OH MALAYSIA KU

Dalam doa dan perasaan gundah gulana seluruh rakyat Malaysia menanti kunjungan berita pesawat MH370, sy di bdr baru bangi mengalami kesesakan lalulintas bersempena hari penamaan calon bagi PRK Kajang.. kebetulan bercuti hari ni atas beberapa urusan yg perlu diselesaikan..

Yg sy nak ckp dkt sini bkn psl Pilihan Raya Kecil (PRK), apa lg psl politik.. Sungguh saya tak lantang bersuara tentang topic ini.. Cuma terdetik meluahkan perasaan sedih melihat kelibat anak-anak muda kita yg bersidai di sepanjang jln.. dgn pakaian yg kononnya berjiwa patriotisme, berseluar celoreng segala, dgn subang tindik di sebelah telinga, dgn loket emas di leher.. ya, semuanya anak Melayu.. anak Melayu yang beragama islam sejak dilahirkan.. Berpusu-pusu berarak, membuat bising di tengah panas dengan bendera dan logo biru putih yang bagaikan tiada lagi maruah yang dijunjung dan dipertahankan..

Sedih..cukup sedih.. inikah bangsa pelapis yg akan mentadbir negara suatu hari nanti di masa hadapan? Terfikir apakah corak nasib cucu cicit sy kelak.. bagaimanakah rupa pemimpin Malaysia yang bakal mempertahan kemerdekaan kita?

Oh Malaysiaku yang Tercinta.. Tanah Tumpahnya Darahku…

flag

957 total views, 1 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation