7 NUTRISI MUJARAB UNTUK CEPATKAN PENYEMBUHAN TULANG PATAH

Bila sebut pasal tulang, ramai orang yang secara automatiknya akan terbayangkan kalsium atau susu.

Betul kan?

Tapi, kena tahu dan ingat.

Dalam tulang kita ni, bukan hanya ada kalsium sahaja. Ia juga ada sel-sel dan tisu-tisu hidup lain yang juga memerlukan nutrisi selain daripada kalsium supaya ia dapat dibantu menjalankan tugasnya dengan baik.

Baca Juga : Bagaimana memilih jenama kalsium terbaik untuk kesihatan tulang

Nutrien-nutrien ini sangat penting untuk bantu tulang patah sembuh dengan cepat dan orang yang mengalaminya dapat kembali pulih seperti sediakala.

Satu tips penting supaya tulang patah dapat kembali sembuh dengan cepat, prinsipnya ialah imobilisasi, bermaksud tulang itu mestilah dalam keadaan statik (tidak bergerak).

Sebab itulah, apabila berlaku sebarang kemalangan atau kecederaan yang melibatkan tulang, ada yang disimen dan dimasukkan besi supaya segmen-segmen yang patah tidak bergerak.

Pergerakan akan mengganggu proses penyembuhan dan penyambungan tulang.

Masalahnya, kalau orang yang cedera tu hanya duduk bersandar atas kerusi atau berbaring atas katil sampai sihat, jawabnya punggung atau belakangnya mesti akan melecet.

Tulang yang patah akan mula bercantum semula pada minggu ke empat. Tulang akan bercantum sempurna dalam tempoh 6-12 bulan. Namun, secara keseluruhan waktu penyembuhannya adalah berbeza bergantung kepada jenis patah tulang dan kecederaan yang berlaku samada (terbuka atau tertutup), jenis fraktur, lokasi patah tulang, sejauh mana kecederaan dan sebagainya.

Proses penyembuhan tulang boleh dibantu dengan mengambil nutrisi yang betul secara seimbang termasuklah lemak, protein dan mineral yang cukup untuk membentuk kembali saraf yang rosak.

Penambahan suplemen kalsium, vitamin D dan vitamin C yang secukupnya juga diperlukan dan sangat membantu untuk penyembuhan yang cepat.

cara terbaik sembuhkan tulang patah

1. Energizing Soy Protein

ESP adalah sumber organik protein tumbuhan berasaskan kacang soya Non-GMO (tidak diubah biji benihnya secara genetik) paling seimbang, tanpa lemak dan rendah kolesterol.

  • Membantu membaikpulih luka dalaman dan luaran.
  • Membantu penghasilan sel-sel tulang baru yang kuat dengan lebih cepat, bagi menggantikan sel-sel tulang yang telah cedera, rosak dan mungkin juga mati akibat patah.

Protein yang tak cukup dalam diet seharian, akan menyebabkan tulang yang baru lambat tumbuh dan menjadi tidak kuat.

2. Ostematrix

Ostematrix ini bukanlah sejenis vitamin, tetapi ia adalah sejenis mineral utama yang paling utama dan penting dalam komposisi tulang. Tulang yang baru yang perlukan kalsium dalam kuantiti yang banyak.

  • Magnesium dan Vitamin D yang diformulasikan bersamanya akan membantu penyerapan kalsium yang optimum di dalam darah dan tulang kita.
  • Boron, membantu penyembuhan tulang patah dengan cepat dan mengurangkan risiko tulang retak.

Kalsium berperanan dalam pembentukan tulang, manakala vitamin D membantu penyerapan kalsium secara maksimum. Kesemua mineral ini saling bekerjasama untuk memastikan manfaat kalsium dapat dinikmati sepenuhnya oleh tulang dan gigi kita.

3. B-Complex

  • Bertindak sebagai penenang saraf
  • Merehatkan saraf dan mengurangkan rasa sakit.
  • Gabungan B-Complex dan Ostematrix boleh dijadikan alternatif kepada pil tahan sakit/pain killer.

4. Vivix

  • Membantu penyembuhan dan penghasilan sel-sel baru.
  • Memperbaiki sel tulang dan otot yang cedera sehingga ke peringkat DNA.

5. Omega Guard

  • Bersifat anti-inflamasi untuk mengurangkan bengkak pada kawasan tulang yang tercedera.
  • Mencegah haus pada tulang rawan sekaligus membantu fleksibiliti sendi.
  • Ia memulihara dan membaikpulih sendi yang telah cedera kesan daripada patah.

6. Kolagen

  • Berfungsi sebagai agen pelekat supaya tulang cepat bercantum dengan sendi
  • Membentuk struktur tulang yang padat.

7. Vitamin C

  • Merangsang penghasilan kolagen yang diperlukan untuk proses penyembuhan tulang
  • Sebagai tambahan untuk kes patah yang melibatkan open fructure
  • Membantu penyembuhan luka dengan lebih cepat akibat tusukan tulang yang patah

Nutrisi dah dapat, apa lagi nak buat?

Makanlah secara konsisten supaya proses pemulihan berjalan lancar dan kesakitan selepas pembedahan akan berkurang tanpa perlu bertahan dengan ubat tahan sakit.

Selain itu, elakkan daripada melakukan aktiviti atau pergerakan yang akan memberikan beban kepada tulang yang patah.

Selamat sembuh!

Life is a Story

Facebook: Nusaybah Anuwar
FB Page: i-Nutrisi / Tips Hamil Sihat dan Cantik
Emel: imanusaybah@gmail.com
Contact No: 019-3832656

“You’re the writer of your life”

32 total views, 3 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation