MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI

ustazah nor bahyah

Bismillah….

Setiap daripada kita, bangkit dari tidur saban hari dgn misi dan tujuan yg hampir sama. Setiap bulan membawa pulang sejumlah wang gaji yg mahu dibelanjakan utk diri sendiri & orang tersayang, membayar hutang piutang dan melangsaikan kehendak hati yg tak pernah padam, nafsu yg tak pernah surut..

Apa yg didapati melalui usaha kita, terdapat padanya rezeki org lain.

Bermaksud, sesuatu yg milik sy, belum tentu rezeki sy lagi..

” Sesungguhnya Dia memberi rezeki kpd sesiapa yg dikehendaki-Nya dengan tidak terhitung jumlahnya… ”

Wahai Anak Adam, tidakkah engkau sanggup bersolat empat rakaat awal pada siang hari, nanti Aku (Allah) akan mencukupkan pada akhir harimu itu (Riwayat Abu Dawud)

Solat yg dimaksdukan itu adalah SOLAT DHUHA.

Memurahkan Rezeki, Menolak Kepapaan…

Maksudnya :”Kekasihku Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”

216727_432622123494828_1347293118_n

“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah,dan cukuplah ( sebagai ganti ) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat sembahyang Dhuha .”

( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )

*** Thanx a lot Sue.. for sharing your extras…

“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya aku segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”

(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

1,742 total views, 1 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation