NASUHA DIARY IS OUT!

IMG_2573

Petang tadi, bukak beg Nasuha, tengok ada sebuah buku yang setahun dulu ibu letak dalam beg yang sama tetapi tanpa sebarang catatan.. Ini bermaksud anak dara ibu dah genap setahun. Guru besar Taska dah collect buku rekod a.k.a diari Iman Nasuha untuk ibu dan abi review..

Ada beberapa komen yang buat ibu dan abi terkekek-kekek membaca diari kamu nak.. ibu suka bila cikgu kata kamu sangat berselera makan.. ibu tau, ini mesti berkat dari air susu ibu yang kamu minum sejak mengenal dunia.. ibu maklum, salah satu sebab yg buat ibu tekad menyusukan kamu dgn susu badan ibu sendiri ialah ini.. kebersediaan bayi menerima pelbagai jenis menu makanan.. yelah, hari-hari macam-macam ibu makan, daripada tempoyak sampailah ke budu.. semua pun ibu kongsi dan salurkan kpd kamu melalui susu ini..

Mula-mula ibu ingat nak buat coretan balas dengan tulisan tangan sendiri, tapi bukan main teruk handwriting ibu nakk… Jadi, ibu taip dan cetak sahaja..kemudian tampalkan komen ini pada diari :

  • Iman Nasuha kelihatan semakin serasi di Taska Mak Nah.
  • Bila balik dari sekolah, Iman Nasuha akan moody dulu. Masuk kereta cari nenen, sampai rumah, tidur setengah jam atau sejam. Itu dah jadi rutin dia. Lepas tu baru dia akan mula aktif, naik-turun tangga, buat-buat lucu, ketawa dan main dengan toys. Suka picit permainan yang ada bunyi lagu lepas tu joget-joget goyang kepala; kadang-kadang badan pun sekali.
  • Mungkin sebab penat belajar seharian. Dia memang sanggup tahan mata kalau ramai kawan atau banyak aktiviti nak dibuat. Sebab tu dia mudah tidur dengan sendirinya. Itu maknanya Iman Nasuha dah penat dan nak recharge battery dulu..
  • Iman Nasuha memang suka bergaul & sayang pada rakan sebayanya. Kalau di rumah atuk pun, dia takkan duduk jauh dengan adik sepupunya yang masih bayi. Asyik nak cium sampai basah muka baby tu dengan air liur dia. Penyayang macam abi, peramah macam ibu… Peace! :)
  • Waktu berhujung minggu di rumah, Iman suka bermain & menyanyi berseorangan sambil buat macam-macam gaya seperti berada di dalam dunianya sendiri. Dunia Al-Humaira. Comel !
  • Iman Nasuha sudah boleh berdiri sendiri, Cuma dia kelihatan masih kurang yakin untuk melangkah & berjalan. Bila ibu atau abi pimpin untuk bantu, dia tersengih-sengih seronok. Tapi bila tangan dilepaskan, cepat-cepat dia duduk atas riba kita pulak. Aduhhh..
  • Lately, Iman Nasuha agak sensitif. Tak boleh tinggi suara or marah, dia mudah merajuk. Fragile. Kadang-kadang cemburu. Kadang-kadang merengek tanpa punca. Mungkin sebab dia mahu curi perhatian ibu & abi yang selalu pegang gajet saje..sori sayang…
  • Iman Nasuha sudah faham & pandai mengikut arahan-arahan biasa seperti “jangan buat, jom makan, mari sini, sayang ibu, bye bye abi”..
  • Iman Nasuha semakin faham dan kenal siapa orang-orang di sekeliling dia. Bila ibu atau abi keluar dia akan menangis nak ikut. Adakalanya, memang tak boleh kena tinggal lansung..
  • Alhamdulillah.. Setakat ini, ibu & abi berpuas hati dengan perkembangan positif Iman Nasuha di Taska. Terima kasih kakak TAB, terima kasih Mak Nah, terima kasih semua..

 

#ibuyanggembiradanbanggapunyaanaksepertimu!

 

1,073 total views, 1 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation