NUTRISI UNTUK KESIHATAN OTAK ELAK MASALAH MENTAL DAN KECELARUAN EMOSI

“Kau bolehlah… ”
“Senanglah kalau aku jadi kau… ”
“Aku ni bukan tak nak, tapi masalahnya… ”

Semuanya kalau.. Semuanya berunsur sabotaj diri sendiri.. semuanya nak “bunuh” semangat yang tak berapa nak ada dan asyiklha tenggelam timbul tu.

Saya memang ada kenalan yang begini. Saya sendiri pun dulu memang spesies macam ni jugak

Kalau sehari tak mengeluh atau menyalahkan orang lain memang tak sah. Kadang-kadang tu sampai membuka aib sendiri. Astaghfirullahal-aziiim.

Orang macamni buat kita rasa taknak duk dekat sebab takut diri sendiri terkena tempias sama. Memang lepas sedar diri tu, nak kikis semua sikap buruk ni takmau dah biar dia datang lagi.

Tak dinafikan, ada pula kawan lain yang sangat energetik, sentiasa positif, bermotivasi tinggi dan selalu memberi inspirasi kepada orang lain yang ada di sekelilingnya samada secara dia sedar atau tidak.

Orang macamni pula, rasa asyiklah nak mengendeng je kat sebelah dia sebab nak dapat aura tu. Aura positif dan bertenaga gitu.

Ada kaitan ke semua ni dengan pemakanan atau ia berkait dengan genetik?

Of course ada.

Malah ia sangat-sangat lah penting.

Apa yang kita makan dan minum hari-hari untuk terus hidup ni bukan setakat untuk mengenyangkan, tetapi fungsi utamanya adalah untuk otak.

Haaa.. Mesti ramai yang tak perasan kan?

Otak kita inilah CPU kita yang akan proses dan bagi arahan kepada semua organ-organ lain untuk bekerja dengan efektif hari-hari, seawal kita celik mata lagi.

Nutrien atau zat yang kita dapat daripada makanan seharian kita inilah yang akan mempengaruhi sejauh mana cerdasnya otak kita ni dan bagaimana pula cara kita berfikir nak selesaikan konflik atau masalah yang datang.

Nak jadi orang cergas ke orang lembap? Nak jadi orang produktif ke yang selalu bagi alasan?

Otak kita ni pun perlukan vitamin. Untuk menjalankan fungsinya dengan baik, otak perlu dibekalkan dengna sumber-sumber protein, asid amino, lemak, karbohidrat, vitamin dan garam galian daripada rutin diet kita untuk digunakan semula bagi aktiviti harian.

Protein – 65% daripada bahan binaan sel tubuh dan otak kita terdiri daripada protein.

Dari protein, otak menghasilkan bahan-bahan neurotransmitter untuk membolehkan sel otak menghantar maklumat dari satu sel kepada satu sel yang lain. Di sinilah juga terhasilnya enzim-enzim untuk banyak fungsi penting sel-sel dan hormon-hormon dalam badan kita termasuklah hormon sex, tirod dan lain-lain.

Begitu juga dengan lemak, glukosa, vitamin dan garam galian yang diperolehi daripada apa yang kita makan hari-hari.

Dari lemak kita memperolehi bahan-bahan asas untuk membina dinding sel dan membran sel. Jika lemah dinding maka lemahlah sel, termasuk sel-sel otak yang paling diperlukan dalam aktiviti seharian kita. Otak yang tidak cukup lemak yang sepatutnya akan buat kita lembap dan malas berfikir.

Glukosa yang diperolehi daripada unsur karbohidrat pula adalah sumber tenaga yang terpenting untuk membolehkan otak berfungsi dengan baik.

Vitamin dan garam galian seperti magnesium, kalsium, sodium, potassium dan selenium adalah pembantu yang amat penting untuk fungsi enzim yang membolehkan sel berhubung antara satu sama lain dengan sempurna.

Sebab itulah pemakanan seimbang tersangatlah penting bagi membolehkan kesemua nutrisi ini bergabung menjadi neurotransmitter atau network yang kuat.

Dialah juga yang akan kontrol macamana kita bertindak dalam setiap masalah dan macamana imej diri kita terbentuk.

Ketidakseimbangan nutrisi ini jugalah antara penyebab terjadinya penyakit berkaitan otak seperti alzheimer, dimentia dan nyanyuk.

Orang yang sentiasa bermotivasi tu tandanya dia cukup nutrien yang buat dia yakin dan selalu berfikiran positif. Bukan faktor genetik ye. 😊

Tapi betullah.. saya sendiri pun rasa sejak-sejak rajin makan vitamin ni.. selalu rasa bahagia, takde fikir yang bukan-bukan, dah jarang cakap mengarut-ngarut dan buang masa dengan aktiviti tak berfaedah macam saya yang dulu-dulu.

Salah satu buktinya ialah saya boleh terjebak dan bertahan bertahun-tahun dengan bisnes vitamin yang banyak kena tahan sabar ni. Hehehe..

Dan yang lagi best, garang pun dah kurang sangatlah. Tak percaya, cuba tanya encik suami.

Betul kan abi Khairi Daud? Kehkeh..

198 total views, 5 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation