukan baby. Sekarang memang cun, selim dan mantop, tengok bila umur dah banyak nanti.

Cakap berdasarkan pengalaman sendiri ni. Tolonglah jangan jadi macam saya.

Baca : Bagaimana ostematrix tukar rasa serik mengandung kepada nak mengandung lagi dan lagi

Alfalfa Complex

Juga digelar sebagai jamu moden.

Merapatkan dan menyihatkan organ peranakan dan dalaman wanita.

Isteri happy, suami puas hati gitteww!! :)

Baca lanjut di sini : Alfalfa Complex membantu wanita tampil lebih yakin dan solehah

GLA Complex

Menstabilkan hormon, mencantikkan kulit dan rambut, mengawal sindrom PMS dan menopause.

Baca Juga : 7 sebab utama kenapa GLA Complex mesti jadi teman baik wanita

Sihat itu penting, cantik itu bonus. Anda mampu mengubahnya. :)

 

Pengedar sah shaklee Bandar Baru Bangi dan Kajang

Life is a Story
Facebook: Nusaybah Anuwar
FB Page: i-Nutrisi / Tips Hamil Sihat dan Cantik
Shaklee ID: 932852
Emel: imanusaybah@gmail.com
Contact No: 019-3832656

“You’re the writer of your life”

239 total views, 1 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation